Cara Tebus Ayam KFC Dengan Hot Tiket Internet Hotlink

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Cara Tebus Ayam KFC Dengan Hot Tiket Internet Hotlink ni senang je rupanya. Hari-hari dok tengok iklan ni kat blog kengkawan blogger termasuk blog sendiri, ingatkan complicated sangat kan, habis tu siap tunjuk kat iklan macam mana nak tebus ayam KFC percuma 2 ketul dengan Hot Tiket dia tu, rupanya sonang ajo.eheheh.


Inilah dia Hot Tiket yang anda boleh gunakan untuk
tebus di KFC untuk dapat ayam goreng percuma
Sebelum tu, sempena perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang tak lama lagi ni, kita mesti tak sabar nak hantar ucapan istimewa untuk insan-insan tersayang kan. Nak hantar kad raya, sah-sah tak sempat dah ni. Kalau anda pengguna Hotlink, inilah masanya anda boleh gunakan Hot Tiket Internet yang di tawarkan oleh Hotlink. Hot Tiket Internet terbaru ni membolehkan anda menikmati penggunaan data 500MB dengan kelajuan tinggi tanpa had selama 15 hari. lama tu. setengah bulan jugalah.

Bolehlah hantar ucapan dengan gambar-gambar atau animasi yang menarik kan, banyak juga kalau data 500MB tu.Inilah masanya kita meraikan insan tersayang dengan ucapan hari raya yang tulus ikhlas.


Selain itu, yang best juga tidak akan ada caj tambahan jika anda menggunakan Hot Tiket ini melebihi kuota.Err..cuma akan dikurangkan beberapa kps kelajuan internetlah. Tapi masih tetap ok sebab dapat 2 ketul ayam KFC kan.hehhe.

Cara Tebus Ayam KFC Dengan Hot Tiket Internet Hotlink

Oklah, kat bawah ni cara yang betul dan mudah untuk anda tebus 2 ketul ayam KFC secara percuma dengan Hot Tiket Internet Hotlink atau Tiket tambah Nilai RM 15.


Kalau nak lagi puas hati, tengok dan check sendiri iklan Hotlink yang ada gambar anak ayam berlari-lari tu. Teringat pulak nostalgia kejar ayam time nak dekat raya.Eh, bukan nostalgia saya..mungkin anda pernah kejar ayam untuk masak rendang pada hari raya kan..:)

Jangan lupa pulak tebus ayam KFC percuma dengan Hot Tiket Internet tu ya:)

Post a Comment

0 Comments