Showing posts with label tentang blog. Show all posts
Showing posts with label tentang blog. Show all posts

Saturday, August 26, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 19 juta Pageviews

Saturday, August 26, 2017 6
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah.Syukur untuk hidup yang kita nikmati sehingga hari ini.Sebenarnya umur yang panjang itu suatu "ketakutan" juga bagi saya secara peribadi kerana takut-takut bukan kebaikan yang kita himpun dalam hayat ini, bimbang tanpa sedar kita semakin jauh dari rahmat dan hidayahNya.Semoga Allah lindungi kita semua dari segala kejahilan dan iman yang tidak sempurna.aamiin.

Haih.Gigih saya menaip tengah malam buta ni.Rindu sangat-sangat untuk berblog sebenarnya! Cuti sekolah yang baru bermula mahu saya manfaatkan sebaiknya untuk update blog yang hampir sebulan saya tinggalkan.Tahu-tahu sudah capai 19 juta pv blog ini rupanya!

Pageviews terkini Blog Cik Matahariku yang sempat di printscreen:)

Nampaknya KPI  blog ini semakin mencapai sasaran saya.Saya menginginkan sehingga hujung tahun ini blog ini dapat mencapai sehingga 20 juta pageviews, dan AlHamdulillah, pada bulan Ogos ini blog ini sudah bergerak ke angka 19 juta pageviews.Insha Allah, bakal direalisasikan dalam beberapa bulan lagi.yeahh!!

Rezeki Blog Capai 19 Juta Pageviews
Syukur juga sempena pageviews yang ke -19 juta pv ini, blog ini juga mendapat permintaan untuk sewa iklan di blog dari sebuah klinik swasta di Wangsa Maju.Sebenarnya ia lebih kepada regular client blog ini untuk tujuan pengiklanan perkhidmatan klinik tersebut.Bolehlah klik pic iklan kat bawah kalau nak tahu jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan.Terbaik beb!

iklan yang sedang aktif di Blog Cik Matahariku.Boleh klik untuk tahu details tentang perkhidmatan merawat jerawat dengan berkesan oleh klinik ini:)

Jika ada kalangan readers atau sahabat handai yang mahu sewa ruang iklan di blog ini, sangat-sangat saya alu-alukan.Bayarannya sangat berpatutan dan boleh sahaja email saya di sini : samsiahabuyamin@yahoo.com

Semangat berblog ini kadang-kadang bukan sebab pageviews naik cantik dan bertambah setiap hari, ada masa rasa bersyukur bila ada respon positif dari kalangan readers blog ini yang rajin hantar wassap atau komen dalam post yang kita publish.Harapnya anda semua yang pernah singgah ke blog ini atau sedang membaca post ini mendapat hal yang baik-baik sahaja di sini ya.aamiin.

Tahun ke-6 Berblog
Macam tak percaya pula blog kecik ni dah pun berusia 6 tahun! Tak sangka juga sebab kalau ikutkan masih banyak lagi yang belum saya realisasikan untk majukan blog ini.Tapi betul lah seperti kata Imam Al Ghazali tentang apakah perkara yang kita tak dapat mengejarnya atau terlalu jauh untuk kita miliki iaitu masa yang sudah berlalu.Allahuakhbar...

Saya bermula dengan hasrat asalnya untuk kongsi perasaan dan pendapat saya dalam blog ini, dan Allah temukan saya dengan banyak ilmu berharga apabila saya menceburi dunia blogging ini.Saya usahakan untuk kongsikan apa sahaja hal baik yang dapat dimanfaatkan oleh readers blog, mudah-mudahan jariah ini menjadi bekalan saya di "sana" nanti.aamiin.

Saya ingin blog kecil saya ini menjadi seperti bunga kecil ini yang biar tidak kelihatan di padang yang luas, namun warnanya itulah yang menjadikan padang hijau itu cantik dari kejauhan.Insha Allah.Mohon doakan ya!

Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua dan sesiapa sahaja yang pernah singgah di blog ini sehingga menjadikan banyak post yang saya publish dalam blog mendapat rangking terbaik dalam google search iaitu berada pada halaman pertama enjin carian di Google search.

Jika anda berminat untuk membaca post  terdahulu atau merujuk manakah post "terkenal"saya yang lain..hehehhe..boleh just klik Trending Post atau klik Published Post yang ada di sidebar blog ini :)

Terima kasih sudi baca post suam kuku kali ini dan semoga bertemu lagi di lain kesempatan, insha Allah:)

Friday, June 02, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews

Friday, June 02, 2017 1
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews-Alhamdulillah.Sebenarnya saya perasan angka pageviews blog ni sudah capai 17 juta pv sejak minggu akhir sebelum Ramadhan lagi.Cuma hari ini baru berkesempatan update dalam blog sebagai salah satu motivasi untuk majukan lagi blog ini.Insha Allah:)

Alhamdulillah, sudah 17 juta pageviews Blog Cik Matahariku

overview pageviews Blog Cik Matahariku. Pada Ramadhan awal 2017, pageviews blog ini mencapai sekitar 50k sehari.


