Showing posts with label Edisi Khas. Show all posts
Showing posts with label Edisi Khas. Show all posts

Tuesday, July 10, 2018

Agar-Agar Milo Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Sedap

Tuesday, July 10, 2018 0
As salam dan Salam Sejahtera,
Agar-agar milo yang sedap, lembut dan sejuk di tekak. hehe. Suka tak kalau dapat makan agar-agar yang macam tu? Bukan apa, saya teringat time nk buat pot luck di rumah Kak Ateh saya di Sepang, agar-agar milo ni antara hidangan ringkas yang kami sediakan selain mi kari dan lauk asam pedas ikan mayong.

Agar-agar milo yang lembut dan sedap by Blogger Cik Matahariku

Basic buat agar-agar milo yang sedap ni ialah sukatan air yang betul dan tepat. Saya  tak suka agar-agar yang keras, sebab pada imagine saya, agar-agar yang sedap mestilah lembut di tekak.Okey, kali ini, saya akan kongsikan resepi yang saya guna untuk sediakan agar-agar yang lembut, sedap dan pastinya sejuk bila lalu di tekak kita. Ceh gitu sekali ko!

AGAR-AGAR MILO SUSU PEKAT MELIKAT
Resepi Mudah Agar-Agar milo
  1. satu paket agar-agar tali
  2. 1.5 litre air masak
  3. 7 sudu besar milo
  4. 1/2 tin susu pekat 
  5. 3 sudu besar gula pasir
  6. 1 cawan air panas
kalau simpan dalam fridge, lagilah sedap agar-agar ni sebab rasanya yang sejuk bila lalu kat tekak

Cara Menyediakan Agar-Agar milo yang lembut dan sedap
1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.
2. Masukkan sekali 3 sudu gula pasir. Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.
3. Sediakan 7 sudu besar milo, satu cawan air panas dan setengah tin susu pekat, kacau supaya larut.
4. Bila agar-agar dah larut, masukkan air milo yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. Kacau       
    sehingga larutan tadi semakin pekat @ mendidih.
5. Tuang agar-agar milo ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.
6. Sejukkan dlm peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.

kita juga boleh guna pelbagai jenis acuan untuk sediakan agar-agar milo ni.Kalau dah takde acuan yang menarik nak guna, ko tuang je dalam loyang, lepas tu potong kecik-kecik.senang boleh terus ngap kannn.hehhe.

Orait, kalau anda ingin mencuba resepi agar-agar milo yang lembut dan sedap ini, jangan lupa share di ruangan komen dan juga share dengan rakan-rakan yang lain.Selamat mencuba:)

Saturday, May 26, 2018

Cara Mudah Buat Kuih Apam Gula Hangus Dengan Sukatan Cawan

Saturday, May 26, 2018 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan salam Sejahtera,
Cara Mudah Buat Kuih Apam Gula Hangus Dengan Sukatan Cawan-Alhamdulillah. Haih.Seronoknya perasaan time taip post kali ini sebab masih terkenang-kenang kejayaan kecil saya dapat buat kuih apam gula hangus yang gebus, sedap dan sangat moist teksturnya.pheww.

kuih apam gula hangus by blogger Cik Matahariku:)

Post ini saya kongsikan dalam blog, khasnya kepada readers saya yang mahu buat kuih apam gula hangus buat pertama kalinya dalam hidup anda.huhu.Umur dah level mak-mak orang baru akak belajar buat kuih apam gula hangus ni dik.

Apapun yang berlaku dalam hidup kita, sebenarnya tidak ada yang terlambat atau tercepat kan, semuanya Allah dah atur dan saya yakin inilah waktu terbaik Allah rezekikan saya untuk belajar dan berjaya buat kuih yang sangat mudah rupanya.

Tengok tekstur apam gula hangus ni memang moist dan gebus kan, memang tak jemu ulang makan kuih apam ni.Nak-nak kalau dapat teh o panas secawan.pheww.mantap!

