Cara Mudah Wakaf Al Quran Sebagai Amal Jariah

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kita memang dah selalu dapat pesanan sama ada dalam tazkirah di Masjid atau ceramah mana-mana ustaz dan ustazah tentang tiga amalan utama seorang hamba yang akan menjadi bekalan utama di alam sana ialah:
  • Ilmu berguna yang disampaikan atau diajar dan diamalkan 
  • Bersedekah atau berbuat amal jariah
  • Anak-anak yang soleh dan Solehah
Klik Banner untuk maklumat lanjut Wakaf Al Quran

Sekarang ni dah banyak cara dan kemudahan yang disediakan yang boleh bantu kita untuk buat wakaf atau amal jariah.Antara yang saya tahu dan ingin sarankan kepada anda yang sedang mencari peluang untuk buat amal jariah ialah mewakaf Al Quran kepada mana-mana institusi pendidikan, rumah anak yatim, rumah orang tua atau mana-mana masjid atau sekolah pondok atau sekolah agama yang memerlukan.

Urusan penghantaran atau penyerahan oleh Staff Bookcafe.com 

Naskhah Al Quran yang sedia untuk dihantar kepada penerima wakaf Al Quran

Orait.Wakaf Al Quran yang dianjurkan oleh sebuah kedai buku online ni memang sangat mudah khasnya kepada anda yang mungkin sibuk dan punya komitmen yang pelbagai tapi pada masa sama anda tetap ingin meraikan mereka yang sangat memerlukan pertolongan anda khususnya kepada mereka yang memerlukan naskhah Al Quran sebagai salah satu kemudahan pembelajaran.

Cara Menyertai Wakaf Al Quran
Berikut cara mudah yang anda perlu buat untuk menyertai wakaf Al Quran bersama Kedai Buku Online : Bookcafe.com.my:
  • Layari website Bookcafe dan pilih menu produk Wakaf Al-Quran
  • Isikan Organisasi Penerima Wakaf, Alamat Penerima Wakaf, No Telefon dan Nama Untuk Dihubungi. Isi "BOOKCAFE" pada semua tempat kosong sekiranya ingin amanahkan kepada kami untuk membahagikan Al-Quran Wakaf ke organisasi yang telah kami pilih.
  • Klik pada butang Beli Sekarang/Add to Cart
  • Klik pada Checkout
  • Login (untuk pelanggan berdaftar) atau Checkout as guest sekiranya tidak mahu berdaftar.
  • Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran.
Selain itu, jika institusi atau sekolah anda pula ingin menjadi penerima wakaf Al Quran,permohonan untuk penerima Wakaf masih lagi dibuka. Hubungi atau orders@bookcafe.com.my , 03-61850716 & 016-6611972 (whatsapp) untuk perbincangan lanjut.


Panduan wakaf Al Quran di Bookcafe.com:

  • 1 - 19 Naskhah: Bookcafe akan kumpul & carikan lokasi wakaf yang sesuai. 
  • 20 Naskhah ke Atas: Anda boleh tentukan ke mana Al-Quran perlu diwakafkan atau serahkan kepada kami.
  • Hubungi kami sekiranya Institusi anda perlukan Al-Quran wakaf. Isikan borang penerima wakaf  ini. <<<BORANG PENERIMA WAKAF>>>
 Panduan Wakaf Al Quran Dalam Kuantiti Sedikit ( Kurang 20 Naskhah)


Harapan saya, perkongsian ini dapat memberi anda semua peluang dan ruang yang seluasnya memberi bakti dan manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Kemudahan Wakaf Al Quran yang disediakan oleh Bookcafe.com memang sangat berguna khasnya kepada kita yang tidak tahu menguruskan hal berkaitan wakaf Al Quran dan mereka boleh melakukannya untuk kita:)

Alhamdulillah, salah satu lagi nikmat Tuhan yang nyata memang tidak dapat kita dustakan..Aamin.

Post a Comment

0 Comments