Kenangan Publish Post Pertama 
Alhamdulillah.Pada Hari Jumaat, Ramadhan ke-7 ini, Allah limpahkan rezeki saya dalam berblog.Kalau nak dibandingkan dengan pv blog lain, memanglah blog ini tidak setanding.Tetapi saya bersyukur sebab blog ini masih lagi sempat saya update meskipun ia bukanlah full time.Masih juga saya ingat lagi, azam dan semangat saya beberapa tahun  dahulu, waktu awal saya berblog, saya mahu jadikan blog ini bermanfaat kepada readers blog saya.

Ini merupakan tahun ke-6 saya berblog, dan lebih tepatnya lagi pada bulan Julai nanti, cukuplah usia blog saya menjangkau 6 tahun.Alhamdulillah.Masih ingat lagi, post saya yang pertama dahulu, juga jatuh pada bulan Ramadhan tatkala saya sedang sarat mengandung anak ke-4.Masa tu, tak tahu pun yang sebelah petangnya saya selamat melahirkan baby lelaki pertama dalam family kami:) Macam kelakar pun ada, Kira hari jadi blog saya ni lebih tepat lagi 22 Julai 2011 bersamaan birthday boy saya tu.

Tingkatkan Pageviews Blog Dengan Post Masakan Step By Step Cooking
Kali akhir blog saya capai jutaan pv pada pertengahan bulan 4 yang lalu. Kini bertambah lagi menjadi 17 juta pv.Angka yang bukan sedikit dengan usaha yang dicurahkan.Mulai tahun ini, saya mula fokus berblog dengan berkongsi aktiviti masakan saya di rumah.Seronok rasanya apabila resepi yang kita kongsi dan telah cuba sendiri dapat juga dimanfaatkan oleh readers blog.

kek oren lembut, gebus  dan sedap

kek coklat dengan rasa yang tidak menghampakan

Cubaan buat kuih keria gula melaka yang viral

pau sambal yang tetap lembut walaupun sudah sejuk

Boleh baca juga entri ini tatkala blog saya capai 16 juta pageviews, klik di bawah:
Teknik Tarik Pengunjung Ke Blog Dan Dapat Pageviews Tinggi
Kebanyakan resepi yang saya kongsikan pula adalah hidangan kegemaran keluarga atau saya sendiri yang mahu mencubanya.Saya bukanlah seorang yang pakar dalam masakan, saya cuma ingin kongsikan cara saya memasak resepi yang saya kongsi dan saya dedikasikan kepada sesiapa sahaja yang baru belajar memasak macam saya.haha.

Kongsi resepi memanglah mudah.Yang menjadi sukar, kita kongsikan dengan readers adakah resepi itu menjadi atau tidak.Kita biasa dengar bila rakan-rakan atau saudara mara sering merungut, resepi kat internet tu belum tentu betul semuanya! atau mereka merungut kerana resepi yang mereka ikuti tidak menjanjikan hasil yang memuaskan.

Jadi, sebagai seorang Blogger, saya ambil inisiatif ini untuk kongsikan cara dan step by step memasak sesebuah resepi itu dalam blog saya.Sekurang-kurangnya saya mahu readers turut belajar seperti saya dan lihat hasil sesebuah resepi itu.Alhamdulillah.

Antara resepi dan step by step masakan saya dalam blog yang sudah capai bilangan pageviews sehinga ratusan ribu adalah seperti berikut :
  1. Cara Masak Ayam Ungkep style Jawa Johor ( 200k)
  2. Cara buat bun sosej yang lembut dan gebu ( 110k)
  3. Cara sebenar buat donut yang lembut dan gebu (250k)
  4. Cara Buat Karipap Rangup dengan inti kentang (390k)
  5. Cara Buat cup cake coklat kukus moist ( 320k)
  6. Petua mudah buat bihun goreng sedap ( 268k)
Sebarkan Resepi dan Kongsikan Manfaat
Sebagai tuan tanah blog, saya sangat mengalu-alukan readers blog ini supaya sebarkan resepi yang saya kongsikan dalam blog ini kepada sahabat handai juga saudara mara. Suatu amalan atau kebaikan hanya akan dapat manfaatnya jika kita kongsikan kepada orang lain dan kita buat seperti yang dipelajari.Hal kecil seperti ini tetapi memberi impak yang sangat besar dalam diri orang lain.

Kita tidak tahu, mungkin resepi yang kita kongsikan dapat bantu rakan-rakan kita untuk buat perniagaan, untuk bersedekah atau atau untuk tampung kewangan keluarga.Mungkin juga dapat bantu sesiapa sahaja yang mahu belajar memasak tetapi tidak cukup modal untuk pergi kelas masakan.Cara mudahnya, belajar sendiri sahaja secara online!

