Seni Menulis Impian Menjadi Kenyataan

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya tak tahu pula kalau selama ini apa yang saya buat merupakan rahsia kebanyakan orang berjaya dan kaya mencapai impian mereka.Sejak sekolah menengah, saya memang berkawan baik dengan pensel.Saya juga sudah mula belajar tulis diari ketika umur 10 tahun.Masa tu, saya tulis perasaan dan aktiviti harian dalam buku latihan sekolah yang sudah tidak digunakan lagi.


Yelah,masa tu mana ada Facebook, instagram dan blog segala bagai ni.Oleh sebab saya seronok dan teramat suka menulis, jadi menulis diari menjadi satu terapi atau ruang yang paling saya tunggu-tunggu.Ia seperti kita dapat buat hobi yang kita sukai atau ia seperti satu perasaan yang apabila kita buat kita dapat duit.hahha.

Waktu sekolah menengah, saya suka pula mendengar siri-siri motivasi yang disampaikan oleh Dr.Mohd Hasan Ali di TV3.Selain itu,saya suka juga tonton rancangan Motivasi Pagi juga di TV3.aik penonton setia TV3 nampak!erkk.Dah masa tu Astro pun takdak lagi, kira layan TV3 tulah yang paling owesome masa tu.heee.

Saya sediakan buku khas untuk saya catat semua kata-kata motivasi yang saya dengar dan dapat.Sebelum saya mula belajar atau ulangkaji, saya akan ulang baca kata-kata motivasi ini.Bagi saya, kata-kata baik yang saya tulis dan ulang baca setiap hari tu, seperti ada aura dan keajaiban yang dapat mendorong pemikiran saya untuk sentiasa positif dan bergerak kepada kejayaan. 

Sampai satu tahap, saya begitu obses untuk masuk ke UKM sehingga menulisnya di atas jadual peperiksaan STPM saya dengan siap menulis tahun dan bulan saya akan mendaftar belajar di universiti tersebut.Allah maha memperkenan segala pinta.Ya, saya benar-benar daftar belajar untuk Ijazah pertama saya di UKM pada bulan dan tahun sama seperti yang saya tulis dalam jadual tersebut.

Itu belum lagi masuk bab perancangan ke arah perkahwinan.Bab pilih calon suami, usia bertunang dan bernikah.Itu semua banyak saya catat dalam diari.Rupanya, ramai orang berjaya mencapai impian mereka dengan menulis impian tersebut.Cuma bezanya, adakah impian yang kita tulis itu benar-benar satu harapan yang kita dapat meraihnya?


Saya ingin cadangkan kepda anda sebuah bahan bacaan berbentuk e-book yang menawarkan teknik sebenar dan cara yang betul menulis impian supaya membantu kita meraih impian yang dihajatkan.Semuanya memang dengan izin dan kuasa Ilahi, tapi dengan usaha yang sedikit ini dan modal yang sangat berpatutan dan tidak sepadan dengan nilai yang kita bakal perolehi.

Apa kata anda lawat e-book bertajuk :Seni Menulis 101 Impian.Jika sebelum ini saya berjaya capai banyak impian saya dengan menulis sembrono dalam diari, tetapi saya akui benar-benar teruja dengan memiliki e-book ini saya berhasrat untuk menjadi kaya dan berjaya dengan menulis banyak lagi impian yang saya hajatkan.

Dengan menulis impian, banyak perkara yang saya capai pada hari ini.Selain berjaya memiliki rumah dan kenderaan sendiri ( jenis MPV mewah ), saya juga dapat menghantar tiga anak ke sekolah persendirian ( dengan bayaran bulanan ), pada masa sama menghantar dua anak kecil ke nursery, pergi ke tempat kerja dengan perkhidmatan teksi dan banyak lagi.

Bagaimana kami mengurus kewangan keluarga dan bagaimana kami dapat melakukannya dengan baik sekali?Rahsianya ialah kami catat ( tulis) belanjawan bulanan dan tahunan kami sekeluarga dalam laptop peribadi.

Sedangkan saya juga bekerja makan gaji seperti anda dan Encik Husband pula baru sahaja berkhidmat dalam 5 tahun dengan sebuah syarikat multi-nasional.Tuhan hanya akan mengubah nasib kita, jika kita sendiri mahu mengubahnya!

Paling terbaru, saya mensasarkan untuk memiliki sebuah rumah baru jenis landed.Ya,rumah baru idaman kami sekeluarga.Doakan kami berjaya mencapai misi ini.Semuanya saya tulis dengan jelas impian-impian saya ini kerana saya yakin impian yang sudah kita tulis di dada kertas, merupakan sebuah doa yang akan memberi kita kuasa dan kekuatan dalaman untuk mendapatkannya!


Anda boleh dapat banyak lagi pengetahuan dan teknik menulis impian yang betul dengan terus membaca e-book Seni Menulis 101 Impian.

Selamat membaca dan tulislah impian anda sebebas-bebasnya seperti anda akan mendapatnya sekarang.

Dalam kehidupan ini kita berhak untuk memilih mendapat apa atau menjadi siapa.Kita senaraikan semua impian kita, dari situ kita akan tahu bahawa Allah memberi juga melihat kepada apakah keinginan kita.

Sebab apa begitu? Sebab impian yang kita tulis ibarat sebuah doa yang tidak terucapkan oleh lidah  tetapi dilahirkan oleh hati dan minda dan kita coretkan di dada kertas.

Selamat mengubah nasib diri...:)

Post a Comment

2 Comments

  1. Asaalammualaikum, dimana saya boleh dptkan buki tersebut?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Bagaimana nak dapatkan buku @ e book puan?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!