Orait, meh saya kongsikan resepi dan cara buat kuih apam gula hangus yang sangat mudah dengan sukatan cawan.

saiz apam gula hangus yang comel-senang nak ngap gitu:) 

Resepi Apam Gula Hangus 
Sumber Resepi : Surianti Ramli 

Bahan gula hangus : 
1 cawan gula 
pasir 1 cawan air 
panaskan gula dalam kuali hingga cair keperangan. -tuang air perlahan-lahan. 
Masak hingga didih dan gula sebati dengan air. Matikan api, sejukkan. 

Bahan ayak : 
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sk soda bikarbonat 
1 sk baking powder - satukan bahan di atas, ayak. Ketepikan. 
2 biji telur  
1/2 cawan minyak jagung 
2 sb mentega 
2 sb susu pekat 
Secubit garam - satukan bahan ini dan whisk hingga sebati. 

masa first time akak masukkan dalam acuan, akak letak penuh, jadilah saiz dia macam ni.Kali kedua kukusan barulah akak buat comel-comel, baru senang nak makan.kihkih.

Cara penyediaan Kuih Apam Gula Hangus
1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak & bahan lain dalam mangkuk besar. 
2. Gunakan whisker dan whisk sebati.  
3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis. 4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 bahagian acuan. 
5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri.

rupa apam gula hangus sebelum dikukus.Masa ni akak tuang penuh adunan apam gula hangus, sepatutnya tuang adunan kurang lagi daripada pic kat atas untuk dapatkan bentuk yang comel.

Apam gula hangus ni boleh makan bila-bila masa sahaja. Ada yang suka sediakan kuih apam ni untuk minum petang, ada juga buat sarapan pagi.Kalau dah sejuk pun, kuih ni tetap sedap dan moist.Kalau anda sudah mencuba resepi ini,jangan lupa kongsi kat ruangan komen di bawah ya:)

Selamat mencuba kepada yang ingin buat kuih apam gula hangus untuk pertama kali:)

Thursday, May 24, 2018

Tips Buat Kuih Kaswi Gula Merah Sukatan Cawan Yang Sedap dan Kenyal

Thursday, May 24, 2018 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
AlHamdulillah, Marhaban Ya Ramadan:) Syukur bertemu lagi untuk Ramadan tahun ini.Seingat saya, inilah tahun yang saya sangat kurang menghadap blog sendiri.Nak kata masa yang padat, tidak juga. Doakan semoga saya direzekikan untuk kembali berblog dengan lebih aktif ya.Masalah kemudahan wifi yang tidak lagi dibekalkan ke kawasan kediaman kami menyebabkan saya jadi malas berblog.huhu.

resepi kuih kaswi yang sedap dan kenyal
kuih kaswi gula merah yang kenyal dan sedap kesukaan kami sekeluarga:)

Orait, kali ini, saya dan Encik Suami menziarah mak dan abah ( mertua) kami di Muar, Johor. Selain itu, dapatlah juga kami berbuka puasa dan bersahur bersama dengan orang tua. Mak Muar saya juga berkesempatan mengajak saya membuat kuih kaswi yang asalnya memang feveret kami sekeluarga.Walaupun kuih ni kalau nak makan tu macam lekat lekit sikit, tapi rasanya yang manis, kenyal dan sedap tu memang tak mudah untuk dilupakan.haha.

Memandangkan mak mertua saya ni memang pakar dalam menyediakan segala kuih-muih tradisional, maka haruslah saya kongsikan resepi ini dalam blog buat bekalan anak cucu saya dikemudian hari.ceh gitu.

Resepi Kuih Kaswi Gula Merah Yang Sedap dan Kenyal
Sumber Resepi : Mak Mertua Blogger Cik Matahariku
  1. 4 cawan tepung gandum
  2. 2 cawan tepung sagu ( tepung ubi)
  3. 3 cawan gula merah larutkan dalam air panas dan tapis
  4. 2 cawan gula pasir
  5. 4 cawan air masak
  6. Garam secukup rasa lemak
  7. 1/4 sudu kapur makan
 Resepi ini boleh menghasilkan 40-50 kuih kaswi dengan menggunakan acuan kuih macam kat bawah.


