Showing posts with label entri semasa. Show all posts
Showing posts with label entri semasa. Show all posts

Friday, June 09, 2017

Kemudahan Cuti Berganti Hari Raya Aidil Fitri Pada 23 Jun 2017

Friday, June 09, 2017 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kemudahan Cuti Berganti Hari Raya Aidil Fitri Pada 23 Jun 2017-Alhamdulillah.Syukur apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil inisiatif memberi kemudahan menyambut perayaan kepada sekolah,Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi di negeri Kumpulan B seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Surat siaran dari KPM mengenai kemudahan cuti berganti Hari Raya Aidilfitri bertarikh 8 Jun 2017
( Print screen dari phone )

Beberapa hari lepas, baru sahaja saya dan Encik Suami berbincang mengenai tarikh sesuai untuk kami menyambut Hari Raya di kampung halaman di Johor.Nak tak nak, memang Jumaat malam baru kami boleh bergerak balik ke kampung.Dah tu je masa yang ada.huhu.Tapi dengan gud news dari KPM ni lapanglah sikit rasanya.Thanks KPM:)

Satu lagi makluman, kemudahan cuti ini perlu diganti pada 17 Jun 2017 ( Hari Sabtu) untuk sekolah yang terlibat.Manakala hari ganti bagi Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi perlulah dirujuk kepada Rektor IPG dan Penagarah Bahagian Matrikulasi masisng-masing.Oklah tu.Bila dah ganti awal-awal, takdelah lepas ni akan ganggu cuti raya kita.dok gitu.heheh.

Surat siaran ni juga telah Guru Besar saya kongsikan dalam Official group Whatapps sekolah dan barulah saya confirmkan hal ini dengan Encik Suami.Tak kiralah kita plan nak balik kampung sebelah suami atau Isteri, kita harap perjalanan dan rancangan balik kampung raya kita tu lancar, mudah dan tidak terburu-buru kerana kesuntukkan waktu kann.

Tambah-tambah kepada sesiapa yang kampung halaman memang jauh dari tempat menetap atau bekerja.Pasrah jelah mengadap laluan lebuhraya yang padat dengan kenderaan.Paling penting persiapan kita apabila merancang  perjalanan yang jauh dan panjang.

Semoga perjalanan dan persiapan readers blog ini ke destinasi cuti raya dipermudahkan, dilapangkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan.Take care semua readers!

Sunday, October 16, 2016

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Sunday, October 16, 2016 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales-Saya mengajar di sekolah Convent yang memang sah-sah semua studentnya perempuan.Jadi tema Princess untuk depa sempena Hari Kanak-Kanak tahun ni memang sesuai sangatlah kann.


Memang melaram habis budak-budak kemetot ni tau..geram rasa!

Bukan main seronok depa nih.Sekali sekala pi sekolah dapat pakai baju macam tuan puteri yang dalam cerita-cerita yang selalu depa tengok kat Tv atau channel Youtube tu.

Sebenarnya malas nak taip panjang-panjang sebab hari sambutan ni bukan cikgu-cikgunya yang glamour, tapi budak-budak kemetot ni.Geram tau!Rasa nak timang tinggi-tinggi semua sebab comel-comel bila tengok depa melaram dengan baju ala-ala princess.

Bila tema Fairy Tales, ada jugak yang melaram dengan baju serba hitam, topi tinggi yang kalah topi chef.haha.Orait, tengok gambar jelah ya!

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Pemenang-pemenang bagi pakaian mengikut tema
untuk tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3

Yang ni pulak pemenang pakaian mengikut tema tahap 2
( barisan belakang) termasuk cikgu-cikgu sekali

Persembahan murid-murid tahun 1, memang best.
Pandai betul depa ni berlakon beb!

Guru Besar pun join ikut tema, sangat sporting GB kami ni..
berucap siap pakai topeng mata lagi..

Antara murid dan guru dengan tema princess dan Fairy Tales

Abang Clown dengan geng baju hitam..hihi..

Budak ni memang comel..Erika namanya..

Cikgu-Cikgu yang owesome..

Inilah cikgu-cikgu sekolah saya yang memang best dan sporting
thumbs up to all of you:)

Dengan batang penyapu siap bagai tu..
Cikgu pasrah dan biasa-biasa je..kihkih..