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca  post di blog ini, menghantar komen dan ulasan dan ada juga yang direct wassap saya untuk bertanya resepi dan cara menyediakan sesuatu hidangan.Andalah motivasi terbaik saya dalam berblog:)

Sampai jumpa lagi.Insha Allah akan bersua lagi dalam post pageviews ke-18 juta pula nanti:)

Saturday, February 11, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 15 Juta Pageviews

Saturday, February 11, 2017 2
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 15 Juta Pageviews -Alamak!mesti readers akhkak yang tengah baca post ni terbeliak biji mata kann.kihkih.Bajet blog ko famous ke kak?Maklumlah, bila dah bukak sekolah ni, cikgu tak boleh menghadap blog setiap hari lagi.Tahu-tahu bila tengok dashboard, ehhh...cepatnya dah sampai 15 pageviews blog akhkak ni..bukan hari tu tengok masih 14 juta pv ke??

Tahun ke-6 berblog dengan pageviews 15 juta.yeahh:)

Alhamdulillah, syukur kerana blog ini masih bernafas hingga tahun 6-

Hari tu akhkak tengok, hari yang bila kak? rasanya dah sebulan kot akak tak update blog tau.opsss.Orait, terimalah hakikat yang memang blog akak dah capai 15 pageviews ko.hahha.

Banyak betul dugaannya bila kita berblog dengan laptop.Laptop akak pulak tengah ada problem.Tak boleh taip laju-laju.Pheww.Bayangkan nak taip post yang tak seberapa ni pon ambik masa dekat satu dua jam.Hilang terus mood dan juga ilham akk nak story pasal apa.

Jadi, permohonan kepada Abang Hajiku, tolonglah cepat baiki laptop mak Haji ni.huhu.Kalau tak mahu baiki, tolonglah carikan laptop baru.hehe.Err..jangan ingat Abang Haji akak tak baca blog akak eh, karang tengah malam, sebelum tido adalah tu dia dok usha blog akak.kihkih.

Alhamdulillah.Sangat bersyukur dan haappy sebab dalam situasi tak berapa nak update blog sangat ni, masih ada peluang akak nak dapat pageviews yang best macam nih.Terima kasih banyak-banyak sebab luangkan masa untuk singgah kat blog yang tak seberapa ini.

Harapnya semoga blog ini dapat beri banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengharapkan info atau perkongsian berguna dalam blog kecik ni.aamin.

Sunday, October 16, 2016

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Sunday, October 16, 2016 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales-Saya mengajar di sekolah Convent yang memang sah-sah semua studentnya perempuan.Jadi tema Princess untuk depa sempena Hari Kanak-Kanak tahun ni memang sesuai sangatlah kann.


Memang melaram habis budak-budak kemetot ni tau..geram rasa!

Bukan main seronok depa nih.Sekali sekala pi sekolah dapat pakai baju macam tuan puteri yang dalam cerita-cerita yang selalu depa tengok kat Tv atau channel Youtube tu.

Sebenarnya malas nak taip panjang-panjang sebab hari sambutan ni bukan cikgu-cikgunya yang glamour, tapi budak-budak kemetot ni.Geram tau!Rasa nak timang tinggi-tinggi semua sebab comel-comel bila tengok depa melaram dengan baju ala-ala princess.

Bila tema Fairy Tales, ada jugak yang melaram dengan baju serba hitam, topi tinggi yang kalah topi chef.haha.Orait, tengok gambar jelah ya!

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Pemenang-pemenang bagi pakaian mengikut tema
untuk tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3

Yang ni pulak pemenang pakaian mengikut tema tahap 2
( barisan belakang) termasuk cikgu-cikgu sekali

Persembahan murid-murid tahun 1, memang best.
Pandai betul depa ni berlakon beb!

Guru Besar pun join ikut tema, sangat sporting GB kami ni..
berucap siap pakai topeng mata lagi..

Antara murid dan guru dengan tema princess dan Fairy Tales

Abang Clown dengan geng baju hitam..hihi..

Budak ni memang comel..Erika namanya..

Cikgu-Cikgu yang owesome..

Inilah cikgu-cikgu sekolah saya yang memang best dan sporting
thumbs up to all of you:)

Dengan batang penyapu siap bagai tu..
Cikgu pasrah dan biasa-biasa je..kihkih..

