Bisnes Baju Kurung Dengan Untung 100 Peratus

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Ada masa time buka Dashboard Blogger.com, saya tak tahu nak update entri apa. Sambil blogwalking, banyak juga hal-hal baru yang saya baca dan jumpa.Bukan semua hal dalam dunia ni kita tahu dan kita ambik tahu kan.Tapi ada satu benda yang ramai orang suka dan nak tahu. Err..apa dia ?.

Selain suka baca novel-novel terpilih, maksud saya penulis dengan penerbit tertentu, saya rajin jugak belek-belek e-book di alam maya ni. Kadang-kadang terjumpa jugak e-book yang ajar kita buat duit dengan pelbagai bisnes.
Ada satu e-book yang saya jumpa ni, depa ajar cara Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung.Memang tak sangkalah saya, boleh jugak rupanya buat bisnes Baju kurung tapi kita tak payah susah payah sediakan mesin jahit, apatah lagi kena jahit baju kurung itu sendiri.

Kalau kena jahit baju kurung, lepas tu jual kat orang, nampak " kelam" jugaklah bab boleh buat duit tu.haha.Sebabnya den memang tak reti nak jahit baju kurung nih.Jahit baju anak dan suami koyak bolehlah.huhu.

Lagi satu, apa yang saya dapat dari e-book ini ialah, depa siap bagi panduan dan tunjuk cara-cara nak mulakan bisnes Baju Kurung ni.Pendek kata, memang berbaloi kalau kita betul-betul berminat nak buat Part Time Job atau Side income dengan Bisnes Baju Kurung.

Tak tahulah, sama ada apa yang saya akan kongsikan ini benda baru buat anda atau tak, tapi kalau ikut e-book yang saya baca tu, ada beberapa rahsia kenapa depa kata bisnes Baju Kurung itu Boleh Buat Duit.
  • Dianggarkan setiap golongan wanita melayu di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kurung.
  • Ianya menjadi baju rasmi pekerja wanita kerajaan dan menjadikan mereka sebagai orang yang paling banyak baju kurung. 5 hari bekerja = 5 helai baju kurung. Takkan nak pakai baju sama setiap hari!
  • Peningkatan mendadak 10 hingga 20 kali ganda bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
  • Kini golongan atau bangsa lain juga memakai baju kurung!
  • Terdapat pelbagai jenis baju kurung yang wujud di pasaran. Tidak kurang dari 10 jenis baju kurung termasuk rekaan dan jenis kain.
  • Penjual baju kurung di Masjid India Kuala Lumpur memperolehi pendapatan bersih RM15,000 hingga RM30,000 pada bulan Ramadan!
  • Walaupun begitu ramai penjual baju kurung, permintaan produk ini saban hari semakin tinggi. Tidak ada istilah tidak boleh jual. Semuanya pasti laku!
  • Keuntungan bisnes baju kurung boleh mencecah 100% hingga 300% bergantung pada jenis baju kurung, lokasi anda menjual dan beberapa faktor lain!
  • Kebanyakan daripada orang (medium to low profile customer) lebih suka membeli baju kurung yang telah siap. Malas nak tempah-tempah!
  • Peluang untuk anda buat duit RM1500 hingga RM4500 sebulan dengan baju kurung adalah tersangat cerah! Malah sebenarnya boleh dapat lebih tinggi lagi daripada keuntungan yang saya nyatakan.
Itu satu hal.Satu hal lagi yang buat saya bertambah kagum ialah Bisnes Baju Kurung ni boleh dapat untung seratus peratus.Memang dahsyat lah kan.

Apa-apa pun kalau ada pembaca yang berminat nak buat Duit dengan Bisnes Baju Kurung ni, cepat-cepatlah pi baca e-Book yang saya bagitahu ni dekat sini : Membongkar Rahsia Buat Duit RM1500 Hingga RM4500 Sebulan Melalui Bisnes Baju Kurung.

Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika suka:)

Post a Comment

0 Comments