Agar-Agar Milo Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Sedap

As salam dan Salam Sejahtera,
Agar-agar milo yang sedap, lembut dan sejuk di tekak. hehe. Suka tak kalau dapat makan agar-agar yang macam tu? Bukan apa, saya teringat time nk buat pot luck di rumah Kak Ateh saya di Sepang, agar-agar milo ni antara hidangan ringkas yang kami sediakan selain mi kari dan lauk asam pedas ikan mayong.

Agar-agar milo yang lembut dan sedap by Blogger Cik Matahariku

Basic buat agar-agar milo yang sedap ni ialah sukatan air yang betul dan tepat. Saya  tak suka agar-agar yang keras, sebab pada imagine saya, agar-agar yang sedap mestilah lembut di tekak.Okey, kali ini, saya akan kongsikan resepi yang saya guna untuk sediakan agar-agar yang lembut, sedap dan pastinya sejuk bila lalu di tekak kita. Ceh gitu sekali ko!

AGAR-AGAR MILO SUSU PEKAT MELIKAT
Resepi Mudah Agar-Agar milo
  1. satu paket agar-agar tali
  2. 1.5 litre air masak
  3. 7 sudu besar milo
  4. 1/2 tin susu pekat 
  5. 3 sudu besar gula pasir
  6. 1 cawan air panas
kalau simpan dalam fridge, lagilah sedap agar-agar ni sebab rasanya yang sejuk bila lalu kat tekak

Cara Menyediakan Agar-Agar milo yang lembut dan sedap
1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.
2. Masukkan sekali 3 sudu gula pasir. Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.
3. Sediakan 7 sudu besar milo, satu cawan air panas dan setengah tin susu pekat, kacau supaya larut.
4. Bila agar-agar dah larut, masukkan air milo yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. Kacau       
    sehingga larutan tadi semakin pekat @ mendidih.
5. Tuang agar-agar milo ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.
6. Sejukkan dlm peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.

kita juga boleh guna pelbagai jenis acuan untuk sediakan agar-agar milo ni.Kalau dah takde acuan yang menarik nak guna, ko tuang je dalam loyang, lepas tu potong kecik-kecik.senang boleh terus ngap kannn.hehhe.

Ini pula, agar-agar lapis milo dan susu.Kalau korang nak cuba buat yang ini, boleh tengok resepi kat link yang saya kongsikan ini ya : Resepi Agar-agar milo lapis susu yang lembut dan sedap

Agar-agar ini bagi saya lebih sedap dari agar-agar milo biasa sebab resepi ini ada tambah serbuk koko, jadi rasa agar-agar ini lebih kepada agar-agar coklat, memang sedap dan marvelous.heheh.

Saya juga ada membuat sedikit olahan resepi untuk agar-agar milo ini.Kali ini saya buat agar-agar Coklat iaitu campuran Milo dan serbuk koko.Korang boleh klik sini untuk tengok resepi sukatan cawan yang saya kongsikan :

 Dengan olahan resepi milo dan serbuk koko, warna agar-agar lebih cantik, lebih sedap dan manis:) Selamat mencuba ya!

Alhamdulillah, jemput makan semua agar-agar Milo Coklat:) tapi korang kenalah cuba buat sendiri.
Sangat mudah dan cepat untuk disediakan.


Orait, kalau anda ingin mencuba resepi agar-agar milo yang lembut dan sedap ini, jangan lupa share di ruangan komen dan juga share dengan rakan-rakan yang lain.Selamat mencuba:)

Post a Comment

14 Comments

  1. ingat agar2 gula merah td hehe.. dessert macam ni memang best makan. sejuk dan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan, rupa nk sama.. hehe.. yup! agar2 mcm ni sedap mkn time dah disejukkn dlm fridge..:)

      Delete
  2. Nak tanya agar² tu berapa gram ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, yang saya buat ni, saya guna agar=agar tali 11g:)

      Delete
  3. Saya pun nak cuba la agar-agar milo ni.

    http://www.myarosli.com/2019/05/segmen-i-follow-you-you-follow-me-by-mya-rosli.html

    ReplyDelete
  4. Sy dh cuba..huhuhu tngh menunggu sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, semoga menjadi agar-agar puan dengan jayanya..hehe

      Delete
  5. Nak cuba hari ni...harap harap menjadi

    ReplyDelete
  6. As'salaam. Terima kasih berkongsi Resipi ni. Pernah cuba tapi kejadiannya keras. Sudahnya duduk dalam fridge sampai dekat dua bulan, saya buang. Tapi kali ni memang menjadi. Suami dan anak2 suka. Semoga Allah balas jasa awak dari perkongsian Resipi ni. Aamiin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, waalaikumuslm..terima kasih mencuba resepi ini puan.Tahniah kerana berjaya buat agar2 ni, happy saya dengar berita ni..jangan lupa kongsikan resepi ni kat kawan2 lain ya..terima kasih utk doanya..aamin

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!