Cikgu Blogger n the Gengs..:)

Orait, harap perkongsian ini dapat bantu readers blog saya yang sedang cari maklumat dan info untuk tema Princess and Fairy Tales sempena sambutan hari kanak-kanak sekolah..:)




Sunday, October 09, 2016

Tersenarai Top 5 Affiliate di Klikjer.com

Sunday, October 09, 2016 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Yay!Tengok tajuk macam best je kan.Sebenarnya saya baru sahaja login akaun Affiliate di Klikjer.com.Dalam tempoh seminggu ni, saya dapat dua komisen yang berjumlah tiga angka,AlHamdulillah.Harap-harap akan bertambah lagi menjelang hujung bulan ini.aamin:)

Dashboard Affiliate Home di Klikjer.com

Dalam pada itu sempat juga saya ke bahagian Affiliate Home kat dashboard Klikjer, tiba-tiba bila saya klik top 5 Affiliate untuk bulan ini, whoaa..keluar nama blog saya tu.hehe.Orait, happy jugaklah kiranya, sebab suatu masa dulu saya pernah terfikir macam manalah otai-otai Affiliate dalam Klikjer ni dapat buat komisen.

Pada awal penglibatan saya sebagai Affiliate di Klikjer, saya paling susah dan lambat menjana komisen dari Klikjer.com.Tapi saya positif je masa tu.Mungkin belum rezeki saya kat situ.Saya cuma usahakan mana yang termampu.

Payment History akaun Blog Cik Matahariku sebagai Affiliate di Klikjer.com

Kini, AlHamdulillah, nampaknya saya dah nampak jalan macam mana boleh buat komisen dengan Klikjer.com.Lagipun jumlah komisen yang dibayar kepada Affiliate lebih lumayan sehingga 70 peratus daripada harga produk yang berjaya kita jual.Best kan..?

Jika anda seorang Blogger seperti saya dan juga menyertai Affiliate dalam Klikjer.com atau Affiliate yang lain, satu tips yang saya suka kongsikan di sini ialah anda mesti buat sekurang-kurangnya satu entri atau satu review khas berkaitan produk yanga anda iklankan dalam blog anda.Jika anda hanya pasang iklan atau banner dalam blog, kebarangkalian untuk pembaca atau pelanggan yang berpotensi untuk beli atau klik banner anda agak kurang berbanding anda menulis review khas tentang produk dalam blog anda.

Walaupun, lazimnya link yang kita kongsikan itu akan bawa customer atau pembaca blog ke landing page produk, sekurang-kurangnya bila mereka baca artikel kita dahulu di blog, mereka tahu kita cakap dan beritahu hal yang betul tentang produk.

Antara banner yang saya pasang dalam blog sebagai 
Affiliate di Klikjer.com

Tambahan lagi, kalau kita buat satu artikel lengkap dengan teknik penulisan seo, insha Allah, artikel itu dapat dirangking dalam engine carian Google khasnya.Dari sinilah datangnya traffik organic search ke blog kita yang tujuan dia memang mencari produk yang kita tuliskan dalam blog.

Orait, jika setiap kali anda terbaca tulisan saya tentang komisen yang saya dapat, saya hanya mahu kongsikan kepada anda bahawa maksimakan potensi blog anda sehingga ia boleh jana pendapatan pasif kepada anda.Gunakan kelebihan anda sebagai penulis blog dan sekaligus menjana pendapatan sampingan.

Harus juga diingat, walaupun kita hanya buat satu artikel tentang produk Affiliate yang kita promosikan, ianya akan kekal ada dalam blog kita dan akan terus dapat menjana komisen selagi ada pembaca atau bakal pembeli mencari maklumat tentang produk.Insha Allah:)

Terima kasih baca sampai sini:) Harap dapat beri manfaat kepada anda yang memerlukannya.

Thursday, March 31, 2016

Blog Sudah Capai 6 Juta Pageviews Dalam Tempoh Sebulan

Thursday, March 31, 2016 1
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Sudah Capai 6 Juta Pageviews Dalam Tempoh Sebulan-Alhamdulillah.Syukur kepadaNya.:)Terima kasih kepada sesiapa yang membuka dan membaca Blog kecil saya ni dan saya selalu berharap dan berdoa semoga anda semua mendapat manfaat yang lebih baik dan besar dari apa yang saya berikan.InsyaAllah,aamin.:)

Pageviews 6 Juta yang sangat menginspirasikan:)

Ada beberapa perkara saya ingin kongsikan dengan anda terutamanya rakan Blogger.Rakan Blogger yang rata-ratanya turut menjana income dengan berblog seperti saya.Saya tak nafikan bahawa dengan bilangan pageviews yang tinggi, ia merupakan satu pencapaian peribadi saya dalam berblog.Kesannya penglibatan saya sebagai Affiliate Marketer menjadi semakin mudah dan dapat menjana lebih banyak komisen.

Semoga Saya dapat menjana lebih banyak komisen dengan Pageviews begini:)

Anda boleh lihat banyak entri yang saya kongsikan sebagai Affiliate.Antaranya seperti dibawah:
Saya mula menyedari, dengan pageviews yang tinggi ini juga, telah mendorong salah satu program Affiliate yang saya sertai sejak tiga tahun lalu iaitu Buat Kerja Part Time Dengan Job Di Rumah telah mencecah pendapatan sehingga empat angka.

