5 Keistimewaan Blogger Sebagai Affiliate Marketer

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Banyak artikel yang saya baca berkaitan dunia pemasaran di internet begitu optimis meramal bahawa tahun 2015 merupakan tahun paling baik, paling untung dan paling bertuah bagi blogger yang melibatkan diri dalam Program Affiliate.


Anda setuju dengan ramalan itu?Ok, bagi yang masih tidak tahu atau tidak pasti apakah Program Affiliate, saya kongsikan sedikit mengikut fahaman saya sendiri.Kalau ada blogger lain yang lebih expert dalam bab Affiliate Marketing ni, saya alu-alukan perkongsian anda pula.

Maksud Affiliate
Affiliate merupakan satu sistem di mana pembekal produk atau pengiklan atau vendor akan menyediakan satu web bagi menjual atau promosi produk mereka.Dengan adanya sistem Affiliate, blogger atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Affiliate Marketer bagi produk mereka akan dibekalkan dengan banner-banner promosi, ayat-ayat promosi dan juga link affiliate iaitu link yang akan anda gunakan semasa promosi nanti.

Anda hanya perlu mendaftar secara percuma untuk menjadi Agen Affiliate bagi produk tersebut.Setakat yang saya pernah terlibat dengan Affiliate Marketing ni, saya tidak pernah diminta untuk membayar sejumlah wang untuk pendaftaran.

Mendapat Komisen 30-50 Peratus
Kebanyakan Program Affiliate adalah percuma!Malahan anda akan mendapat komisen sekitar  30 -50 peratus dari jualan yang berjaya anda lakukan.

Maknanya ada jualan, ada la komisennya.

Dalam bahasa yang mudah, anda diibaratkan sebagai ”promoter”! Biasanya anda akan diberitahu bila anda akan mendapat komisen anda. Sistem affiliate yang dipasang pada web akan dapat mengesan id anda dan rekod jualan anda akan direkodkan secara automatik. Anda boleh check hasil jualan anda nanti di ruangan yang disediakan.Menarik bukan?

5 Keistimewaan Blogger Yang Jadi Affiliate Marketer
Jadi, apakah kelebihan bagi seorang Blogger yang melibatkan diri sebagai Affiliate Marketer sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa?

Saya kongsi ini berdasarkan apa yang saya sendiri perolehi dalam tempoh setahun ( baru je lagi punn..) dalam pemasaran Affiliate.
  • Saya tak perlu ada produk sendiri atau buat website untuk menjual produk. Malah saya hanya perlu daftar dengan vendor yang mana saya berminat intuk mempromosi produk mereka dan promote dalam blog saya.
  • Anda post entri dalam blog.Saya juga buat yang sama.Tetapi dengan memasukkan link Affiliate dalam entri yang saya tulis ( mestilah buat entri berkaitan produk yang saya nak promosikan) maka saya boleh menjana komisen..:)
  • Saya tak perlu tunggu hujung bulan untuk dapat gaji.Ya, saya hanya menjadi Affiliate Marketer Part time, tapi dalam satu bulan, saya boleh hasilkan jualan dan dapat komisen daripada produk yang saya promosikan.
  • Banyak panduan dan tips yang saya boleh dapat untuk menajdi Affiliate seperti Bisnes Affiliate 5 Angka, Cara Buat Pasif Income dan banyak lagi.
  • Saya hanya menulis satu entri untuk mempromosi produk yang saya pilih tetapi dengan satu entri yang sama saya boleh dapat sale yang berulang.Mudah bukan?
  • Saya tak payah pening kepala nak fikir tentang persaingan dalam dunia perniagaan, nak upah orang promosi produk dan strategi pemasaran bagai sebab saya bebas untuk pilih vendor mana dan produk apa untuk saya promosikan dengan daftar percuma lagi..:)
  • Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu bagi mereka yang telah lama menerajui bidang Affiliate.Saya baru setahun pun dah rasa rugi sebab lambat tahu tentang program yang sangat menarik ni.
Bab Dapat Komisen Paling Menarik
Ya, saya tak tipu.Bab dapat komisen memang paling best bila jadi Affiliate Marketer.Dah memang tu matlamat dan tujuan kita menyertai Affiliate kan.

