Wednesday, September 13, 2017

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan-Mesti ramai yang mencari-cari resepi istimewa kek Marble dengan sukatan cawan sampai jumpa blog ni kan.haha.Saya pun lama mencari resepi kek marble yang senang kita nak buat dan sukat.Tambah-tambah lagi saya ni beginner dalam bab buat kek mekek bagai ni.

Kek Marble kredit air tangan Rozmaliza Omar (fb)

Teringat zaman kecik saya dulu, mak saya suka beli kek marble yang dijual kat kedai.Bukan sahaja musim raya, kalau tak raya pun mak saya tetap beli kek marble dengan colour coklat dan kuning dia tu.

Asalnya saya masa tu kan bebudak lagi, manalah minat dengan kek "orang tua" macam tu, tapi entah kenapa satu hari tu, saya teringin nak cuba rasa kek marble tu, lepas rasa baru dapat jawapan kenapa mak saya suka bebenor dengan kek marble ni.Sedap gila ko! Kek ni lembap dan sedikit padat.Tapi bila masuk mulut, moistnya sampai ke tekak..pheww!!

Orait, bab buat kek dengan sukatan cawan memang hobi saya.Kalau readers baca mana-mana kek yang saya buat dan kongsi dalam ni, sure saya guna sukatan cawan.

Kek Marble Daripada Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)

Kali ni saya dapat resepi kek marble dari Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn) yang juga sudah berjaya dicuba dengan jayanya oleh orang yang kongsi resepi ni.Sebab tu saya berani share resepi ni.Teringin juga nak cuba sendiri, tapi buat masa ini, saya dok di luar kawasan kat Negeri Pasir Berdengung, jadi susah sikit den nak membuatnya..mueheheh.

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber :Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek
1 cawan butter 
3/4 cawan gula castor 
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko.
(guna loyang saiz 6@7)

Nampak moist tekstur kek marble ni kann..

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
  1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. 
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko.
  4. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak.
  5. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
  6. Ulang hingga habis adunan tersebut.
  7. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
  8. Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.Gunakan api atas dan bawah.(Sebaiknya juga ikut kepanasan oven masing-masing ya).
Step by Step buat Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek

Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu adunan yang asal, adunan kedua pula yang sudah dicampur dengan serbuk koko. 

Masukkan satu senduk/sudu besar adunan asal kemudian diikuti satu senduk adunan yang mengandungi serbuk koko tadi.Tak payah gaul atau ratakan, biarkan je.Buat step ni sehingga selesai. 

Ini hasilnya bila kita dah masukkan semua adunan tadi 

 Baki adunan dengan serbuk koko tadi letakkan sedikit di atas permukaan adunan

kemudian, lorekkan dengan lidi mengikut corak yang disukai.

Ini hasilnya selepas di bakar:)

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Resepi dari Rozmaliza Omar
Sumber: Azlina Ina
Bahan-bahan:-
1 1/2 ketul butter (SCS)
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu (kecil) esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu (kecil) baking powder
3 sudu (besar) serbuk koko

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
  1. Masukkan Gula,butter,esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. 
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit. 
  3. Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
  4. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit  sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko. 
  6. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis. 
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. 
  8. Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
kek marble hasil resepi Azlina Ina yang dibuat oleh Rozmaliza Omar (fb)

Harapnya kepada readers yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehlah cuba buat sendiri kat rumah ya.Kalau ikutkan, banyak versi resepi kek marble yang kita boleh jumpa khasnya kalau kita google dalam internet, pilihan di tangan anda.Kalau pertama kali kita mencuba sesuatu resepi, kita kena rajin dapatkan banyak tips dan info berkaitan pembuatan kek marble supaya kita dapat menyediakan kek yang betul dan sedap, yang penting tidak membazir:)

Boleh tengok post saya buat kek marble versi kukus di sini dengan menggunakan resepi yang sama yang saya kongsikan di atas : Eksperimen buat kek marble kukus berjaya!

Thanks for reading this entry n God Bless:)

RANDOM POST :

1 comment:

  1. I used to be able to find good advice from your content.

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)