Popular Post Yang Ada Nilai " Entri Evergreen "

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Popular Post di Blog Cikmatahariku- Nampaknya penangan bulan Syawal memberi kelebihan kepada blog saya di tambah dengan teknik penulisan yang "sengahaja" mengambil kesempatan terhadap keperluan dan minat readers saya terutama di Google Search.Sejak ramadan lalu, saya telah cuba mengekspolitasi keperluan dan minat pengguna terhadap topik-topik tertentu dan hingga kini post yang saya publish itu masih menjadi search keywords di blog saya. Adakah ini yang dinamakan entri evergreen oleh blogger INI ?

Apakah Entri Evergreen ?

Saya memang rajin singgah Blog ni. Jadi, banyak atau sikit saya memang suka bereksperimen dengan ilmu-ilmu blogging yang beliau kongsikan. Jom, kita baca apa yang beliau bagitahu tentang Entri Evergreen ni :
Kalau anda terbitkan buku, nak dibaca sampai bila-bila, perlulah isi kandunganya itu relevan sepanjang masa. Kata jiran makcik sebelah rumah jiran makcik HH, apa tu .. biarlah evergreen. Entri yang baik adalah entri yang evergreen. Posting yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Untuk menghasilkan sebuah entri yang evergreen, anda perlulah buat entri mengenai perkara-perkara yang sentiasa berlaku dalam hidup. Contohnya, bab makan, boleh cerita resepi, sebab ia akan dicari walaupun ada restoren makanan segera kat tepi rumah anda. Anda boleh juga hasilkan entri-entri petua, yang sememangnya dicari setiap masa dan ketika.
Entri evergreen ini selalunya dalam bentuk point-point .... tak perlu ulas panjang-panjang. Ia entri yang mudah tetapi kekal relevan.
Andai buat entri tutorial, pastikan anda sentiasa update sebab apabila buat tutorial, adakala kaedah itu dah tak boleh pakai dah disebabkan perubahan teknologi, kaedah dan pelbagai lagi.
Jadi, kalau anda mahukan blog kekal dibaca sepuloh tahun akan datang, buatlah dan hasilkan entri yang sebegini - entri yang evergreen.
( pautan dari SINI )

Popular Post di Blog Cikmatahariku



popular post di blog cikmatahariku

Ada beberapa post saya yang ditulis sejak ramadan lalu masih "panas" hingga sekarang. Masa tulis dulu, saya andaikan ia adalah topik bermusim.Namun, apabila entri itu masih dicari dan menjadi penyebab pageviews di blog saya sentiasa memberangsangkan, maka saya tahu, eksperimental saya tentang entri evergreen ini "mungkin berjaya".hehe.

Jadi, saya sarankan kepada kawan-kawan, kalau rasa-rasa kehabisan idea atau banyak sangat idea untuk dikongsi di blog anda, pilihlah dan tulislah entri yang ada nilai entri evergreen.InsyAllah, blog anda akan sentiasa dikunjungi pembaca walaupun anda tiada kesempatan atau peluang update post anda.

Selamat mencuba kawan-kawan semua..:)



Post a Comment

0 Comments