Blouse A shape Cutting Untuk Muslimah Dengan Harga Murah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pernah tak bila beli blouse atau baju kita rasa sempit dekat lengan atau punggung? Ataupun baju tu cantik sangat dan kita memang berkenan, tiba-tiba harganya pulak over bajet.Pheww..memang potong stim nak shopping macam tu kan?Rasa nak nangis kuat-kuat sebab tak dapat baju yang kita berkenan tu.huk aloh..mengada lebih demo..

Saya pun banyak kali je rasa derita kalau beli baju atau blouse dengan saiz yang rasa dah ok, tapi tang dekat pungung atau perut tak lepaslah pulak.Orang pompuan ni, kalau dah kahwin memanglah usaha jaga badan tapi tulah..malas nak cakap banyak.hoho.

Oklah.Kali ini saya dah jumpa satu port baik punya, untuk kita-kita yang suka shopping online dan boleh pulak kita setelkan masalah baju atau blouse yang jap sempit sana, jap sempit sini.Blouse A shape cutting yang ada kat butik online ni memang owesome.

Tak kiralah saiz badan korang berapa, semua disediakan dan yang penting ia juga memenuhi syariat untuk pakaian wanita muslim.Blouse atau baju saiz A shape Cutting ni bagusnya dia buat si pemakai nampak selesa dan kemas dan juga taklah nampak bahagian sempit dan ketat kat mana-mana.hehehe.

Jomlah kita window shopping dulu:)Nah saya belanja gambar..

U101 Kuning

U137 Hitam

U148 Merah

U148 Hijau Daun

U140 Abu Tua

Lagi satu yang best tentang blouse A shape Cutting ni ia diperbuat daripada kain jenis Cotton grade A lagi ko.Memang selesa dan lembut bila dipakai.Selain banyak pilihan warna dan saiz, blouse ini juga di datangkan dengan pelbagai fesyen terkini.

Ciri terbaik yang sukar diperolehi berbanding blouse yang biasa kita jumpa ialah Baju A shape cutting ini mempunyai pilihan lengan bergetah atau jenis lengan terbuka, belahan dibahagian tepi sebelah bawah yang membolehkan geng-geng pompuan yang cutting besar kat punggung tu takde masalah nak pakai baju ni.hehhee. 

U101 Toska
Contoh Blouse dengan Lengan bergetah,
tanpa kolar dan baju belahan tepi

U122 Ungu
Contoh baju dengan lengan terbuka dan
belahan tepi sebelah bawah baju

satu lagi yang buat online butik ni nampak hebat ialah dia siap ada box chat secara percuma terus kepada owner butik tersebut kalau time kita tengah online shopping tu ada benda kita nak tanya atau ada masalah berkaitan baju yang kita nak pilih.Pendek kata, tak rasa macam kat online shoppinglah, rasa macam kita tengah pilih baju dekat butik kemudian ada orang yang guide dan tanya kita nak pilih baju yang macam mana? best kan??


Ok.Tang mana yang saya kata harga blouse ni murah.Yelah, dengan bajet RM100 atau kurang, kita boleh dapat dua helai baju beb!Suami-suami kita ni memang suka bab kita nak shopping baju yang lagi murah lagi depa setuju.hahha.tak gitu?Pada depa, beli baju banyak-banyak ni membazir sedangkan kita ni fikiran orang perempuan lain.Haa..mulalah nak bergossip nih.muehehe.  

Nampaknya dah mula nak melalut den ni ha.Ok, terima kasihlah sudi luangkan masa baca entri Blouse A shape Cutting Untuk Muslimah Dengan Harga Murah- ni sampai habis ye.Kalau nak tengok yang lebih banyak lagi, bolehlah singgah sini : sweetmuslimah.comAnda pasti puas hati dan gembira memiliki barang sehelai dua blouse di sini:)

Post a Comment

0 Comments