Cikgu Blogger n the Gengs..:)

Orait, harap perkongsian ini dapat bantu readers blog saya yang sedang cari maklumat dan info untuk tema Princess and Fairy Tales sempena sambutan hari kanak-kanak sekolah..:)




Tuesday, May 05, 2015

Realiti Blogger Part Time

Tuesday, May 05, 2015 0
Realiti Blogger Part Time
Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali akhir saya publish post seminggu atau dua minggu lepas.Nampak sangat mood berblog macam merudum je.ahaha.Bukan begitu sebenarnya.Saya belum berjaya menjadikan blog dan status sebagai Blogger Part Time kepada Full time.hoho.Cita-cita dan harapan tu memang ada.Buat masa ni saya pasrah sajalah kalau kebanyakan masa terluang saya ialah untuk keluarga dan suami.pheww..bajet mak dan isteri mithali konon-kononnya!

Hasil carian imej untuk blogger

Cuti hujung minggu yang panjang saya luangkan denga menziarah kakak saya yang baru sahaja menjalani pembedahan kecil kerana mengandung luar rahim.Kemudian ikut Encik Husband saya dengan gathering bersama ex-classmates time dia belajar di universiti dulu.Banyak kali jugak saya 'menyibuk" dalam gathering ex-classmates husband saya ni.hehhe.Kemudian penghujung cuti, saya ke rumah adik saya di Shah Alam kerana bertemu dengan ibu saya yang datang dari Batu Pahat.

Rasa lama betul saya dah abaikan blog ni.Dalam pada tu, sempat juga habiskan novel yang saya baru beli di Popular.Pun dah lama sangat tak beli novel baru.Lain-lain sebab saya tak dapat fokus untuk duduk depan laptop ialah sekolah saya baru sahaja melangsungkan sukan tahunan.Ok..apa lagi alasan nak bagi kat sini ye.muehee.

Hasil carian imej untuk blogger

Inilah realiti Blogger part time.Kalau sekadar nak kongsi cerita merapu macam yang anda sedang baca ni, memang boleh dan tiada masalah. Selalunya berlaku idea datang mencurah, waktu saya bukan sedang di depan laptop.Ada juga sesekali saya catat dalam aplikasi Notes di semartphone saya, tapi tulah, semuanya tinggal draft je.huh!

Inilah hakikat lemahnya manusia macam saya dan kita.Kalau nak kejar dunia ni memang banyak benda kita nak buat dan fikir.Tapi bila fikir balik, banyak benda yang kita nak buat tu, adakah selari dengan tujuan akhirat kita atau akan jauhkan kita dariNya.Masya Allah..

Itulah gunanya faham dan belajar tentang al Awliyat atau keutamaan kita dalam hidup.Entah.Lama sangat tak ikut usrah macam dulu-dulu.Banyak sangat dah berkarat ni.

Kepada anda yang sudi baca blog saya ni, tak banyak saya minta.Tolong kongsikan dan sebarkan selagi mana apa yang saya kongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.Itulah hajat kecil saya dengan blog ini.

Semoga kehadiran kita dalam dunia ini ibarat sebutir garam, yang ada dan tiadanya sentiasa dirasai..:)

Saturday, April 25, 2015

Semua Orang Ada Kisah Silam Yang Ingin Dilupakan

Saturday, April 25, 2015 0
Semua Orang Ada Kisah Silam Yang Ingin Dilupakan
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Saya memang jarang sangat ikut atau follow drama-drama Melayu di kaca tv.Bukan saya tak suka tonton drama Melayu, tapi kesempatan masa yang terhad untuk dok tercongok depan tv dalam satu jam memang "taklah" bagi saya yang bekerja dan pada masa sama mengurus rumahtangga.

Tambah-tambah lagi kalau drama tu banyak episod dan siri, nasiblah tu kalau saya dapat tengok sekali sekala.Cuma beberapa hari ni, saya ada tertengok drama yang sedang ditayangkan kat tv3 slot Akasia, tak tahulah saya drama ni popular ke tak, tapi tengok heronya ada sikit iras  Aaron Aziz dan Rosyam Nor lah..muehee.Terus Google kat internet cari sinopsis cerita dan tengok dalam youtube episod yang terlepas.

Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan


Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan
\
Hasil carian imej untuk mia ahmad drama hati perempuan
Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan

Mesti korang pun tengok drama ni kot? #Hati Perempuan tajuk drama ni yang diadaptasi dari Novel karya Nur Ain Al Abbas:)

Semua Orang Ada Kisah Silam Yang Ingin Dilupakan
Bila tengok drama ni, saya akui bahawa adakala masa lalu kita sangat memberi impak dengan kehidupan masa kini kita.Mungkin anda setuju, dan mungkin juga tidak.

Adakala kisah silam tu sudah pun kita lupakan.Tapi takdir Tuhan juga adakala hal silam itu kembali menghantui hidup kita.Sama ada apabila kita bertemu kembali dengan insan yang kita kenali itu atau ada peristiwa serupa yang mengingatkan kita tentang kisah silam itu.

Secara positifnya, kisah silam itu banyak yang sedih dari yang mengembirakan kita kan?Mungkin juga ada yang masih simpan rasa luka dan benci hingga ke saat ini.Semua itu terletak bagaimana atau sejauhmana kita disakiti atau dilukai.

Bersyukur Dengan Adanya Kisah Silam
Ya, inilah antara hikmah yang saya secara peribadi rasai tatkala teringat akan kisah silam saya.Perkara silam akan buat kita lebih menghargai apa yang kita miliki pada hari ini.

Banyak sebab kita perlu lupakan kisah silam kerana ia tidak mungkin berulang untuk kita buat lebih baik atau masa lalu itu sendiri sudah jadi sejarah.

Dengan adanya kisah silam yang menyakitkan atau mengecewakan, kita tahu Tuhan sentiasa menyayangi hambaNya dan DIA berikan kita dengan sesuatu yang lebih baik.Kita juga tahu, dengan ada perkara silam yang pahit untuk dikenang, kita belajar untuk lebih kuat, tabah dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan kepada kita.

Memang semua itu tidak mudah bagi sesiapa yang mengalaminya.Kita juga harus sedar, bukan semua orang bersedia dan mahu berkongsi kisah silam yang telah mereka lalui.Apapun yang kita tempuhi dalam kehidupan ini, kita haruslah sentiasa positif dan mohon supaya Allah bimbing hati dan diri kita agar sentiasa sabar dengan dugaan hidup.

DIA tidak akan  memberi kita Ujian, jika tiada daya kesanggupan kita untuk menghadapinya!

Tuesday, March 17, 2015

Hadiah Misteri Buat Isteri Tercinta

Tuesday, March 17, 2015 0
Hadiah Misteri Buat Isteri Tercinta
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih..petang-petang cenggini sempat bukak akaun Facebook yang dah macam biskut Chipsmore tu-kejap ada (online) kejap takde (offline).huhu.Terbaca pulak story kisah seorang Dato muda lagi jutawan yang hadiahkan wife dia kete mahal.Kalau tak, takkan suprise namanya kan.Sebab tu kita ni orang pompuan sebelum kawin dulu kena carik suami yang kaya raya beb!hoho.Nampak sangat ko ni mata duitan Cik Matahariku.huh.

Hadiah Misteri Buat Isteri Tercinta
Sekali baca dan tengok, memang kita pun tumpang rasa happy untuk pasangan ini.Kalau suami mampu dan dia sendiri memang nak bagi, no hal kan.Kita ni orang pompuan kena ambik pendekatan rezeki jangan ditolak.hohoho.

Apa-apa hal, kite tengok gambar happy seorang isteri pada hari ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahunnya.Tahniah kepada Datin dan semoga bertambah bahagia rumahtangga dan murah rezeki selamanya.aamiin:)

ewdfqq.jpg

wefqwdwq.jpg

ewdf.jpg
Credit gambar pinjam dari sini : intrend.com.my 

Hadiah Sebenar buat Isteri Tercinta
Gambar di atas hanyalah sedikit daripada nilai bahagia yang ramai wanita inginkan, tapi lebih dari itu, hadiah sebenar bagi seorang wanita ialah kesetiaan dan kesabaran suami dalam membimbing ahli keluarganya, kesanggupan bersama isteri menguruskan hal ehwal rumahtangga dan dalam mendidik anak-anak.

Para isteri zaman ini, ramai yang bekerjaya dan memang satu bonus kalau Encik Suami dapat bekerjasama uruskan keluarga.Kalau tak dapat buat banyak, tolong sikit-sikit pun ok apa.Tak gitu kengkawan semua? 

