Terima Komisen ke-9 Dari Sweet Muslimah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Al Hamdulillah.Syukur kepada Allah yang melimpahkan segala kemudahan dan Mengurniakan rezekiNya kepada saya dalam bidang Affiliate yang saya ceburi.Komisen ke-9 yang saya terima dari SweetMuslimah.com memang buat saya happy dan beri saya ilham untuk publish lagi satu entri.Kalau tidak, makan hari jugak blog saya akan berupdate..hoho.


Keupayaan Diri Dan Berani Mencuba
Hari ini,saya sempat berkongsi kepada kumpulan kecil murid saya yang terlibat dalam program Nilam sekolah.Sebelum tu, seorang murid baru sahaja selesai membuat persembahan bercerita bagi kumpulan tersebut.Saya bertanya apakah pengajaran daripada cerita yang disampaikannya?

Murid tahun 2, yang saya kenali sejak belajar dari tahun 1 ini menjawab petah soalan saya :

"pengajarannya ialah kita hendaklah buat sesuatu mengikut keupayaan diri, cikgu.."

"owhh..bagus pengajaran tu."

"Macam mana kita nak tahu keupayaan diri sendiri?' saya pula menguji rakannya yang lain seramai 10 orang, yang duduk mengelilingi saya.

"keupayaan tu kan macam kemampuan diri kan cikgu.."jawab seorang murid tahun 5 tetapi masih tidak menjawab soalan saya sepenuhnya.

"ya..macam mana kita nak tahu kemampuan diri kita..?" saya mengulang soalan yang sama.

"kita cubalah buat sesuatu, kalau berjaya, kita mampulah buat benda tu.."spontan murid saya yang berseragam pengawas menjawab.Ya, dia nampak hebat dan bijaksana dengan cara berfikirnya itu.

"Bagus Alleeya, contohnya kita baca buku sehari 10 buah, itulah kemampuan kita yang kita dah capai.Tapi, dengan mencuba buat sesuatu, atau kita cuba buat yang lebih baik, maka kemampuan diri kita juga akan bertambah."

Saya memandang mata setiap mereka dan menyambung kata-kata saya begini :

"Kalau kita nak uji kemampuan diri kita, kita kena berani mencuba.Jangan fikir, kalau dalam peperiksaan kita asyik dapat nombor 5 atau nombor 10, maka kita ingat itulah kemampuan kita.Kita kena gandakan usaha kita.Kena cuba buat ulangkaji lebih lama dari biasa.Bila kita cuba buat sesuatu, tak kiralah benda baru atau buat sesuatu dengan lebih baik, maka Insya Allah, kemampuan dan kejayaan yang kita capai akan berganda atau menjadi lebih baik..Faham tu?"

Semuanya Bermula Dengan Langkah Pertama
Saya kongsikan sedikit perbincangan saya bersama murid-murid saya kerana melihat ia juga bermanfaat untuk anda yang membaca blog kecik ini.

Ya, saya bermula dengan mendaftar sebagai Affiliate.Saya hanya mencuba ketika itu.Percubaan yang hanya mula menunjukkan hasil selepas 5 atau 6 bulan selepas saya melibatkan diri dalam program tersebut.Lama bukan?

Bila saya tahu saya mula menjana komisen yang pertama, maka saya mula buka mata dan berusaha untuk menulis lebih banyak Affiliate Content dalam artikel yang saya publish.

Sebelum datang kemahiran menulis Affiliate Content, kena ada niat untuk buat sesuatu dengan cara paling baik, kena ada minat.Kalau anda banyak idea pula, tapi tidak berusaha untuk tambah teknik menulis, tidak juga berhasil.Kena padukan pelbagai usaha untuk berjaya!

Menulis seperti aqif azizan
Saudara Aqif Azizan : Penulis e-book Berjaya
Saya suka e-book yang ditulis oleh Saudara Akif Azizan.Tak kenal Siapa Aqif Azizan? Saya banyak baca hasil tulisannya sambil meniru gaya penulisannya!Dia sangat dikenali dalam kalangan penulis-penulis yang menghasilkan e-book bagi tujuan online marketing.\

Penulis Buku Kaya dan Berjaya

Jika anda baca tulisannya, sepertinya anda sedang mendengar dia bercakap dihadapan anda, dan anda ada dekat dengannnya untuk bertanya atau faham apa sahaja yang diucapkannya.Paling mudah, bacalah e-book yang beliau tulis tentang Rahsia Menulis Dan Mendapat RM 1000 sebulan.Nampak kan gaya penulisannya? Begitu santai, jelas dan pada masa sama tidak perasan pun yang kita sebenarnya sedang membaca sebuah buku yang ditulis untuk tujuan perniagaan.

Hasil carian imej untuk gambar aqif azizan

Apa-apa pun, kesungguhan menulis itulah yang saya nampak dalam setiap karyanya.Menulis dengan penuh passion, seperti anda akan mendapat RM1000 dalam sekelip mata atau dengan hanya klik satu perkataan.

Anda sebagai Blogger, pastinya skill menulis itu sudah tidak menjadi masalah.Fokus dan tumpu kepada program Affiliate pula, mungkin penulisan anda itu berharga RM 50 per entri atau lebih banyak dari itu.Cubalah...

Bagi saya, Dunia Blogging Malaysia menawarkan begitu banyak peluang untuk buat duit.Saya sentiasa menyokong usaha-usaha Blogger baru untuk buat blog supaya dapat berkongsi ilmu dan manfaat dengan lebih ramai orang, tapi tidak salah jika dengan kemahiran menulis kita itu, kita kembangkan lagi potensi dalam diri supaya kita juga dapat manfaatkan untuk diri dan sesuatu yang lebih besar!

Jadi, cuba dalami ilmu penulisan Aqif Azizan dengan bukunya Panduan Penulis Berjaya sebagai permulaan percubaan anda dalam menghasilkan karya yang boleh jual kepada sesiapa yang membacanya.Anda cuba anda berjaya!

Terima kasih sudi luangkan masa baca entri ini.Boleh kongsikan kepada yang lain jika banyak manfaatnya kepada mereka.:)






Post a Comment

0 Comments