Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sesi pengajaran dan pembelajaran saya disekolah hari ini berkaitan sebuah cerita yang menarik.Tambah-tambah lagi bila melibatkan murid tahun 1.Depa dok seronok tanya cikgu BM depa ni macam-macam soalan.Macam saya pernah kata sebelum ni, saya bukan cikgu garang, atau marah murid tak tentu pasal.Tapi kalau tak kena gaya, saya jugak boleh jadi lebih garang dari Cikgu Disiplin sekolah.hahah.
Depa belajar melengkapkan teks dengan perkataan yang tepat.Sebelum tu, dua orang murid telah membaca cerita tersebut.Alkisahnya mengenai buah tembikai yang ingin menjadi seperti buah rambutan yang tinggal tinggi di atas pokok.Sedangkan buah tembikai hanya hidup menjalar atas tanah.
Tembikai sangka dengan dok atas pokok tinggi itu baik untuk dirinya.Dia cuba panjat pokok buah rambutan.Padahal si buah rambutan tadi dah bagi nasihat bahawasanya badan tembikai yang besar dan berat itu tidak sesuai untuk tinggal di atas pokok.Sudahnya jatuhlah cik Tembikai atas tanah dengan sedihnya.
Pengajaran Kisah Tembikai
Jadinya, moral of the story ialah kita ni sebagai manusia biasa tak payahlah nak hidup ikut cara orang lain.Allah cipta kita dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.Jangan sangka kalau kita jadi orang kaya macam orang lain,kita akan gembira dan bahagia.Orang lain kaya mungkin kerana dia pandai menguruskan kewangan dan rajin bekerja.Kita pula ingin kaya, tapi malas bekerja dan harap peluang datang depan mata.Kalau macam tu,memang taklah akan berjaya.Ye tak?
Terima Kekurangan dan Tingkatkan Kelebihan
Lagi satu,Allah cipta kita juga dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.Semua orang ada peranan dalam kehidupan mereka.Jika tugas anda seorang Doktor, jadilah doktor yang berjaya bukan sahaja merawat fizikal pesakit,malah mampu menguatkan spiritual pesakit dengan nasihat-nasihat yang berguna.Tak mungkin semua orang mampu menjadi doktor kan?
Begitu juga jika anda dilahirkan dengan bakat seorang tukang masak atau chef terkenal, mana mungkin anda mampu membina bangunan atau melukis pelan mengikut spesifikasi yang diluluskan.Dok gitu.?
Senang cakap, kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha meningkatkan perkhidmatan kita dalam bidang masing-masing.InsyaAllah kita akan happy dan tidak menginginkan sesuatu yang tidak selayaknya buat kita.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!