Paling terbaru, saya mula menjana komisen sehingga empat angka juga dengan salah satu program Affiliate sweetmuslimah.com-


SweetMuslimah.com
Bukan itu sahaja, buat pertama kali, jalan saya terbuka dengan Program Affiliate Klikjer apabila akhirnya berjaya jana komisen kali pertama dengan Affiliate ini.Ia sangat mengujakan saya kerana kadar pemberian komisen yang tinggi iaitu sehingga 70 percent.

Tips Jana Komisen Yang Banyak Dengan Tingkatkan Pageviews Blog :
  • Sebelum itu, anda juga kena tahu, asas memiliki blog ialah and harus menulis sendiri artikel atau entri di blog anda.Jika anda tidak berjaya menyelesaikan cabaran ini, anda masih belum layak dipanggil Blogger.Elakkan publish post yang copy paste tanpa memasukkan sumbernya.
  • Walaupun anda lebih suka menulis secara santai, gunakan kelebihan tersebut dengan kongsikan juga mana-mana link Affiliate anda yang berkaitan dengan entri terbaharu anda.
  • Sentiasa memilih tajuk atau keyword yang tepat bagi setiap artikel yang anda tulis dalam blog.Misalnya anda ingin berkongsi maklumat tentang tudung kanak-kanak online yang murah, maka anda perlu pilih tajuk yang paling tepat yang mungkin digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan maklumat mengenai tudung kanak-kanak di laman maya.Jika artikel yang anda tulis itu berjaya "diranking" sehingga page pertama dalam laman carian sama ada oleh Google, Bing-Yahoo dan sebagainya, maka artikel anda mempunyai potensi yang besar untuk sentiasa di klik oleh pengguna. Drai sinilah anda akan mencipta sales yang banyak dan mungkin hampir setiap hari:)
  • Pastikan juga blog anda menggunakan template yang responsif supaya pengguna dan pembaca dapat melayari website dan blog anda dengan selesa walaupun menggunakan versi yang pelbagai sama ada tablet, android dan telefon pintar.
  • Sentiasa update artikel terbaharu mengenai program Affiliate yang anda sertai supaya pengguna mempunyai banyak pilihan artikel untuk dibaca.
Setakat ini dahulu perkongsian saya, jika anda mempunyai idea dan teknik atau tips yang lebih berkesan dalam menjana income dalam blog, boleh juga kongsikan dalam ruangan komen..:)

Terima kasih dan jangan lupa kongsikan artikel ini jika bermanfaat kepada rakan lain:)                                                                                                                 

Saturday, January 09, 2016

Income Dari Program Affiliate Cecah 4 Angka

Saturday, January 09, 2016 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak mengikuti program Affiliate secara online, saya memang dah tak toleh belakang lagi.Bagi anda yang baru berjinak-jinak menyertai Program Affiliate, jangan risau atau pening-pening memikirkan bagaimana sesetengah blogger boleh jana income sehingga ribuan ringgit sebulan dan setahun dengan hanya membuat Affiliate.


Income dari Affiliate Job Di Rumah : 

SweetMuslimah.com
Income Dari Affiliate Sweetmuslimah : 

Income Dari Affiliate Ashadee : Sudah Tidak Aktif

Ini bukan cerita yang saya karang untuk mengaburi mata  anda dengan wang ringgit, hakikatnya inilah sebenarnya peluang yang terbentang luas bagi anda yang minat dan bijak menulis, tapi tidak tahu cara menjana income dari penulisan anda.

Affilliate bukanlah sejenis perniagaan yang memerlukan kita membayar sejumlah modal.Malah serius saya katakan, saya tidak pernah keluarkan walau satu ringgit pun untuk menyertai Program Affiliate, malah lebih mengujakan saya dibayar sejumlah komisen yang telah ditetapkan sebagai upah kerana membawa customer kepada pemilik produk yang saya promosikan barangan mereka.

Kini, sudah tiba masanya bagi anda semua menyertai saya dalam Program Affiliate Tudung Si Comel- Ia sangat mudah iaitu hanya dengan menulis dan mempromosikan pelbagai jenis tudung jenama Si Comel, maka anda hanya perlu menunggu komisen masuk ke akaun anda sekiranya ada pembelian melalui link yang anda kongsikan.

Paling tidak kita sahut saranan seorang menteri di Malaysia yang mintak kita buat dua kerja kann.uhuk.uhuk.

