SPPBS Sekolah Rendah dan Menengah di buka April 2014

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Banyak betul carian tentang Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) di kotak search keywords blog saya.Semuanya ingin tahu tentang tarikh sebenar kemasukan prestasi ke dalam SPPBS. Sebelum ini, saya memang pernah berkongsi tentang tarikh penutupan buat sementara waktu SPPBS ini kerana masalah akses dan sedang diselenggara seperti dalam entri ini : Sistem SPPBS ditutup Awal Disember 2013.

Integrasi Sistem PBS Dengan SPS

sppbs mula beroperasi april 2014

Kini info terbaru, sebenarnya tidaklah baru sangat kerana surat siaran berkaitan makluman ini telah dikeluarkan sejak Disember 2013. Surat siaran ini memaklumkan berkenaan perkembangan terbaru SPPBS.Antara lain surat siaran tersebut memaklumkan bahawa modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2014 melibatkan perkara-perkara berikut :
  1. Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
  2. Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk tingkatan 1 dan 2 sekolah menengah.
  3. Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2014 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
  4. Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
  5. Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2014 untuk tingkatan 1,2 dan 3 sekolah menengah.

Diharap surat siaran dan perkongsian info ini memberi manfaat kepada semua guru di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Post a Comment

0 Comments