15 June, 2013

Yuyu Zulaikha Punya Cerita

Dengan Bismillah,
Hujan lebat di Kuala Lumpur di petang hari ini memberi mood yang agak baik untuk saya berblogwalking ( hehheh..tak padan dengan status "sedang berpantang" ada hati ko berblogwalking yea cik matahariku..ahaha..).

Ni kira ambik kesempatan ini, tengok baby kecik ni sedap je tido, saya pun ambil masa berjalan-jalan (sambil pakai stokin..sebab tgh berpantang kan..ahaha) tengok-tengok blog orang dan membaca apa-apa yang sesuai.

What`s happening at Nuffnang?

Mula-mula saya pi check akaun Nuffnang ( nampak sangat pikir hal dunia jerr..). Lepas tengok ada lagi baki 11 juta rupee ( adehh..bahana tak update blog sebulan lamanya!), saya tengok-tengok pulak what`s happening at Nuffnang?. Tetiba rasa kagum bila terpandang satu ayat berbunyi : Blogger of the month of June- Yuyu Zulaikha. Tak tahulah kalau saya yang ketinggalan zaman, tapi selama ini saya tengok asyik blogger luar negara atau omputih je yang terpilih, dan bila saya semak senarai nama blogger yang pernah terpilih, dann harus saya tekankan di sini yang saya pernah dengar namanya seperti Hanis Zalika, Eyriqazz dan Cik Epal tapi bila tengok dia punya syarat untuk terpilih dalam blogger of the month dekat Nuffnang, memang tak payah mimpilah nak terpilih kan..update blog pun ikut mood..ahaha..

Blogger of the month of June- Yuyu Zulaikha.


header yang simple dan klasik

cakap pasal empunya nama blogger ni, serius saya tak pernah kenal pun blogger ni. Maka, terhegeh-hegehlah saya pi link kupukupukecik.blogspot.com. Barulah tahu, bahawa tuan tanah blog kupukupukecik blogspot ni, bukan sebarangan blogger.Dia ni memang famous dan pengikutnya pun mencecah puluhan ribu.Orangnya kecil molek je ( berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi dalam blog beliau ).

Followers Yuyu Zulaikha yang mencapai tahap puluhan ribu

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah ini, dapat memberi sedikit gambaran akan siapa sebenarnya Blogger of the month of June-
Cik Yuyu Zulaikha yang menawan

Boleh menjadi inspirasi ramai blogger baru dan lama kan..



Okeh.Tak payah cakap banyak. Satu Malaya dah kenal dan tahu siapa dia kan? saya je yang baru terhegeh-hegeh nak kenal blogger ni.huhu.

Powered by Blogger.

Tentang Blog

My Photo

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.