Boleh juga terus ke Online Shop Tudung Si Comel kalau anda ingin melihat-lihat jenis tudung yang dijual di sini:)

Cuma kerja yang ini, bila kita sudah berjaya jana komisen, insya Allah kita tidak perlu berpenat lelah lagi, sebab yang seterusnya, kita cuma tunggu notifikasi email beritahu yang kita dapat komisen melalui Program Affiliate Si Comel:)

Income terbaharu dengan Affiliate Tudung Si Comel :

Antara sebab yang saya suka dengan Program Affiliate Tudung Si Comel ini ialah :
  • Apabila kita Daftar untuk jadi Affiliate Tudung Si Comel, automatik RM30 akan dimasukkan sebagai earnings dalam akaun kita.Ia dianggap sebagai bonus dan hanya boleh dikeluarkan jika komisen kita mencapai RM100.Maknanya kita akan dapat tambahan RM30.Menarik bukan?
  • Setiap kali berjaya buat Sales dengan ID Affiliate, kita dibayar sebanyak 15 percent dari harga jualan produk tersebut.Memang taklah banyak sangat, tapi saya telah sertai Program Affiliate yang hanya tawarkan komisen 10 percent, tapi saya telah berjaya jana pendapatan sehingga RM700.
  • Tugas sebagai Affiliate di Tudung Si Comel sangat mudah sebab kita hanya promo produk yang mensasarkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 17 tahun.Kebanyakannya tudung sahaja!
  • Online shop Tudung Si Comel ini mempunyai website jualan yang menarik, produk dipamerkan dengan sangat cantik dan kemas, pembeli juga mudah membuat pilihan dari segi saiz, warna dan melihat testimoni pembeli.
  • Sebagai Blogger, saya menyokong visi menjual tudung kanak-kanak yang ingin dicapai oleh pemilik Online Shop Tudung Si Comel ini supaya dapat mendorong lebih ramai ibu bapa muslim melatih anak-anak perempuan bertudung pada usia muda.
Pelbagai Fesyen Tudung Cantik Untuk Kanak-Kanak
Instant Shawl Safiyya 7035-07Instant Shawl Safiyya 7035-06
Tudung kanak-kanak terbaharu di Online shop Tudung Si Comel

Instant Shawl Safiyya 7035-05Instant Shawl Safiyya 7035-04
Nampak ceria dan kemas jika anak-anak kita memakai tudung jenama Si Comel ni kann:)

Jika anda berminat untuk dapatkan koleksi tudung cantik untuk anak-anak anda, boleh segera ke Online Shop Tudung Si Comel dan dapatkan tudung-tudung ini pada harga yang sangat berpatutan. 

Jika anda seorang Blogger Part Time macam saya, buat Affiliate memang tidak akan mengecewakan.
Tulislah apa sahaja tentang Tudung Si Comel dan kongsikan pelbagai jenis tudung yang terdapat di Tudung Si Comel Online shop, maka anda bakal memperolehi komisen sehingga 15 percent dari jumlah pembelian produk yang anda promosikan:)

Anda boleh daftar secara PERCUMA untuk menjadi Affiliate dengan Tudung Si Comel Online Shop dengan cara berikut :
Orait, terima kasih baca post tentang Affiliate Tudung Si Comel ini, semoga anda suksess menjana income dengan penulisan anda:)

Tuesday, December 22, 2015

Segmen Pencarian Bloglist Januari-Jun 2016

Tuesday, December 22, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Lama sangat saya tak ikut mana-mana segmen.Kali ini terjumpa satu segmen Bloglist.Saya suka syarat yang diberikan oleh penganjur Segmen Bloglist ni sebab dia tak paksa atau mintak kita follow blog dia atau tak.Pun tak syaratkan kita masukkan Blog dia dalam bloglist kita.

Pun sebagai support kepada segmen Bloglist Blogger ini, saya dengan lapang dada dan berbesar hati follow blog dia dan juga masukkan Blognya dalam Bloglist saya.Semoga Perkenalan di alam maya ini memberi manfaat kepada kita semua:)

Sesiapa nak join segmen ini, boleh klik banner kat bawah ni ya!

 

Wednesday, November 11, 2015

Rezeki Pasang Iklan Nuffnang Dapat 21 Iklan Status On Going Dalam Blog

Wednesday, November 11, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Masih teringat dulu-dulu, time saya kecewa dengan jumlah CPUV yang saya dapat dari iklan Nuffnang, pernah saya merajuk dan tukar status jadi Non-Gliterrati.Sempat tiga bulan jugaklah saya berjauh hati.Waktu tu, saya rasa Blogger lain pun ada rasa betapa susahnya nak dapat CPUV dari iklan Nuffnang ni.Senang cakap, boleh kira berapa ketul dapat iklan on going masa tu.

Hasil carian imej untuk Gambar logo nuffnang

Cuma dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya dapati, Pihak pengiklanan Nuffnang telah ubah prosedur dan cara pemberian iklan CPUV dengan status On Going ni.Ikut dialah nak bagi berapa ketul iklan yang pasti setiap Blogger pernah rasa teruja dan hairan suatu masa dahulu termasuk saya juga.