Acuan kuih kaswi yang mak mertua saya gunakan untuk buat kuih kaswi

Cara Menyediakan Kuih Kaswi Yang kenyal dan Sedap 
  1. Masukkan semua bahan di atas dalam bekas adunan.
  2. Kacau sampai sebati dan cair macam nak buat lempeng
  3. Sapu minyak pada acuan/ loyang yang kita nak gunakan untuk mengukus kuih kaswi
  4. Tuang bancuhan kuih kaswi dalam acuan
  5. kukus selama 20-25 minit jika menggunakan acuan kecil sprt dalam gambar dan kukus sehingga 40-45 minit jika menggunakan loyang.
  6. Untuk rasa yang lebih mantap dan sedap, boleh tabur kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.
Langkah Demi Langkah Menyediakan Kuih Kaswi Yang Sedap dan Kenyal


antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan kuih kaswi yang sedap dan kenyal.

bancuhan tepung dan semua bahan di atas


tapis bancuhan kuih kaswi supaya kita dapat tekstur yang cantik


Ini pula rupa acuan yang mak mertua saya gunakan untuk buat kuih kaswi.Biasanya mak saya buat guna loyang, kali ini saja buat kelainan gitu. 

Sapu minyak pada acuan supaya senang nak keluarkan kuih kaswi nanti.

bancuhan kuih kaswi sudah dituang ke dalam acuan.

ini rupa kuih kaswi selepas diangkat dari dalam pengukus.sedang elok je kejadiannya.

kuih kaswi gula merah ready untuk di ngap..kihkih..

Tips Buat Kuih Kaswi Gula Merah Yang Sedap dan Kenyal

  • Antara tips yang mak mertua saya kongsikan supaya kuih kaswi menjadi lebih kenyal ialah penggunaan kapur makan yang sesuai.
  • Adunan juga tidak boleh terlalu pekat sehingga menyebabkan kuih kaswi jadi liat dan tak sedap.
  • Boleh juga dimasukkan satu atau dua helai daun pandan dalam bancuhan supaya kuih kaswi lebih wangi
  • Kelapa parut juga boleh dikukus terlebih dahulu supaya tahan lebih lama.
Bagi saya yang juga penggemar kuih kaswi ni, kalau ikutkan cara buat kuih kaswi seperti yang mak mertua saya ajarkan ni mudah sahaja, tinggal kita nak belajar buat atau tidka sahaja kan.hihi.Harapnya saya dapat buat sendiri kuih kaswi ni di rumah nanti.

Anda pula, boleh kongsikan resepi mak mertua saya ni dan harapnya dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan resepi kuih kaswi tradisional yang pasti sedap dan memikat selera:) InshaAllah




















Monday, October 16, 2017

Cara Mudah Buat Begedil Kentang Homemade Yang Sedap

Monday, October 16, 2017 4
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Buat Begedil Kentang Homemade Yang Sedap- Kalau ikutkan ini bukanlah kali pertama saya buat Begedil Kentang di rumah.Cuma sempena cuti-cuti sekolah satu Malaysia ni, saya berkesempatan untuk kongsikan dengan anda semua cara dan tips mudah saya buat Begedil Kentang sendiri di rumah.

cara buat begedil kentang homemade
Begedil kentang dengan bahan yang paling ringkas dan mudah By Cik Matahariku

Maklumlah, anak-anak dara semua sibuk nak menolong, jadi mak dara ni tukang bagi arahan je.kihkih.Askar diraja yang lagi dua ketul pulak dah tak ambik port hal dapur sebab tengah sibuk buat gerak gempur sepahkan rumah.huwaaaa.Bertabahhlah ibu-ibu yang ada anak kecik, tambah-tambah time cuti sekolah panjang ni.mueheheh.