Cuba bayangkan perasaan anda kalau setiap satu jam atau setiap hari dapat new notification macam ni :
"Congratulation, you have generate 
new commisions from the ..."

Itu belum lagi part kalau mentor dan sifu Affiliate Marketer share dia orang punya status transaction dalam akaun.Ada yang boleh buat sale dalam tempoh kurang 10 saat dan komisen dalam USD lagi.Pheww..


Buat Duit Dengan Blog
Memang ramai dah usahawan atau peniaga online yang berjaya buat duit dari blogshop atau website masing-masing.Inilah kecenderungan atau trend perniagaan sekarang.Kepentingan berniaga dalam online sama penting seperti offline.

Jadi, anda yang sudah ada blog sendiri, manfaatkan peluang ini.Paling kurang, kalau rasa dah tak payah nak ada side income sebab duit dah banyak dan tiada masalah kewangan, jadikan peluang ini untuk buat simpanan atau tabungan anda.Paling kurang kita dapat jana dua hasil dengan berblog.

Apakah dua hasil dalam berblog yang saya maksudkan? Yelah, kalau kita ikhlas berkongsi info dengan orang atau kita bantu mereka dengan maklumat yang diperlukan, insya Allah ia boleh menjadi sebagai amal jariah kita disana nanti.Keduanya, dengan berblog kita boleh jana income sampingan macam jadi Affiliate Marketer ni. Setuju?

Cara Buat Duit Sebagai Affiliate Marketer
Macam saya kata tadi, saya baru jugak dalam Affiliate Marketing ni, tapi saya kenal seseorang yang boleh guide anda dengan lebih baik dan berkesan dalam bidang ini.Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam perniagaan online memang tidak terlawan.

Memang susah kalau nak buat appointment dan berguru dengan Mentor dalam Affiliate Marketing ni sebab kerjayanya dalam Perkhidmatan awam memang tak membolehkan beliau menjalankan perniagaan dalam waktu pejabat (hohoho..) jadi bagi memudahkan kita semua yang nak belajar cara buat duit dengan blog sebagai Affiliate Marketer, beliau telah sediakan sebuah e-book ( yang dinamakan Kitab ) untuk kita semua belajar dan mendalami banyak teknik rahsia dan tips berguna sebagai Affiliate Berjaya dan Cemerlang.

Anda ingin mendapatkan e-book yang saya maksudkan? Ok, jangan terburu-buru.Saya cuma nak pastikan yang anda serius untuk menjadi Affiliate Marketer macam saya dan jugak mentor yang saya maksudkan diatas.

Kalau anda serius ingin belajar segala rahsia dan tips yang mentor tersebut guna pakai sebagai Affiliate Marketer, saya akan kongsikan disini cara untuk mendapatkan ebook tersebut.
Caranya ialah baca dulu intro mukaddimah e-book ini : Buat Duit Dengan Affiliate: Kitab Teknik SEO Merah Jambu.Kemudian anda boleh buat tempahan untuk memiliki buku ini. Mudah bukan?

Setakat ini pengalaman paling menarik yang saya perolehi menjadi Affiliate Marketer secara Part time ialah dapat rasa gaji banyak kali dalam sebulan..:)Bayangkan, kalau anda dapat gali semua rahsia dan teknik dalam kitab tu, paling kurang dapat belanja mak bapak atau anak isteri makan besar kat luar kan..Apa lagi yang dapat membahagiakan kita selain mengembirakan insan-insan yang kita sayangi..:)

Akhir sekali, terima kasih sudi baca entri ini dan boleh kongsikan jika dapat bantu lebih ramai rakan lain mendapat manfaat darinya.wassalam.

Post a Comment

0 Comments