Oktober : Bulan Banyak Cuti Tapi Banyak Aktiviti

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Tatkala menulis entri ini, teringat jugak tentang "3 ketul" iklan Nuffnang yang "on going" seperti yang saya pernah kongsi dalam entri ini : Rezeki Blog : CPUV Oktober.Biasanya kalau ada CPUV yang sangkut, saya akan buat entri semasa atau entri informasi supaya dapat tarik lebih ramai Unique Visitor (UV) ke blog.Sebabnya kiraan earning akan berdasarkan bilangan UV yang datang ke blog dalam tempoh iklan tersebut dipasang di blog kita.


Tapi hari ini, mood menulis lebih kepada nak menulis entri dari hati.ecehceh.Tengok tajuk pun mesti anda semua dapat meneka betapa "stress" campur "happy" saya dengan bulan penuh rahmat Oktober ini.Yelah, kalendar sekolah saya menunjukkan Bulan Oktober banyak cuti peristiwa dan cuti ganti.Tambah lagi dengan cuti umum.Cuti Raya Haji baru sahaja berlalu.Selang dua minggu Cuti Perayaan Deepavali.Sekolah saya bercuti seminggu sempena perayaan ini.Yay!!.

Tapi,cuti-cuti tu semua sekadar janji palsu.Harus pula saya masukkan dalam planner akan deretan persiapan untuk Hari Ko kurikulum sekolah.Penyediaan kertas soalan peperiksaan murid.Ujian Saringan Literasi Menulis.Termasuklah juga beberapa program sekolah yang memerlukan komitmen saya sebagai AJK seperti Hari Anugerah Cemerlang Sekolah, Kem Bestari Solat dan tak ingat lagi.uhuk.uhuk.


Sungguh.Kalau ikut deretan tugasan yang kena buat dan selesaikan, mahunya tak tido malam tuan tanah kan.Takpe.Kena fikir positif.Kerja memang banyak.Tapi ada cara.Saya pernah berkongsi tips dekat kawan-kawan baik saya semasa bekerja di Gombak sekitar tahun 2004-2009, kalau banyak sangat kerja nak buat, tak payah susahkan hati.

Tengok list kerja yang kena buat.Mana yang kita suka buat, buatlah dulu.Kalau memang semua kerja yang perlu disiapkan itu tak berapa sesuai dengan kesukaan kita, takpe.Buatlah apa-apa yang kita sukai untuk dapatkan mood.ecehceh.

Insha Allah,semua kerja akan dapat dibereskan pada waktu yang dikehendaki.Dalam bekerja ini, ada tips dan petua yang kita kena faham dan amalkan.

Bukanlah prinsip untuk cepat naik pangkat atau jadi kesayangan bos.muehehe.Ia tips biasa yang ramai orang tahu tapi tak berapa nak ramai yang sanggup amalkan.Cuba dalam bekerja,kita amalkan begini : Kalau tak dapat buat kerja yang kita sukai, sukailah kerja yang kita kena buat.ceh gitu.

Dengan fikir begini, hati senang, kerja pun cemerlang..Insha Allah.aamiin.

Post a Comment

0 Comments