Target UV Blog 1k Sehari

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Jarang-jarang sebenarnya saya update entri baru pada hari Jumaat.Tapi kali ini saya ada sedikit masa terluang.Lagi satu hal, dekat seminggu jugak  Cik Puan Manager Blog tak kongsi perkara terbaru dalam blog ni.Selain dipanggil berkursus, minggu ini juga merupakan minggu peperiksaan.Maka Cikgu Blogger yang sorang ni haruslah bertungkus lumus pula menyemak kertas peperiksaan.Kalau boleh, sebelum cuti sekolah kali ini, dapat siapkan semak semua kertas peperiksaan bebudak ni.Erkk, semangat dan angan-angan tu, bukan kemain kan..kita tengok nanti!heheh.

Tengok tajuk tu, saya memang ada kecenderungan tulis entri dengan mukaddimah yang tiada kaitan langsung dengan tajuk.hahha. Ni kira "kepakaran" sayalah.Selepas baca entri daripada Kak Intan Berlian, saya kembali bersemangat mengurus blog ini.Kalau buat betul-betul, saya setuju dengan pandangan bahawa blog ini boleh jadi pasif income kepada blogger.InsyaAllah.

Saya pernah cerita dekat entri : Gambar Pageviews Blog Yang Cantik, akan harapan dan target saya untuk mendapat bilangan Unique Visitor (UV) blog ini mencapai 1k sehari.Itu antara matlamat jangka pendek saya buat masa ini. Kalau tengok graf seminggu di Nuffnang ni, macam ada harapan kan? heee. 


Graf Bilangan UV Seminggu Blog Cik Matahariku

Target Dapat UV 1K Sehari Sudah Tercapai (Updated)
Ya, Alhamdullillah.Kalau time taip entri ini dulu, saya baru sahaja mengharap-harap dan pasang angan-angan untuk dapat Unique Visitor 1k sehari, tapi kini ia bukan lagi satu omongan kosong.ceh gitu:)

Kini saya sudah pun dapat mencapainya dengan tips yang saya kongsikan di bawah selain saya baru sahaja menukar template blog kepada template yang lebih responsif.Jadi kepada mana-mana blogger yang pasang hasrat yang sama macam saya, cubalah tips yang diberikan, insyAllah blog anda juga akan mencapai target yang diinginkan.yeahh.

Ini pic graf Unique Visitor (UV) sehari di blog saya.Yang terkini iaitu pada tahun 2016.

Kini sehari saya sudah boleh dapat Unique Visitor antara 5k hingga 6k-
InsyaAllah target seterusnya ialah 10k sehari:)

Dulu rasa macam mustahil je boleh capai target 1k sehari, bila dah dapat sampai 6K sehari,
pun tak cukup lagi.huhu.Dasar tamak haloba nih..hahha.
Tips Dapat Banyak Unique Visitor ( UV).
Sebenarnya banyak tips berguna yang kita boleh dapat tentang cara nak tambah bilangan UV atau nak dapatkan UV yang berduyung-duyung   ( erkk..tetiba keluar slang Ganu pulak ni, ni yang maleh update blog hari Jumaat ni...:) ke blog kita. Macam akak Intan Berlian ni bagitahu dalam blog dia :
Alhamdulillah... syukur sangat2... Finally dapat jugak saya maintainkan blog picisan saya ni dengan unique visitors @ UV 2k++ sehari.... Kalau tahun lepas, target saya maintain UV dengan 1k++ sehari.. Tahun ni, target saya 2K++ sehari... Alhamdulillah akhirnya dah tercapai... Usia blog 3 tahun baru dapat UV 2k++ sehari... Syukur jugak walaupun saya tak update blog tapi masih boleh maintain UV, sebabnya entry saya banyak terdapat dekat google bila orang search...
Kalau anda seorang blogger yang macam saya, malas  tak dapat nak update blog setiap hari, tapi ada hati nak jana pendapatan sampingan dari blog, ya itulah salah satu caranya, tulislah entri yang ramai orang cari dan kongsikan info yang berbentuk panduan , tips dan petua atau resepi makanan yang pasti ramai orang memerlukan dan mencari info tersebut.InsyaAllah.

Ibarat kata Blogger Otai dan ramai blogger lain yang berpengalaman, bila update entri tu, fikirkan dulu diri kita sebagai "searcher" atau pencari maklumat.Apa yang kita nak tahu dan cari maklumat tentang info tersebut.Selain itu gunakan tajuk dan tulis dengan ciri-ciri yang ada SEO, Kalau tak tahu banyak tentang SEO, boleh google dan baca dekat blog-blog SEO yang ada.Mesti jumpa punya..:)


Oklah, Hendak seribu Daya kan...:)


Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!