Kalau anda baca entri ini: Iklan On Going Banyak Tapi Earnings Sikitpasti anda juga dapat gambarkan situasi ramai Bloggert tatkala itu.Kini barulah nampak strategi iklannya disitu apabila Encik Nuffnnag ni bagi kita selonggok iklan dengan status on going, tapi dikecilkan jumlah eaarnings yang akan kita dapat.Kalau dulu boleh dapat sampai RM 30 atau lebih bagi satu-satu iklan, sekarang tidak lagi.

Walau apapun, bagi mereka yang mempunyai banyak alternatif income dalam buat blog, jadi tak kisahlah Nuffnang nak bagi banyak mana, asalkan ada juga hasil yang kita dapat bila pasang iklan tu dalam blog.Jom, ikut saya buat Affiliate dengan Jobdirumah.Dapatlah dua tiga ratus sebulan.hehhe.

Kali ini, bila saya semak akaun Nuffnang, happy jugaklah bila dapat 21 iklan dengan status On going.Tinggal rajin dengan tidak je bagi up sikit Unique Visitor kita kan.Dalam pejam celik-pejam celik pasang iklan ini, kalau ikutkan sudah lebih 6 kali saya boleh cashout dari jumlah earnings.Tapi buat masa ini, saya pilih untuk simpan dulu dalam akaun Nuffnang dan kumpulkan sampai jumlahnya menjangkau 4 angka.InsyaAllah.:)

Hasil carian imej untuk Gambar logo nuffnang
Status Iklan On going Bagi Bulan November 2015 
Apapun terima kasih kepada semua pengiklan yang sudi pilih blog ini untuk mendapat iklan dan sekaligus membolehkan iklan tersebut dipaparkan dalam blog.Paling kurang, dengan adanya CPUV inilah dapat juga kita kumpul sampai ratus-ratus sebulan kan.hehe.

Tuesday, November 10, 2015

Rezeki Berblog Dapat 4 Juta Dalam Tempoh 3 Bulan

Tuesday, November 10, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Gigih saya menaip sambil dok atas bantal sofa.Laptop pulak saya tenggek atas bantal kekabu yang gebu.haha.Kesian bebenor tengoknya kan.Kemain nak update blog dari kampung rumah mak pak mertua.Saya tak dapat tahan nak kongsi berita baik plus gembira yang saya dapat sejak petang semalam.

Lagi pula, malam ni, anak-anak semua dah kepenatan tidur awal.Mak dan abah mertua juga dah masuk bilik. Tinggal saya dengan Encik Suami yang belum tidur sambil layan drama Tuan Anas Mikail.Ceh gitu.Detail sangat pulak ceghitanya.hoho.

Blog Cik Matahariku

Kalau sebelum ini saya ada kongsi perasaan dan keinginan saya untuk capai Pageviews Blog 10k Sehari, setakat ini, kalau ikut graf dekat Blogger Dashboard, memang dah tercapailah hasrat tu.Alhamdulillah.Syukur nikmat pemberian Tuhan:)

Pageviews Blog selepas capai 10k sehari

Pageviews sebelum dapat 10k sehari

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian atau penyumbang kepada kenaikan graf pageviews blog saya sehingga capai sasaran 10k sehari.Lepas ni,boleh tolong saya up lagi graf tu sebab nak capai 20k sehari pulak.hehhe.Dunia belako..hmm.

Kalau ikutkan memang tak sempat print screen hok 4 juta dengan nombor kosong-kosong tu,
kira berlebih kuranglah ni ya..muehee.


Kali ini, rasa teruja saya bertambah.Blog kecik saya sudah pun capai 4 juta pageviews dalam tempoh tiga bulan selepas mendapat 3 juta pageviews.Memang rezeki berblog betul nih.Kalau nak dapat RM 4 juta tu macam lambat je lagi kan, tapi dengan buat blog sendiri, merasa jugak dapat 4 juta beb.hoho.

Boleh baca entri syok sendiri saya time dapat Pageviews 3 juta.huhai.Kalau nak dapat tips macam mana nak dapat viewers macam di blog saya atau lebih baik, boleh baca tips yang saya kongsi kat situ:)

Tawaran Khidmat Review Produk Dengan Harga Murah Hati
Alhamdulillah.Kali ini saya memang berbesar hati nak offer dekat sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat review produk di Blog saya.Jangan risau atau takut-takut dengan bayaran yang saya dah tetapkan.Setakat ini, saya memang bermurah hati dan boleh berbincang tentang bayaran.Asalkan pihak client dan tukang buat review puas hati, saya layankan je.

Mungkin ada sesetengah peniaga online, tak nampak kelebihan membuat review produk dalam blog.Setakat yang saya boleh kongsi, jika produk anda di review dalam mana-mana blog, potensi untuk orang ramai mendapatkan info tentang produk anda lebih meluas dan terbuka.Lagi banyak anda minta produk anda di review, lagi bertambah keyakinan pengguna atau pembeli terhadap produk anda.

