Petua Lengkap dan Terbaru Bagi Pasangan Suami Isteri Melayu Mendapat Zuriat

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam banyak entri yang saya publish, banyak jugak saya cerita tentang ragam dan kerenah putera puteri saya yang seramai lima orang tu.Kini, mereka sudah semakin membesar dan sudah pandai meminta itu ini dengan mak bapak depa nih.Haa..tulah kan.Orang takdak anak..nak anak.Bila anak dah berderet macam saya nih, tinggal ko sanggup dengan tak sanggup je nak bagi khidmat terbaik dalam membesarkan mereka.hohoho.

Hasil carian imej untuk gambar bay kembar

Hasil carian imej untuk gambar bay kembar

Hasil carian imej untuk gambar bay kembar

Anak Sumber Rezeki Keluarga
Satu perkara tentang anak-anak ni, saya sangat yakin bahawa mereka adalah pembawa rezeki dalam rumahtangga.Saya sendiri melalui pelbagai pengalaman peribadi sepanjang 10 tahun lebih usia perkahwinan kami.Semakin bertambah zuriat, semakin melimpah rezeki kami sekeluarga.AlHamdulillah:)

Kehadiran zuriat dalam rumahtangga memang diakui banyak pihak memberi impak positif dalam kerukunan, keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.Tetapi semua itu, atas diri kita sendiri.Kalau ada anak dua tiga empat pun, tapi tak reti berkomunikasi dengan pasangan, gaduh jugak, dan berantakkan jugak rumahtangga tu kann.Nauzubillah.

Petua Lengkap dan Terbaru Bagi Pasangan Suami Isteri Melayu Mendapat Zuriat
Saya dan Encik Suami ditakdirkan tidak menghadapi sebarang masalah kesuburan.Kami sangat bersyukur dan berharap semoga Tuhan memberkati rumahtangga ini dan memelihara kami sekeluarga serta menjadikan kami dalam golongan hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur.Aamiin.

Dalam pada itu, saya juga prihatin dan mengambil berat akan teman-teman atau anda yang sedang membaca tulisan ini masih menunggu kehadiran cahayamata dalam rumahtangga anda.Terutamanya kalangan mereka yang sudah berkahwin lebih lima tahun dan sebagainya.


Baru-baru ini saya menemui sebuah website :Rahsia Mudah Hamil dan saya dapati ia sangat baik untuk anda yang sedang mendambakan kehadiran zuriat dalam rumahtangga.

Antara lain, pemilik website ini menawarkan sebuah e-book:Tips Kesuburan dan Rawatan, Petua dan Doa Untuk Mudah Hamil yang sangat bermakna bagi pasangan suami isteri Melayu yang sangat mahukan zuriat sebagai penyeri rumahtangga dan pewaris dalam keluarga.

Petua Lengkap dan Terbaru Mudah Hamil


Banyak juga fakta baru dan penemuan yang mengejutkan yang dikongsikan dalam e-book ini berkaitan hal kesuburan antaranya minum susu Anmum bukan sahaja waktu kita pregnant, jika ingin pregnant pun digalakkan minum susu Anmum ini.

Itu belum lagi cadangan makan ais krim sebagai antara rawatan kesuburan dan boleh membantu para isteri yang inginkan zuriat untuk mengandung.

Selain itu, e-book ini juga menyediakan sebuah teknik lengkap tentang mengesan hari subur bagi wanita.Ada juga kalangan wanita yang tidak tahu bagaimana menentukan hari subur sedangkan inilah faktor awal bagi membantu anda boleh mengandung dengan mudah.

Satu lagi panduan lengkap juga dikongsikan oleh penulis e-book ini iaitu cara mengesan kesuburan wanita melalui payudara atau air kencing sendiri.Saya sendiri tak tahu bahawa banyak cara bagi wanita untuk mengesan hari kesuburan mereka.

Faktor Pemakanan Punca Sukar Mengandung?
Bila saya baca, semakin banyak pula info dan maklumat terbaru yang saya dapat dari e-book :Tips Kesuburan dan Rawatan, Petua dan Doa Untuk Mudah Hamil.Antaranya, fakta mengenai pemakanan yang menyebabkan sukar para isteri untuk mengandung.Bukan sahaja isteri, para suami juga ada kala amat sukakan jenis makanan popular ini tanpa sedar menyebabkan peluang kita mendapat zuriat semakin tipis.

Mesti ada yang beranggapan, buku ini mungkin lebih kurang sahaja dengan banyak lagi buku info kesuburan atau tentang kehamilan yang ada dipasaran.Pada mulanya saya juga beranggapan yang sama seperti anda.Tetapi selepas membelek e-book hampir satu jam, tahulah saya ia sangat berbeza dengan buku sedia ada di pasaran, malah jauh lebih lengkap dan berkesan untuk anda yang ingin menambah zuriat atau berusaha untuk mendapat zuriat.

Mengapa saya kata begitu? Selain banyak penemuan dan kajian terbaru yang dikongsikan, penulis buku ini juga merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai kelayakan dalam bidang Genetik dan Sains Pemakanan.Sudah tentu kepakaran mereka sangat berguna dalam membantu pasangan suami isteri mendapat zuriat.

Belum Berkahwin Tetapi Ingin Memiliki Panduan e-book Ini?
Tiada masalah bagi mereka yang merancang untuk berkahwin dan berhasrat ingin punyai zuriat sendiri sebaik sahaja perkahwinan dilangsungkan untuk turut memiliki e-book ini.Harga tawarannya juga sangat berpatutan dan murah ditambah dengan pelbagai tips bonus yang akan dibekalkan kepada anda.


Mungkin ini Usaha Anda Yang Membuahkan Hasil
Tuhan itu maha penyayang dan sangat mengerti hambaNya yang mahu doanya dikabulkan.Mungkin anda sudah berusaha bermacam cara dan mengikuti pelbagai petua, tetapi masih tidak berjaya untuk mendapat zuriat.

Manalah tahu, inilah antara usaha anda yang membuahkan hasil!Saya bersikap positif dan percaya tidak ada doa yang tidak dikabulkan melainkan DIA menunggu waktu sesuai untuk memberi anugerahNya kepada kita.

Hasil carian imej untuk gambagambar baby

Memiliki zuriat sendiri bukanlah hanya untuk penyeri rumahtangga.Ia sebenarnya lebih dari itu. Dengan adanya zuriat, Allah bimbing kita menjadi Ketua dan pemimpin rumahtangga yang bertanggungjawab, adil dan dapat melindungi ahli keluarga dengan baik.Ia juga satu tarbiyyah untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain ( anak-anak sendiri).

Hasil carian imej untuk gambagambar baby

Menjadi ibu dan ayah memang menjadi impian pasangan suami isteri yang berkahwin.Apatah lagi jika zuriat yang dikurniakan itu bakal menjadi anak-anak soleh dan soleha yang akan menjadi bekalan kita di alam kubur nanti.aamiin.

Saya mendoakan anda semua yang berharap dan berusaha untuk memiliki zuriat sendiri akan berjaya dan berhasil mendapatnya melalui perkongsian dalam e-book ini.aamiin.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan kepada lebih ramai rakan anda jika suka :)

Post a Comment

0 Comments