Dah,Tak payah cakap banyak.Paling penting saling menghargai, menghormti dan mengingati.Amalkan komunikasi berkesan antara suami isteri.Insya Allah bahagia rumahtangga dan kekal selamanya.aamiin:)

Monday, March 09, 2015

Dia Memilih Untuk Akur PerintahNya

Monday, March 09, 2015 0
Dia Memilih Untuk Akur PerintahNya
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Banyak perkara yang seseorang itu fikirkan, terutama bagi seorang selebriti seperti Che Ta, yang baru-baru ini dikhabarkan telah berhijab sepenuhnya.Alhamdulillah.Sangat Happy saya mendengarnya.

Meski bukanlah peminat tegar artis-artis, tetapi sebagai Blogger saya mengikuti perkembangan ini.Bukan setakat penghijrahan Che Ta sahaja, malah ramai lagi artis di Malaysia yang saya kira, boleh dicontohi kisah mereka untuk dijadikan inspirasi semua wanita yang sudah berhijab atau sedang berkira-kira untuk berhijab..:)

Hasil carian imej untuk gambar che ta bertudung

Keyakinan Untuk Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik
Seperti kita semua tahu, populariti Che Ta bukan setakat dalam dunia lakonan, beliau banyak muncul dalam kaca televisyen sebagai duta pelbagai produk berjenama, terlibat dengan pengacaraan, seorang bisnesswoman dan paling baru ialah apabila dikurniakan seorang puteri yang sangat comel meskipun hamil pada usia 40an.Cukup sempurna melihatnya!

Saya sangat terkesan apabila Che Ta menuturkan begini dalam sebuah akhbar perdana berkenaan keputusannya untuk berhijab sepenuhnya.
Saya amat bersyukur dengan hijrah ini. Apa lagi yang saya mahukan dalam kehidupan saya. Dikurniakan anak-anak yang baik, yang comel, suami yang sempurna dan rezeki yang murah.Jadi, inilah masanya saya perlu mensyukuri nikmat dariNya dengan menjadi Muslimah dan beristiqamah. InsyaALLAH,”-Sumber : Sinar Harian
Semoga Terus Diberi Hidayah dan Istiqamah
Tahniah kepada Che Ta yang memilih untuk akur akan perintahNya.Saya percaya, Che Ta sangat yakin, apabila kita bersyukur dengan setiap pemberianNya, maka dia akan tambah rezeki dan nikmat yang ada.

Tidak perlu takut akan rezeki dalam perniagaan atau pekerjaan akan semakin sempit apabila kita memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Tiada yang lebih baik di dunia ini atau di akhirat sana melainkan Allah redha akan kita...




Monday, January 05, 2015

Tarikh Sebenar Pemberian Bonus dan Gaji Penjawat Awam

Monday, January 05, 2015 0
Tarikh Sebenar Pemberian Bonus dan Gaji Penjawat Awam
Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Merata, sana dan sini kawan-kawan dalam geng whatapps kongsi berita dan maklumat tarikh sebenar pemberian bonus dan gaji kepada penjawat awam.Saya yakin, ramai yang sudah maklum bahawa tarikh 5 Januari 2015 ( Isnin) yang dikatakan sebagai tarikh pemberian bonus kepada kakitangan awam adalah tidak tepat malah telah mengelirukan banyak pihak.


Inilah bahana atau kesan sampingan apabila media sosial mendahului media rasmi kerajaan.Segala maklumat sahih atau tidak menjadi faktor kedua.Malah ada yang ambil sikap, suka share dan sebar tanpa ambil peduli ketepatan berita yang dikongsikan.

Hari ini, Timbalan Menteri Kewangan kedua tampil membuat kenyataan bagi menanggani kekeliruan orang ramai khasnya kakitangan awam yang tertunggu-tunggu tarikh sebenar pemberian bonus kepada mereka.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan setuju membuat pembayaran awal iaitu pada 15 Januari 2015 (Khamis) bagi imbuhan tahunan atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan 

Beliau berkata, kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.

Jadi, jelaslah kini bahawa tarikh sebenar pemberian bonus penjawat awam ialah pada 15 Januari 2015 manakala tiada perubahan bagi pembayaran gaji bulanan kakitangan awam iaitu pada 22 Januari 2015 (Khamis).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda:)