Panduan Memohon Cuti Bersalin 90 Hari

Dengan Bismillah,
Terdahulu, ketika saya bakal melahirkan cahayamata keempat, saya telah pun memanfaatkan kemudahan cuti Bersalin selama 90 hari. Seingat saya, ketika itu, kerajaan baru sahaja mewartakan atau mengeluarkan pekeliling berkaitan kemudahan cuti bersalin 90 hari kepada para penjawat awam wanita.

Kali ini, sekali lagi saya telah memohon cuti bersalin 90 hari kepada Guru Besar, memandangkan ia merupakan cahayamata kedua sejak saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini. Kemudahan cuti bersalin 90 hari ini sebenarnya bukanlah tertakluk sama ada kita memilih 60 hari atau 90 hari sahaja, kita juga boleh memilih bilangan cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari, misalnya 70 hari, 75 hari atau 80 hari.

KELAYAKAN MENDAPAT KEMUDAHAN CUTI BERSALIN 90 HARI


Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai,kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 

  • seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya; 
  • pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin.
  • pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin
PANDUAN JIKA CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH KURANG DARIPADA 90 HARI

Bagi pegawai yang mempunyai cuti bersalin bergaji penuh kurang daripada 90 hari, maka anda dikehendaki mematuhi turutan kemudahan seperti berikut :

Bagi pegawai kecuali guru: 
  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
  • mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
Bagi guru: 
Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; (7.2 (a)(i)
  • mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;7.2 (a)(ii) dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)di atas; atau 
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. 

Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:

  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
  • bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
MAKLUMAT LANJUT PEKELILING

Kepada semua penjawat awam wanita yang inginkan maklumat lanjut berkaitan panduan memohon cuti bersalin bergaji penuh ini, saya sarankan anda layari http://www.jpa.gov.my atau boleh terus membaca pekeliling tentang kemudahan cuti bersalin ini pada : Panduan Cuti Bersalin 90 Hari

Semoga informasi yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.InsyaAllah.

Post a Comment

6 Comments

  1. assalamualaikum ... bestnya . saya bkn org gomen ... heheheeee

    ReplyDelete
  2. sama je..bukan org gomen pon still dapat cuti bergaji penuh kalau bersalin kan..:)-

    ReplyDelete
  3. baguslah cuti lama..leh jaga baby tu..

    ReplyDelete
  4. wow. info yg bagus. singgah sambil follow sini :) #92

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana singgah di blog ini..:) (cubaan )

    ReplyDelete
  6. Sy nk tnya..sekiranya kita ada baki cuti rehat 6hari boleh ke kita guna baki cuti rehat pada tarikh kita bsalin lepas tu smbung cuti bersalin..?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!