Sebenarnya memang banyak cara kita boleh buat begedil kentang ni.Asalnya dulu, kalau ikut cara mak mertua saya ajar, antara bahan yang digunakan selain kentang ialah bawang, ikan bilis,lada sulah, cili, garam dan juga telur untuk mengoreng.Tapi bila suatu hari, saya tengok kakak Ateh saya buat begedil kentang guna resepi lebih ringkas dan mudah, sedap pulak tu rasanya,Jadi kali ini, saya nak kongsikan cara yang saya tiru kak Ateh saya buat begedil kentang.

Begedil kentang yang dah siap dibentuk oleh anak-anak dara saya:)

Dalam bab resepi dan bahan yang digunakan untuk buat begedil ni, bagi saya takde yang salah atau betul, ikut korang nak buat cara mana.Resepi yang saya kongsikan ini, lebih kepada cara saya sendiri.Kalau suka boleh ikut, kalau tak suka, boleh tengok je.hehheeh.

Resepi Begedil kentang Ringkas Dan Sedap
Sumber resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :
Kentang saiz sederhana 10 biji
Bawang Goreng dua cawan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Telur gred A dua biji
Minyak untuk mengoreng
Daun Sup jika suka ( Saya tak letak )

Cara-Cara Bergambar Menyediakan Begedil Kentang

Orait, ni bahan asas yang saya gunakan untuk buat begedil kentang.Tak payah susah hati kalau kat fridge korang takde daging hancur atau isi ayam bagai, begedil tetap sedap walau tanpa daging dan ayam bagai tau.hahah.Dah kata resepi ringkas dan mudah kann. Kentang tu kupas bagi bersih dan potong ikut suka asalkan bila kita goreng nanti dia senang masak lah kan.Jangan lupa masukkan dalam tapis untuk sejatkan air selepas kita membasuh kentang tu supaya senang kita nak mengorengnya.

Goreng kentang dalam minyak yang sederhana banyaknya.Saya sengaja guna api besar supaya kentang cepat lembut dan masak, banyak lagi benda lain nak masak kan.kihkih. 

Kalau warna kentang dah kuning keemasan maknanya dah boleh angkatlah tu.Jangan sampai hangus sudahlah ya!karang tak jadi pulak begedil kentang korang.

Kentang yang dah goreng tadi, saya masukkan terus dalam periuk sebab nanti senang kerja menumbuk kentang kita.Nak bagi dia lumat dan lembut supaya sebati dengan garam dan lada sulah.
Lagi satu, pandai-pandai ko lah nak bubuh garam dan lada sulah banyak mana.Macam yang saya buat ini, bajet untuk family besar dan juga untuk simpan juga dalam fridge.Jadi sekali buat tu, terus buat banyak.Jimat masa dan tenaga beb!  

Orait, kerja menumbuk kentang nak bagi lumat ni diserahkan kepada anak nombor tiga,Dia memang dah biasa buat kerja-kerja menumbuk nih.hahaha.Banyak alat ko boleh guna nak bagi kentang ni lumat, sama ada guna anak lesung macam saya, atau guna sudu atau garfu ( tapi makan tahun nak siaplah, atau guna cawan plastik.apa-apalah asal bahagia.:)

Taraa.begedil kentang saya dah siap dibentuk.Encik Ayah depa memang dah pesan awal-awal, kalau nak buat begedil, jangan buat besar-besar.Buat comel-comel je, nanti senang nak ngap gitu.iyolahh.

okey, siap sedia untuk mengoreng begedil kentang kita.Sebenarnya, kalau taknak kentang ni hancur time kita goreng dia, saya akan simpan sekejap dalam fridge sekitar dua jam.Jadi bila kita nak goreng begedil tu, taklah lembik atau lembut sangat.Lagi satu, masa kita bentukkan dia, tekan kuat sikit biar padat dan tak cepat hancur.Insha Allah.

Celupkan begedil ke dalam telur sebelum kita goreng dia.Lepas tu, bila minyak dah panas, boleh masukkan begedil kentang tu.

resepi begedil kentang yang sedap
Yeahhh.Dah siap pun begedil kentang saya yang simple dimple tapi rasanya tetap mantap.Begedil akak tak letak daun sup sebab anak-anak tak suka.Lagi satu, saya buat begedil ni sebab nak buat lawan makan dengan mi sup.Dalam sup ayam tu pun saya dah masukkan daun sup, jadi fair and square lah kann.haha.

