Widget Popular Post : Petunjuk Readers di Blog Anda ?

Dengan Bismillah,
Baru lepas blogwalking di sini, dan tersenyum dengan ayat empunya blog yang menyebut  jika sehari tidak menjengah blog, seperti ada yang tidak kena, walaupaun blog tidak berupdate..haha..( sebenarnya yang jadi tersenyum sendiri sebab macam orang makan cili pulak saya..aduss..terasa pedasnya! ).

Tak tahulah, jika ada silent readers yang ternanti-nanti update dari blog ini..( ayat maintain bagus..hehe ). Apa pun, hari ini cuba kuatkan semangat untuk menulis dan berkongsi pendapat tentang perkara simple dalam dunia blog ni..( tak habis-habis dengan hal dunia..huhu).

widget popular post di blog cik matahariku.
Cuba kita perhatikan senarai yang terkandung dalam widget popular post yang biasanya kita letak di sidebar blog masing-masing. Bagi saya, tujuan saya letakkan widget popular post itu supaya para pengunjung blog dapat terus menikmati bahan bacaan atau info semasa yang blog saya kongsikan, sekaligus memberitahu kepada pengunjung, inilah artikel yang mereka patut baca.

Secara peribadi, saya juga merujuk widget popular post ini sebagai petunjuk siapakah kalangan pembaca blog saya ini.Walaupun google banyak berkongsi kemudahan seperti google analytic, tetapi masih saya percaya widget popular post ini dapat membantu saya mengenali secara langsung pembaca atau pengunjung blog saya. 

Walaupun secara tidak tepat, tetapi kita masih dapat membuat jangkaan bahawa widget popular post dapat menunjukkan siapakah yang rajin datang blog kita.Misalnya, jika lima artikel popular dalam blog anda berkaitan dengan ibu bapa dan kekeluargaan atau hal ehwal wanita atau rumahtangga, maka biasanya pengunjung kita itu daripada kalangan orang dewasa ( lelaki dan wanita) dan mungkin dalam lingkungan usia 30 hingga 40 an.

Blog saya bukanlah menawarkan artikel popular yang ada unsur gimmick, jadi bila saya teliti senarai dalam widget popular saya, dua entri saya yang berada pada carian tertinggi daripada google.com.my ialah yang berkaitan panduan menjawab upsr di tutor tv Astro dan menjawab latihan UPSR secara online.

Sebagai seorang Guru, sudah pasti saya gembira jika murid-murid di luar sana, memilih dan menemui blog saya sebagai sumber info untuk mengulangkaji pelajaran dan membantu mereka mendapat akses dan panduan menggunakan kemudahan yang sesuai dengan pembelajaran mereka.

Jadi, bagaimana dengan widget popular post di blog anda? Cuba kongsikan dengan saya. Artikel ini hanyalah pandangan dan buah fikir seorang penulis blog yang hanya menjadikan blogging sebagai satu ruang mengisi minat, bukan satu kewajipan...

Post a Comment

2 Comments

  1. Widget ini memang perlu berada dalam mana-mana blog untuk manfaat pembaca..:)-

    ReplyDelete
  2. dulu saya pernah gunakan widget ini tetapi disebabkan link untuk panduan telah penuh di sidebar kanan blog ciklaili.com, maka saya putuskan untuk tidak menggunakannya lagi..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!