Cara Atasi Mood ke Laut : Buat Apa Yang Kita Suka

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Hujung minggu lepas, saya mendapat kiriman sms dari seorang sahabat baik semasa bertugas di salah sebuah sekolah Integrasi di Gombak. Musim-musim raya ni, tentulah kiriman sms nya berbau jemputan ke rumah terbuka.ceh gitu.

Saya sekeluarga memenuhi jemputan teman baik saya ni, di samping dia juga ustazah kepada anak-anak saya. Maka petang Sabtu lalu, kami ke rumahnya yang terletak di Subang Bestari.Ketika berbual-bual sambil menikmati nasi himpit beserta rendang dan kuah kacang, sahabat baik yang saya panggil Fuzah ni, sempat bercerita tentang rakan-rakan kami di sekolah tersebut. Sehinggalah si Fuzah ni, membuka cerita yang dia masih "amalkan" apa yang pernah saya katakan kepadanya ketika kami duduk bersebelahan meja di bilik guru dahulu. Saya agak terkejut. Kami sama-sama ketawa selepas itu.

Apa agaknya "ilmu" yang saya turunkan kepadanya ya? Sebenarnya bukanlah perkara besar pun. Entah boleh dijadikan "panduan yang betul" atau tidak, tidaklah saya berani menjaminnya.Tapi bagi diri saya dan Fuzah sendiri, itulah yang kami buat jika kami "terjebak" dalam masalah stress kerana terlalu banyak sangat kerja atau hilang mood waktu bekerja.

Cara Atasi Mood Tidak Menentu : Buat Apa Yang Kita Suka
mood hilang
Saya pun manusia biasa.Ada masa semangat bekerja juga "down". Kadang-kadang fikiran bercelaru juga. Selain membaca dan melukis, cara saya atasi mood yang hilang ialah dengan buat dahulu apa yang saya suka lakukan.Apa-apa sahaja.

Sebagai guru, menulis buku rekod mengajar perlukan konsentrasi. Ini kerana ia merupakan rancangan pengajaran yang kita rancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dikelas pada hari berikutnya. Jadi, kalau tak kena gaya, tugas hakiki ini akan terbengkalai dan ke laut.huhu.

Kalau "mood saya ke laut" waktu ini, saya akan buat dulu apa yang saya suka  untuk kembali mendapatkan mood. Kadang-kadang saya akan curi-curi ( padahal bukan baca novel curi pun .haha.) membaca novel. Saya juga sanggup buat sesuatu yang remeh seperti mengunting kertas untuk dijadikan sticker, kalau rasa nak makan, pergi makan.buat apa sahaja tetapi dengan disiplin dan niat untuk dapatkan kembali mood bekerja.

Mood Hilang ketika Berblog ?

Sama juga dalam berblog. Kalau rasa tak tahu nak tulis atau kongsi cerita apa, buatlah dulu apa yang anda suka berkaitan blog.Misalnya pergi tengok dulu berapa banyak earnings kat akaun Nuffnang ( kalau jumlahnya banyaklah kan..hehe).Kalau tak pun, pergi tengok blog-blog famous dan baca entri mereka.


Kalau tak jalan juga, nampak sangat kehidupan anda "tak happening".Semua orang mempunyai kesukaan tersendiri. Kalau anda tak tahu apa yang anda suka, meh saya bagitahu di sini.Perkara yang kita suka tu maknanya perkara yang kita buat tu boleh mendatangkan rasa tenang, gembira dan bahagia.Ha, sekarang macam mana? Dah tahu ?

Apapun, kalau tak rasa bahagia dan jiwa kacau juga ingatlah pesanNya kepada kita : Hanya dengan mengingatiNya, hati akan jadi tenang..istighfar banyak-banyak!

mood sedih

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!