Cara Mudah Buat Bebola Ayam Sendiri Di Rumah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang dah lama saya teringin nak buat bebola ayam sendiri di rumah.Bukannya apa, kat rumah saya ni, kalau masak lauk ayam, depa ni dah pandai pilih tak mahu makan isi ayam semata.Masing-masing dah pandai pilih nak bahagian kepak, peha dan bahagian yang ada tulanglah, senang cakap.Jadi,sebelum simpan ayam dalam fridge, saya akan asingkan bahagian isi dan juga bahagian yang ada tulang.Asingkan ikut jenis, senanglah kita nak bajet dan plan masak macam mana kan.

Kalau bahagian isi ni, depa suka kalau saya masak ayam masak halia, paprik atau goreng kunyit.Tu je pun yang den biasa masak.hoho.Terasa nak pelbagaikan jugak menu makanan kat dapur saya tu.Taklah depa dok jemu denga menu yang sudah dijangka kann.

Maka, bermulalah ekspolarasi di google.Nak cari resepi atau cara buat bebola ayam paling simple tapi sedap.Itu yang penting beb!Akhirnya jumpa kat blog akak ni.Memang senang membuatnya dan sesuai dengan Diet yang sedang den consume sekarang ni.Pheww..

Bebola ayam tuan tanah empunya resepi
Cara Buat Bebola Ayam Sendiri Di Rumah
Bahan-bahan membuat bebola ayam
  • 150 gm isi ayam (blend kering)
  • 2 sdm susu cair
  • 1 biji telur (pukul sikit je) tak pukul pn okey je
  • 25 gm tepung ubi ( 3 sdm) / tepung jagung (nk gabung kedua2 tepung pun boleh)
  • 1/2 sdt garam (secukup rasa lh ye)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 1 sdt serbuk pati ayam / serbuk rempah sup perasa ayam
  • Daun bawang ( saya masukkan sebab ada banyak stok dalam fridge)

 Cara-cara Menyediakan bebola Ayam
  • campurkan isi ayam, susu cair, garam, serbuk pati ayam, lada sulah, daun bawang dan telur.Gaul biar sebati.
  • Masukkan tepung ubi dan gaul sebati ( Gaul dengan menggunakan tangan.Lagi lama mengaulnya lagi bagus sebab adunan akan jadi lebih kenyal).
  • Bulat-bulatkan adunan tadi ikut saiz yang kita suka.Kalau nak senang ngap, buat comel-comel.
  • Panaskan air rebusan.Bila air sudah mendidih,  masukkan bebola ayam(kalau kita memang nak buat sup bebola ayam, masukkan bebola terus ke dalam kuah sup, lagi sedap )
  • Kalau bebola ayam tu dah timbul atau naik ke atas, maka kira dah masaklah tu.Dah boleh makan.
Langkah-Langkah Buat Bebola Ayam
Gambar ini dapat membantu anda supaya lebih jelas dan mudah untuk membuat bebola ayam sendiri di rumah. Gambar ni pinjam jugak dari Cik Ina Do Do Cheng:)

Isi ayam yang akan dikisar untuk dijadikan bebola ayam.
Kalau nak senang blender, potong kecik-kecik sikit.
Gunakan blender kering ya.

Tak payah masukkan air segala bagai.
Masukkan hirisan daun bawang supaya lebih segar 
rasa dan baunya.Yeahh.!
Bebola ayam yang sudah dibulat-bulatkan.
bebola ayam dari dekat
bebola ayam yang sudah masak akan timbul 
di permuakaan periuk.
Petua supaya bebola jadi cantik dan bulat
Pertama kali saya buat bebola ayam ni, tak ikut resepi sangat sebab isi ayam yang ada tak banyak.Masukkan tepung beras pun agak-agak je.Takut terlebih, jadi keras pulak bebola ayam tu. Jadi, time saya nak bentukkan tu, dia macam lembik dan lekit sikit kat tangan.Susah jugak nak membulatkannya.hoho.Tapi kali ini saya kongsikan cara mudah nak bentukkan bebola ayam ni.
  • ambil adunan dengan tangan, picit perlahan-lahan antara celah tangan dan ibu jari.Kemudian guna sudu untuk ambil bebola yang keluar tadi dan masukkan ke dalam periuk rebusan.
  • kalau nak simpan dalam fridge, bebola ni boleh direbus dalam air biasa je.
Amacam, senang je kan? Anak-anak pun boleh tolong buat, tu pun kalau korang nak dapur berkecahlah.muehehehe.

Haa..saya kongsikan gambar dari blog yang saya pinjam resepinya ni ya.

Bebola ayam buat sendiri dirumah


Boleh baca Entri berikut kalau nak tahu lebih banyak tentang DIET RASMI SAYA:)

Terima kasih sudi luangkan masa baca entri ini dan boleh kongsikan jika suka:) selamat buat bebola ayam sendiri di rumah ya!

Post a Comment

0 Comments