Sunday, June 23, 2013

Panduan Mudah Hadapi Jerebu


Dengan Bismillah,
Alhamdulillah.Saya baru sahaja selamat sampai ke rumah sejak pulang menziarah ibu bapa mertua di Muar, Johor pada petang Jumaat baru-baru ini. Yelah kan, orang ramai di maklumkan akan keadaan jerebu yang semakin serius di sana, saya anak beranak pulak balik ke sana. Memang sangat membimbangkan keadaan udara di sana, berada di dalam rumah pun, kita boleh nampak seperti ada asap yang memenuhi ruang.

Jerebu di Muar nyata ditahap yang membimbangkan
Sumber gambar ihsan Google
Sebenarnya, kepulangan kami kali ini memang sudah dirancang kerana keluarga mertua saya mengadakan kenduri doa selamat ( maklumlah saya dan biras baru sahaja selamat melahirkan baby dan insyAllah hujung tahun ini seorang lagi biras saya akan mengikuti jejak langkah kami ).Wahh..seronok depa dok kira bilangan cucu yang semakin bertambah.haha.

Melihat keadaan udara di sana yang tidak sihat, terutamanya bagi kanak-kanak, saya merasakan perlu bagi saya dan kita sebagai ibu bapa mengetahui dan mengambil berat akan penjagaan dan panduan sepanjang berhadapan dengan masalah jerebu di negara kita ini.

Berikut merupakan garis panduan yang saya perolehi dari sini, dalam memastikan keluarga dan anak-anak kita dapat dilindungi dengan berkesan dalam mengahadapi jerebu.

TIPS PENJAGAAN MENGHADAPI JEREBU
  1. Basuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
  • Bab basuh tangan dan muka ni biasanya orang dewasa biasa buat kan, jadi kali ini ibu bapa kena pastikan anak-anak turut berbuat hal sama sebaik melakukan aktiviti luar. Hal ini terutamanya bagi mereka yang tahap udara di kawasan mereka belum mencapai tahap berbahaya.
  1. Dapatkan nasihat perubatan
  • Hal ini penting terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang menghadapi masalah kesihatan seperti asma, selsema atau demam dan sebagainya. Jangan ambil ringan hal ini kerana kita tidak pasti sejauh mana masalah udara tercemar ini dapat menjejaskan anak-anak kecil kita.
  1. Pastikan dalam rumah sentiasa bersih
  • Panduan yang ini, memang tanggungjawab mutlak kita di rumahlah ye.Udara di luar rumah dah sah-sah tidak baik untuk kesihatan, jika dalam rumah pun berserabut atau indeks pencemar udaranya lebih buruk, maka anda sebagai ibu bapa, fikir-fikirkanlah.
  1. Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu
  • Yang ini pula, memang dah rutin harian kita. Memang haruslah kan baju yang kita dah pakai kita basuh, takkan nak simpan dalam almari. Cuma penegasan di sini, pastikan baju tidak disidai di luar rumah, terutama bagi kawasan-kawasan yang sudah diwartakan sebagai berbahaya tahap udaranya.
  1. Kurangkan aktiviti luar

  • Bagi saya, aktiviti luar rumah ini merupakan faktor paling patut kita elak bila udara sedang tercemar. Sebaiknya hanya keluar rumah, jika urusan itu benar-benar penting atau untuk uruskan keperluan keluarga. Bagi yang bekerja pula, pastikan majikan anda telah menyediakan segala kelengkapan dan langkah-langkah perlindungan untuk anda.
  1. Memakai topeng muka apabila keluar rumah

  • Panduan ini merupakan asas kepada perlindungan diri setiap kali jerebu melanda negara kita. Walaupun anda tidak mengidap sebarang penyakit berkaitan pernafasan, langkah perlindungan seperti ini sangat perlu diikuti. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
  1. Jangan merokok
  • Bab ini bagi saya sangat penting kepada semua individu yang terlibat. Sama ada anda perokok atau ada ahli keluarga keluarga atau rakan anda yang merokok, ingatkan mereka dan diri anda sendiri, mungkin ini waktu terbaik untuk berhenti merokok jika tidak kerana orang yang anda sayangi, fikirkan insan lain yang menyayangi anda!
  1. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Minum air penting kerana apabila kita menyedut udara yang tercemar, tekak akan mudah berasa kering dan ini menyebabkan kita mudah berasa letih dan tidak selesa. Minum air merupakan antara faktor kita dapat menambah oksigen dalam badan.
Penutup
Sebahagian garis panduan yang anda baca di atas merupakan tips yang boleh anda ikuti dalam menghadapi masalah jerebu di negara kita. Apa yang paling penting, sentiasalah ikuti perkembangan semasa berkaitan tahap bacaan jerebu di tempat anda. Semakin prihatin anda akan isu jerebu ini, semakin bijak anda mengambil langkah penjagaan dan perlindungan yang perlu.



Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

2 comments

terima kasih juga krn sudi dtg membaca entri disini..:)-

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon