Resepi Tart Nenas Cair Di Mulut

Dengan Bismillah,
Wahh..Resepi tart nenas cair di Mulut! Bukan main lagi bagi nama resepi tart awak ye CikMatahariku ?haha.Pernah saya cerita di sini, akan keinginan saya untuk belajar buat biskut raya sendiri melalui panduan mudah yang diberi di sini, sayangnya hasrat itu terpaksa di KIV dulu memandangkan Encik Suami saya tidak menyetujuinya. 



Alasannya, tidak mahu saya susah-susah buat biskut raya, dan dia boleh belikan untuk saya. Pilih sahaja saya nak makan biskut yang mana..( Ceh, padahal dia "meragui" kebolehan saya membuat biskut  raya sendiri di samping "masa lenggang" terhad saya kerana sedang mengasuh anak kecil di rumah yang berusia 3 bulan, 2 tahun dan 4 tahun.)

Ok, takpe. Saya akan pastikan, one good and fine day, saya akan hidangkan dia "tart nenas cair di mulut" yang sangat kami gemari. Amin.haha. Kenapa cakap macam tu? Yelah, dah orang tak bagi kita buat biskut sendiri ( sebenarnya kalau buat pun, lebih kepada edisi cubaan dan eksperimen dulu..hihi). Kami sukakan tart nenas, dengan syarat rasa jem nenasnya tidak terlalu manis dan sudah pasti tepung tartnya gebu. Sebab bila masuk dalam mulut, rasa tepung tart dan jem nenas itu seakan cair dimulut.Whoaa..Nikmatnya!



Memandangkan buat masa ini tak boleh buat biskut sendiri, apa kata saya kongsi dulu resepi tart nenas cair dimulut ( ni nama yang saya cipta sendiri..hehe) yang saya ambil dari sini

Bahan-Bahan Pastri : 

115 gram butter 
115 gram minyak sapi 
1 biji telur gred B 
450 gram tepung gandum
sedikit garam 
air sejuk

CARA MEMBUAT KULIT TART

1.Pecahkan telur di dalam bekas adunan,masukkan butter dan minyak sapi.Gaul 
   hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akak tidak menggunakan air sejuk tapi 
   setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
3.Guna acuan seperti gambar di bawah.
4.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
5.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
6.Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Acuan tart nenas cair dimulut
BAHAN DAN CARA MEMBUAT JEM NENAS

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

1.Kacau nenas dan gula
2.Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
3.Kacau hingga kering dgn api yang perlahan.

  • Anda boleh pilih jem mengikut kesesuaian dan kegemaran anda sama ada jem strawberry, blueberry, cheese dan sebagainya. Kalau tak mahu buat jem sendiri, boleh beli di mana-mana pasaraya atau bakery yang banyak menjual jem untuk tart yang sedia untuk digunakan.
InsyaAllah, resepi tart nenas cair dimulut yang saya kongsikan ini memang tidak menghampakan anda semua. Walau apapun, anda kenalah ikut dan tips yang chef asal ni pesan :
Akak minta buat pengunjung-pengunjung yang ingin mencuba,mulakan dengan perlahan-lahan dulu. Masukkan tepung jangan sekaligus.Masukkan sedikit demi sedikit.Doh tart ni memang lembut.Biasanya akak tidak menggunakan air sejuk.Adunan tu sudah sedang elok je.Air sejuk di gunakan andai adunan menjadi keras di sebabkan angin dan sebagainya.
Lagi satu, untuk makluman anda semua, resepi tart nenas cair dimulut ini juga bukanlah sekadar untuk hidangan sekeluarga sahaja, malah resepi ini telah menjadikan pemilik resepi ini berjaya dalam perniagaan jualan tart nenas cair dimulut :
Ini lah tart yang hasil jualannya telah membawa akak melancong ke beberapa negeri dan negara.Akak hargai sangat-sangat resepi tart ni.Terima Kasih buat tuan punya resepi asal andai ada terbaca ni.Akak akan rasa bersyukur sangat-sangat andai ada teman-teman yang berjaya menghasilkan tart gebu ni dan berjaya menjadi kan ia sebagai pendapatan sampingan.
Semoga resepi tart nenas cair dimulut ini mampu menambat hati suami, mak dan bapak mertua serta sesiapa sahaja yang anda sayangi..:)


Ramai juga yang ikut teknik mudah dari sini untuk mendapatkan biskut yang rangup dan sedap.cubalah!

Post a Comment

1 Comments

  1. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!