Tawaran Review Promosi Produk Untuk Hari Raya

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini saya nak buka peluang kepada sesiapa yang berminat nak saya buat review produk atau apa-apa barangan dan perkhidmatan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Review produk ini termasuklah juga dalam bentuk digital, online shop dan apa jua yang boleh dipromosikan kepada para pembaca blog saya.

Hasil carian imej untuk gambar promosi raya

Memandangkan saya juga berkemahiran bagi memastikan produk jualan anda mendapat tempat terbaik dalam enjin carian di Google Search, maka saya beri peluang ini bagi tempoh sepanjang tahun.Ini merupakan satu bonus kepada perniagaan atau perkhidmatan anda sebenarnya.Dalam jangka masa panjang, kalau tak raya sekalipun, jika ada pembeli berpotensi yang mencari produk jualan anda, maka dengan mudah mereka akan dapat terus ke pusat atau website jualan anda.

Mengenai bayaran, saya suka untuk kita sama-sama bincang.Anda di galakkan menyediakan content atau maklumat produk anda selengkapnya supaya mudah bagi saya menyediakan review yang terbaik dan berkesan kepada pembeli berpotensi.

Jika ada gambar yang berkaitan dan bersesuaian dengan produk hendaklah disertakan sekali kerana gambar juga menjadi faktor pendorong para pembeli berpotensi memilih atau membeli produk kita.

Antara produk yang boleh mendapatkan khidmat review dalam blog ialah seperti:
  • perniagaan biskut raya dan pelbagai jenis kuih muih, kek atau apa sahaja jenis makanan halal.
  • Jualan pakaian baju kurung, baju melayu, baju kanak-kanak, kain pelekat, tudung pelbagai jenis, kopiah atau songkok dan sebagainya.
  • Produk kecantikan atau penjagaan kesihatan diri.
  • produk e-digital atau perkhidmatan seperti kad kahwin, printing baju dan sebagainya,
  • review homestay, catering dan khidmat urut ( selepas bersalin).
Anda boleh merujuk artikel dalam blog ini yang saya tulis dengan label "Affiliate Content" yang kebanyakannya adalah review produk yang saya buat sendiri.Sebagai makluman, dengan review tersebut, saya telah berjaya membawa banyak pembeli ke website jualan e-produk tersebut.

Sila terus ke bahagian Contact yang terdapat dalam bahagian menu di dalam blog ini untuk urusan anda mendapatkan khidmat review dari Blog saya.

Terima kasih baca entri Tawaran Review Produk Untuk Hari Raya- 

Saya tunggu email anda untuk khidmat review :)

Post a Comment

0 Comments