Wednesday, July 02, 2014

Pageviews Blog Fasa Awal Ramadan

Dengan Bismillah dan salam sejahtera,
Kononnyalah ni Hari Rabu Tanpa kata ataupun depa dok tulis Wordless Wednesday.Pernah saya kongsikan harapan dan hasrat saya untuk mendapat bilangan UV sekurang-kurangnya 1k sehari .Saya sudahpun mencapainya dan berusaha untuk kekalkan bilangan UV dan tentunya meningkatkan pageviews blog. Setakat semalam, dibawah ini saya kongsikan "pendapatan pageviews" blog yang semakin memberangsangkan.Pencapaian peribadi yang sangat memuaskan hati:) AlHamdulillah.Syukur.


Unique Visitor (UV) Fasa Awal Ramadan


Apapun, seperkara lagi yang mengembirakan saya juga apabila bounce rate blog juga semakin menyusut.Kalau ikutkan sebelum ini bounce rate blog ini pernah sampai ke 78.0 %.Sangat merisukan.Info ni saya dapat dari Alexa.com.


Melalui bacaan, yang saya faham kenapa bounce rate saya tinggi sangat masa itu ialah, ramai klik entri di blog saya ( sebab berada di laman utama engine carian ) tetapi mungkin mereka tidak mendapat maklumat yang diinginkan atau singgah sekejap saja.

Sekarang ni, bila bounce rate dah turun, memang happy sangat.Maknanya pembaca yang singgah ke blog saya, depa akan baca beberapa page di blog saya sebelum beredar keluar dari blog. Terima kasih geng pembaca blog Cik Matahariku..:) Harap-harap dapat manfaat dari blog ini ya!

Terima kasih sudi baca tulisan ini  dan kongsikan jika suka:)

No comments:

Post a Comment

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)