Barulah complete bila dapat makan mi sup dengan begedil kentang dan kalau orang Johor, bila makan sup haruslah ada sambal kicapnya sebagai penyeri majlis.eh..eh..

Orait, yang ni baru betul style orang Johorean makan mi sup, ada begedil kentang plus sambal kicap yang pedas meletup.yeahhh.Jemput tengok jelah ya:)

Alhamdulillah, gigih ko kongsi cara buat begedil kentang je pun.hiks.Saya niatkan perkongsian resepi ini kepada readers yang memang baru pertama kali mahu mencuba buat begedil kentang sendiri di rumah.Kalau hampa yang dah terorr tu, tak payahlah nak ikut resepi ni.Entah-entah pejam mata je dah siap.Orait, selamat mencuba Begedil Kentang Homemade Yang Sedap ini ya!

Terima kasih kerana baca post ini dan boleh share kepada rakan taulan yang suka makan begedil kentang:)

Sunday, October 15, 2017

Resepi Kek Pandan Kukus Cheese leleh Sukatan Cawan

Sunday, October 15, 2017 2
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Kek Pandan Kukus Dengan Cheese Meleleh-Saya tengah cari masa lapang untuk buat kek kegilaan ramai nih.Pulak tu, yang jadi viralnya, kek pandan kukus cheese meleleh ni nak jugak sama macam yang dibuat oleh Kak Azlina Ina-Chef kek yang sangat selamba dan juga kelakar dalam facebooknya tu.

Inilah rupa kek Pandan kukus Cheese Azlina Ina 

Orang baik ni memang ramai orang sayang kan.Tuhan lagilah sayang!Kak Azlina Ina sangat tidak kedekut berkongsi cara buat kek padahal itulah sumber rezekinya.Hebat tak hebat, memang hebat!Saya sangat impress dengan jiwa besarnya yang berkongsi ilmu dan keyakinannya terhadap rezeki itu dari Allah semata-mata.

Semoga Allah tambah dan luaskan rezeki kak Ina sekeluarga.aamiin.Orait, memandangkan saya memang tengah kemaruk belajar buat kek, jadi haruslah kek kukus pandan dengan cheese ini menjadi salah satu koleksi dalam simpanan saya.hehe.

Jika anda juga berminat, bolehlah tengok-tengok resepi Kek Pandan Kukus Dengan Cheese Meleleh air tangan Kak Azlina Ina-Terbaik dan tersedap:)

Bahan asas membuat Kek Pandan Kukus Cheese
Sumber Resepi : Fb Azlina Ina 
Bahan A: 
5 biji telur gred A
1 camca besar ovellate
3/4 cawan gula kastor
1 camca besar pes pandan
1 camca kecil pewarna hijau ( kalau nak hijau yang cantik, beli jenis dark green)
semua bahan di atas putar dengan kelajuan tinggi selama 20 minit/warna jadi pudar)
Bahan B:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
 (semua bahan dia atas ayak)
1/2 camca kecil cream of tartar
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak -
Cara Menyediakan Kek Pandan Kukus Cheese
  1. Masukkan bahan ayak sedikit sedikit ke dalam Bahan A - 
  2. Putar lebih kurang 5 minit - 
  3. Masukkan minyak dan susu dan kaup balikkan (sebatikan) 
  4. Sapukan loyang dengan minyak dan letak kertas kek
  5. Masukkan adunan - Kukus guna api sederhana selama 40 - 45 minit atau sehingga kek masak 
Bahan Topping Kek Pandan Kukus Cheese 
  1. 250 gram cheese
  2. 1/2 cawan susu pekat manis 
  3. 1/2 cawan whipping cream
  4. Putar hingga sebati (kalo ikut resepi asal simpan dalam peti sejuk 10 minit)  
  5. Curah atas kek 
  6. Tambah 1/4 susu cair - untuk lapisan cheese jika mahu cheese yang meleleh
  7. Curah atas kek 
  8. Parut cheedar tabur atas curahan krim tadi sbg hiasan
Step By Step Kek Pandan Kukus Azlina Ina

 Ini ialah campuran telur, gula, ovalate, emalco pandan dan pewarna hijau yang disudah diputar menggunakan mixer. Mix adunan sampai adunan jadi sedikit cair.Bila kita jatuhkan dia, adunan jatuh dengan perlahan.

