Tips Bawa Anak Kecil Balik Kampung Semasa Perayaan

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Tips Bawa Anak Kecil Balik Kampung semasa musim perayaan sangat penting untuk kita ketahui kerana suasana dan keadaan di jalan raya yang tidak sama seperti perjalanan kita balik kampung jika bukan musim perayaan.Memandangkan saya sendiri mempunyai anak yang berusia 12 tahun ke bawah, maka saya kira wajarlah saya ambil kira keperluan mereka sepanjang perjalanan balik kampung sempena Hari Raya nanti.


Tambahan pula, Raya tahun ini giliran kami sekeluarga balik ke kampung saya di Kota Tinggi, Johor. Perjalanan yang panjang ini sudah tentunya memaksa saya memikirkan banyak perkara sebagai persiapan demi keselesaan anak kecil saya terutamanya bayi saya yang berusia 3 bulan.

Jadi, disini saya nak kongsikan panduan yang saya perolehi jika kita dalam perjalanan balik kampung semasa musim perayaan. Jom kita teliti apakah persediaan yang perlu sebelum kita bergerak balik ke kampung masing-masing.

Perkara penting yang perlu ada semasa di jalan raya
  • Pastikan anda mempunyai pengecas telefon bimbit yang boleh disambungkan pada tempat menyalakan rokok dalam kereta.

  • Masukkan nombor-nombor penting berikut: Perkhidmatan bantuan kerosakan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) hotline: 1-300-226-226 . Plusronda: 1-800-88-0000. Telefon kecemasan Plus Malaysia Berhad terletak di setiap 2 km sepanjang lebuh raya.
  • Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) menyediakan laporan terkini tentang penutupan jalan dan pengumuman trafik. Ia juga mempunyai senarai lengkap nombor telefon syarikat konsesi tol dan syarikat penyedia kenderaan awam. Anda juga boleh menonton video secara terus lokasi-lokasi jalan tertentu di dalam dan sekitar lembah klang.

  • Jika anda mempunyai telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi percuma dan laman web untuk memantau keadaan trafik seperti Waze dan Google Maps Traffic. Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter, anda juga boleh mengikuti laporan trafik terkini daripada Plus.
Tips Bawa Anak Kecil Balik Kampung Semasa Perayaan

  • Jika anda mempunyai anak kecil atau anak yang lebih besar, jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta tanpa pengawasan.

  • Jika anda menyusukan anak anda dan tidak selesa melakukannya di tempat umum, anda boleh menyusukan anak di dalam kereta.

  • Kemudahan menukar lampin memang jarang dijumpai (jika ada pun, ia mungkin tidak bersih sebagaimana yang anda mahukan), jadi anda juga harus menukar lampin di dalam kereta.

  • Hentian rehat yang besar mungkin mempunyai restoran makanan segera yang menyediakan menu kanak-kanak, tetapi kedai-kedai makan tempatan tidak akan menyediakannya. Elok juga jika anda membawa snek dan makanan anda sendiri.
  • sediakan juga kerusi bayi sekiranya anda belum memilikinya. Ini bagi mengelakkan anda berasa letih memangku bayi sepanjang perjalanan.
  • Anda juga boleh membawa CD kanak-kanak sebagai cara menghiburkannya di dalam kereta. Anda bernasib baik jika anak kecil anda dapat tidur lena sepanjang perjalanan.
  • Asingkan beberapa pakaian anak kecil termasuk pampers, susu dan ubat-ubatan di dalam beg berasingan supaya mudah bagi anda mengambil barang-barang tersebut jika memerlukannya.
Selamat Merancang Perjalanan Anda.Semoga Tips Bawa Anak Kecil Balik Kampung Semasa Perayaan ini dapat membantu anda pulang ke kampung dengan selamat dan bertemu dengan insan-insan tersayang. Salam Lebaran..;)

Sumber info dari SINI dengan sedikit tambahan daripada penulis Blog.

Post a Comment

0 Comments