Pengalaman Urus Pengambilan Vaksin Tiga Anak Daraku : Fully Vaccinated !

 Assalamulaikum,

Syukur. Seawal November pada hari ini, ketiga-tiga anak pompuan kami telah selamat dan selesai menjalani Vaksin. Tiga anak dara, dapat appoinment tarikh dan tempat yang berbeza.Gigihlah mak dan apak pi mari-pi mari uruskan pengambilan vaksin untuk depa sehingga lengkap kesemuanya dengan dua dose suntikan vaksin.AlHamdulillah.

Kesemuanya diuruskan dibawah pengurusan sekolah masing-masing.Kami just ikut tarikh temujanji yang diberikan dalam apps MySejahtera.

Anak ketiga semasa pengambilan vaksin dose pertama di PPV Teluk Kemang, Port Dickson.

Anak kedua selepas pengambilan vaksin dose pertama.Kisah anak kedua ambil vaksin ni panjang sikit sebab saya cuba walk in ke PPV Teluk Kemang selepas saya terpaksa cancel tarikh yang diberikan dalam MySejahtera kerana sama tarikh dengan si Kakak.Kakak pulak kena attend vaksin di MSU Shah Alam sebab sekolahnya memang berada di Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Kakak Selepas pengambilan vaksin dose kedua.Masa ni dia okey lagi. start sebelah malam sampai esoknya, dia rasa badan panas dan sakit-sakit sendi.Kami berikan dia Paracetamol dan minta dia berehat.Alhamdulillah.Pagi esoknya, dia beransur sihat dan hilang gejala demam atau sakit sendi.

Berdasarkan pengalaman anak-anak remaja saya yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun, sejak menerima dose pertama, mereka hanya mengalami gejala ringan selepas divaksin seperti mengantuk, lenguh-lenguh dibahagian tempat suntikan dan berasa lapar.

Selepas pengambilan dose kedua pula, hanya si Kakak sahaja yang mengalami gejala seperti suhu badan meningkat, sakit sendi dan lenguh dibahagian suntikan.

Kalau ikutkan, depa ni ada jugak yang takut-takut mengambil vaksin.Paling annoying ialah anak nombor dua, apabila dia bertanya pendapat saya ialah apa akan berlaku jika selepas divaksin dia akan menjadi zombie ? Saya pulak jenis malas nak layan benda-benda tak masuk akal macam tu.Tapi saya jawab selamba macam ni.

Bagus juga kalau Eqin jadi Zombie, boleh makan anjing-anjing liar kat kawasan rumah kita ni.Yang selalu kacau ayah nak pi semejid.kihkih.

Budak Eqin dengan vaksin dan zombienya.Boleh pulak dia percaya teori vaksin then akan jadi zombe ni kann.Sapo lah dok sebar dakyah tu.Sabo je.

selfie selpot sekejap sebelum divaksin.Adalah jugak pic kalau betul lepas vaksin karang jadi Zombie.haha.

Semasa sesi temubual doctor untuk mengesahkan anak tiada simptom, tiada mengalami sebarang penyakit atau mengambil ubat yang tidak dibenarkan.Antara soalan yang saya perasan ditanyakan kepada kalangan remaja ini ialah adakah takut jarum dan bilakah tarikh hari pertama haid yang terakhir.Kalangan remaja perempuan ini akan disoal dengan soalan seumpama ini.

Saya tahu anak-anak remaja saya tu pastinya mendapat banyak liputan tentang hal vaksin.Sama ada yang baik atau sebaliknya tentang pengambilan vaksin.Malah semasa pertama mengambil vaksin kali pertama, si Eqin ni siap menakutkan saya dengan katanya : Mama pi ambik vaksin ma ? Mama tak takut ke dia masukkan cip dalam badan mama?Adehh.Rasa nak hempuk je anak yang sorang ni.Kuat betul pengaruh media sosial kat dia ni.