Kemudian, masukkan minyak dan kacau laju untuk buang angin dalam adunan. Step ini penting bagi mengelakkan kek berlubang-lubang banyak dan mendap di bahagian tengah.
Yang ini pula kita sudah masukkan adunan dalam bekas yang kita sediakan.Adunan mesti dimasukkn 3/4 atau separuh dari bekas yang nak dimasukkn dalam pengukus. Pastikan pengukus sudah dipanaskan terlebih dahulu.Selain itu, jangan lupa wrap bekas tadi dengan plastic wrap supaya kek tidak bantat bila terkena wap air.

Kalau menggunakan bekas seperti ini, kukus dalam tempoh 10-15 minit.Kemudian, kecilkan api sedikit ( jika meggunakan pengukus manual), angkat plastic wrap seperti dalam pic, dan cucuk menggunakan lidi atau garfu.Dalam pic ni, Kak Azlina kita guna pisau selamba jek.kihkih.Ingat, jangan angkat bekas pengukus keluar dari pengukus.Kalau belum masak, teruskan mengukus lagi.

wahhh..kek pandan sudah siap dikukus! nampak sangat gebus dan moist kann.
terbaik betul resepi kak Azlina Ina ni:)

Perkara wajib tak kira bekas tu kecik atau besar ialah wajib terbalikkan kek atas board untuk 
elakkan kek mengecut.Kena buat cepat-cepat tak payah tunggu sejuk sebab kalau lambat graviti akan menarik kek ke bawah dan kek akan jadi kecut.

Kek pandan kukus ini nampak gebu dan elok rupanya selepas proses kita terbalikkan kek sekejap tadi.

Bile sejuk bolehlah  belah kek kepada dua bahagian dengan menggunakan benang.Bahan yang digunakan untuk buat topping cream cheese ini ialah 250g cream cheese,1/2 cawan susu pekat ,1/2 cawan whipping.Putar sehingga sebati dan simpan sekejap dalam peti sejuk sekitar 10 minit untuk dapatkan cream yang pekat dan kental.Lapisan pertama tuang cream cheese yang pekat.Kemudian bila dah sejuk, masukkan lapisan kek yang separuh tadi dan tuang cheese yang cair pula.Untuk dapatkan cheese yang cair,baki cheese tadi tambah 1/4 cawan susu cair dan tuang atasnya.

Akhir sekali untuk hiasan atas kek pandan kukus ni bolehlah parutkan cheddar cheese dengan parutan jenis halus.Barulah nampak macam snow white gitu.heheh.

Selamat mencuba juga kepada geng yang suka buat kek:)-Harapnya time saya buat nanti hasilnya sama macam kek pandan kukus Cheese kak Azlina Ina punya.huhu.aamiin.



Monday, September 25, 2017

Eksperimen Buat Kek Marble Kukus Moist Sukatan Cawan Berjaya!

Monday, September 25, 2017 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Kek Marble Kukus Yang Sangat Moist-Sebelum ini saya ada kongsikan resepi kek Marble Moist dengan sukatan cawan. Memandangkan hati saya dah teringin sangat nak cuba buat sendiri kek marble ni, saya cuba buat eksperimen dengan mengukus kek marble tersebut dengan menggunakan resepi yang sama.

yelah, oven kat rumah ada problem kat fius dia.Tapi sebab dah kemaruk sangat nak membaking bagai, saya cuba guna resepi yang sama tapi guna teknik kukus.Pasrah jelah akak.Tak cuba sendiri mana kita nak tahu kann.

kek marble kukus dengan resepi sukatan cawan di cuba oleh Cik Matahariku.heheh.