Kelebihan Buat Review Produk Dalam Blog
Lagi satu kelebihannya ialah, walaupun kita hanya buat sekali review, info tersebut akan terus berada dalam enjin carian selagi tidak di delete atau di padam oleh penulis review tersebut.Menarik bukan? Sebab itulah ada sesetengah Blogger meletakkan bayaran sedikit tinggi kerana faktor ini.

Lebih menarik lagi, saya sendiri berkebolehan memastikan artikel yang saya tulis berada di halaman pertama atau First Page di enjin carian Google.InsyaAllah:).Jadi, pasti peluang terbuka luas kepada pemasaran produk anda bukan?

Boleh tengok-tengok review yang saya dah buat untuk client saya dekat menu Advertorial & Review.Boleh juga cuba Google entri tu kalau nak check sama ada review tu kat first page ke tak.

Apa-apa hal pun boleh contact saya dekat menu Contact di bahagian atas.Terima kasih jika berminat dan silalah hantar mesej kepada saya untuk mendapatkan maklumat lebih detail tentang bayaran.

Sampai sini dulu dan selamat bekerjasama dengan Blog Cik Matahariku:)

Tuesday, October 06, 2015

Menghampiri Target 10K Pageviews Blog Sehari

Tuesday, October 06, 2015 0
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Niat dan target saya time mula-mula pandai berblog ialah nak kumpul ramai Unique Visitor.Melalui pembacaan saya masa tu, kalau nak earning banyak dekat iklan Nuffnang, kena make sure traffic tinggi dan juga Unique Visitor pun banyak.Masa tu Nuffnang antara sumber pendapatan sampingan dalam berblog.

Iklan On going sepanjang September dan Oktober ini
Hasilnya pun lumayan.Sampai ada kalangan blogger yang boleh dapat sehingga 4 angka dengan hanya mendapat sponsored Post atau CPUV yang tinggi.Dalam pada itu, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Encik Nuff ni sebab agak kedekuts..erkk..dalam menberi earnings kepada blogger tempatan.

Saya sendiri secara peribadi, pernah tinggalkan Nuffnang dan jadi Non-Gliterrati dalam Nuffnang.Masa tu, sangatlah susah nak dapat CPUV on going.Kalau dapat dalam dua tiga ketul CPUV dah bangga sangatlah kononnya.muehee.Bila dah fed up, mulalah saya berpindah ke jenis pengiklanan yang lain.Tapi lepas tu pening nak faham macam mana iklan pesaing tu berfungsi.Akhirnya saya kembali ke pangkuan Encik Nuff dan pasang iklan depa dalam blog kecik ni.


Alhamdulillah.Sekarang ni tak kejar sangat banyak mana iklan Nuffnang nak bagi.Ikutlah kemurahan hati ko wahai Nuff.Sepatutnya Nuffnang dah kena fikir geng bloggers yang setia dan dah lama pasang iklan Nuff dalam blog masing-masing.Mungkin dari aspek bayaran  CPUV atau bonus tahunan.hihi.

Pun dari aspek nak cashout earnings.Sistem sekarang banyak dah canggih.dalam tempoh 24 jam dah boleh bank in dalam akaun kita.Tapi still Nuffnang nak kena tunggu tempoh satu bulan bagai time kita nak cashout.Ya, saya tahu mungkin ada banyak prosedur, tapi tak salah kalau Nuffnang jadikan sistem cashout depa lebih mesra Blogger.Ni just sudut pandang saya yang tak seberapa:)

Bilangan Pageviews pada bulan September 2015
Balik kepada cerita saya nak target dapat pageviews 10k sehari, harapnya target ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.Sekarang ni, pageviews blog saya masih dalam kadar purata sehari 8k hingga 9k.Mungkin nampak kecil angka ini berbanding blogger lain yang mungkin sedang target untuk dapat 50k atau 100k sehari.

Ada kala Pageviews blog dapat mencapai lebih dari 10k sehari.Harapnya PV seperti ini berterusan dan
semakin baik setiap hari
Saya fokus begini sebab blog saya kini mula mendapat perhatian untuk membuat review produk atau advertorial.Menulis review merupakan kerjaya part time yang amat saya sukai dan ingin melakukannya sebaik mungkin.Ia seperti saya membantu membina jenama dan pemasaran kepada empunya produk terbabit.

Meskipun saya bermula dengan bayaran serendah RM30 bagi satu review, tapi saya juga mulai mendapat kepercayaan para peniaga atau usahawan online dalam memperkenalkan produk mereka.AlHamdulillah.

Saya harap jika ada para usahawan atau peniaga online yang mahukan khidmat review dari saya, teruslah berhubung atau contact saya pada email yang disediakan pada menu CONTACT blog.Saya sedia membantu anda dengan khidmat bayaran yang sangat berpatutan dan hasil kerja yang sangat memuaskan.Insya Allah:).

Terima kasih luangkan masa baca entri ini:) sampai jumpa lagi..