Apapun, saya bersyukur.
Jika ada kalangan rakan pembaca blog ini yang masih ragu-ragu dan tidak meyakini untuk mengambil vaksin ( tanpa masalah kesihatan atau alahan ) saya setuju untuk mengambil vaksin ini atas dasar beberapa perkara. 
1. Pertama sekali ialah dengan melihat dari segi hukum syarie, apakah mengambil vaksin ini haram, makruh atau harus.Jemaah Mufti telah sepakat menetapkan hukum mengambil vaksin ini ialah harus.Mereka ini pastinya dalam kalangan bijak pandai dalam hal usul fiqh, serta mempunyai kepakaran berkaitan.Kita pula orang awam yang meletakkan kepercayaan kita kepada mereka yg lebih berilmu dan arif.Maka atas faktor inilah saya tidak ragu-ragu menerima vaksin.

2. Faktor kedua, saya melihat kepada kenyataan para doktor dan kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dalam kesihatan awam, vaksin ini berupaya mengurangkan simptom atau gejala akibat jangkitan virus Covid-19.

3. Saya akui, saya seorang yang sentiasa mencari hal positif dalam hal ehwal kehidupan saya,Meskipun dalam hal buruk, saya tetap mahu melihat hikmah atau kebaikan sesuatu yang berlaku dalam hidup saya. Sungguhlah.Saya meyakini Allah yang mengatur seluruh hidup makhluk.Meski musibah Covid-19 ini dilihat sangat buruk sehingga suami saya sendiri salah seorang yang menerima kesannya ( hilang pekerjaan), saya tetap bersyukur kerana Allah lebih tahu mengapa sesuatu itu terjadi dalam hidup kita.Sentiasalah berbaik sangka denga Allah.

4.Dunia ini memang tidak sempurna.Manalah ada benda ciptaan manusia yang sempurna termasuklah usaha-usaha memperkenalkan vaksin kepada kita semua.Ketakutan menerima vaksin sehingga kita melupakan keselamatan diri dan ahli keluarga, juga bukanlah sesuatu yang bagus,Rasionalnya, jika anda ketua keluarga, dengan menolak vaksin, banyak hal akan terabai untuk keluarga anda.Fikirkan isteri dan anak-anak.

5. Setiap orang ada pegangan dan kepercayaan hidup sendiri.Kadangkala ego kita menafikan keperluan kita terhadap sesuatu.Marilah kita melihat sesuatu secara keseluruhan dan waras.Syaitan memang suka jika kita terburu-buru memutuskan sesuatu.Fikirkanlah dengan hati yang paling dalam. Perkara baik atau buruk dalam hidup kita berlaku dengan ketentuan qada dan qadarNya.Banyakkan berdoa setelah kita berusaha dan bertawakal.InshaAllah.


Sehingga bertemu di lain kesempatan.InshaAllah
Jaga diri dan selalulah berfikir positif.
Alam ini bertindak balas kepada kita dengan cara bagaimana kita berhubung dengannya.
Jumpa lagiii.





Post a Comment

8 Comments

  1. alhamdulillah.. dh settle vaksin!
    boleh plak tnya jd zombie ke lps vaksin.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kann..kalau ikut teori dia ni, haruslah mamanya dulu yang jadi zombie..kiki..

      Delete
  2. mujurla yang risau jadi zombie pun selamat di vaksin ya... kalau tidak haru lah omaknya nak buat camne tu hehehe... syukur semuanya dah divaksin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, alhamdulillah Dana, nasib tak buat hal time nak kena suntik tu..

      Delete
  3. Ahahahahah ingatkan saya sorang ke hulu hilio bulan sepuluh aritu uruskan 4 orang. Ada geng rupanya. Apa pun tahniah dah selamat vaksin. Ni tunggu tarikh appointment booster pula minggu depan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga kesihatan dan keselamatan kita semua semakin baik.aamin

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!