Kalau ikut resepi asal, depa dok bakar kek marble ni.Tapi hasilnya jangan risau.haha.Tetap menjadi cuma bagi saya yang baru belajar ni, tekstur kek menjadi sangat moist sampai susah den nak potong.huhu.Apapun percubaan ini belum berakhir sebab saya nak cuba sekali lagi lain kali dengan teknik bakar pula seperti yang mereka dah hasilkan sebelum ini.Insha Allah.

Hasil kek marble selepas di kukus:)

Resepi Kek Marble Kukus Moist Sukatan Cawan
Resepi :Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)
Dicuba Oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-Bahan Kek Marble Kukus
1 cawan butter
3/4 cawan gula castor
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko.
(guna loyang saiz 6@7)
1 sdt pewarna perisa coklat ( saya tambah, resepi asal tak letak)

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan

  1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. 
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko.
  4. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak.
  5. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
  6. Ulang hingga habis adunan tersebut.
  7. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
  8. Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan kek dan kukus sekitar 50-60 minit atau sehingga kek masak.
  9. Jangan lupa tutup pengukus dengan kain bersih supaya air kukusan tak jatuh atas kek.
Langkah Demi Langkah Menyediakan Kek Marble Kukus

Ini bahan asas yang digunakan untuk menyediakan kek marble kukus.Sukatan sebenar ada pada resepi di atas.Ada satu lagi saya tambah pewarna perisa coklat, tapi takde dalam gambar.

Ini pula butter dan gula kastor yang sepatutnya diputar dengan mixer tapi saya guna tools manual iaitu guna pemukul telur je.haha.Masa buat ni baru teringat mixer dah hantar ke rumah baru.huhu.belasah jek.

Adunan dah sebati, jadi kita bahagikan kepada dua.Ini adunan asal yang belum dicampur dengan serbuk koko.Sebenarnya boleh je kek ko nak letak warna apa, tapi bagi saya kalau kek marble, warna tradisinya mestilah coklat dan kuning.yeahh.

 Orait, yang ini saya dah campurkan satu bahagian adunan dengan tiga sudu makan serbuk koko.nyesal pulak guna mangkuk kecik time tu.susah nak kacau beb!hahha.

Masukkan adunan secara berselang-seli.Tak payah ko gigih nak bagi rata.Each time ko masukkan adunan yang seterusnya, automatik dia akan merata atau mengembang sendiri atas permukaan loyang tu.Don't worry be happy:) 

part ni memang saya failed.Tak reti nak adjust macam mana nak lorek bagi lawo corak marble dia.kihkih.den pasrah je ni. 

Bolehlah kot ni.Lepas ni kalau buat lagi insha Allah, kita bagi cun sikit. 


Lepas kukus dalam 50-60 minit, alhamdulillah menjadi juga kek marble akak ni.Kalau ikutkan resepi asal yang depa kongsi, kek ni untuk di bakar. Saya cuba kukus sebab dah tak sabar nak cuba buat kek marble ni.Okeylah.Not bad right? Cantik pulak kejadiannya.kihkih.

Kek marble kukus ni mendapat pujian dari Encik Suami akak tau..muehhehe.Tapi seriously, rasanya memang sedap, manisnya pun sedang elok dan tak rasa muak bila kita makan.Resepi ni memang very recommended lah.

Kalau readers nak tengok hasil kek marble dari resepi asal yang menggunakan teknik bakar, boleh tengok kat post ini ya : Kek Marble Moist Sukatan Cawan

Orait, macam nilah kerja saya.Baru belajar buat kek segala bagai nih.Mungkin orang lain pejam sebelah mata je buat kek marble nih, tapi bagi saya pula setiap aktiviti atau eksperimen kek yang saya buat adalah suatu proses learning untuk diri saya sendiri, supaya dapat buat yang lebih baik dan mantap lain kali.haha.Insha Allah.Meh, doakan ramai-ramai ya:)

Terima kasih kalau sudi mencuba resepi ini, boleh share kat komen di bawah kalau ada readers yang sudah mencubanya.Sampai jumpa lagi:)