Pageviews Blog Sudah 8 Juta dan Salam Ramadan Karem

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Haih.Akhirnya tertunai jugak hasrat hati saya untuk update blog ini.Bukan main lama saya ambik masa dan punya waktu terluang untuk menaip di  blog sendiri.Tak tahulah, kot ada yang tertunggu-tunggu entri baru di blog saya nih.huhu.


Pageviews Blog 8 Juta
Tahu-tahu sudah 8 juta pageviews blog kecik ini.Syukur tidak terhingga kerana pada bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini turut beri impak positif kepada blog ini.Terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog yang tidak jemu menyokong Blog Cik Matahariku.

Kalau baca senyap-senyap pun, saya terima jugak!saya pun jadi silent reader kat blog orang lain.haha.Tak sempat nak ucapkan Salam Ramadan Kareem kat pembaca blog semua, tahu-tahu kita dah nak masuk fasa akhir bulan Ramadan.Cepatnya masa berlalu kann.

Hari-hari bukak je blog ni.Tengok dashboard, tengok story kawan-kawan blogger lain.Tapi tulah.Sebab tak terupdate blog ni pun kecik je puncanya.Tapi telah menyebabkan rasa malas dan takde mood yang amat sangat untuk menaip.ishh.

Sebenarnya, laptop ultrabook saya ni ada problem sikit.Huruf "e" dia tak mahu keluar!Puncanya ada satu hari tu, budak kecik dalam rumah ni tumpahkan air masak atas keyboard laptop.Pheww.Sejak tulah, blog terus terkubur.huhu.Ni pun menaip guna on-screen keyboard.Lecehnya lah wei.

Mohon maaflah kepada sesiapa yang mungkin tunggu update baru di blog ini.Ceh gitu.Oklah, just drop by nak ucapkan Salam Ramadan Karee kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku:)

Semoga mendapat kesempatan dan peluang terbaik meraih dan bertemu malam seribu bulan.aamin.Doakan untuk saya sekeluarga juga ya!

Sampai jumpa lagi-Insha Allah.

Post a Comment

0 Comments