Rindunya Nak Berblog !

 Assalamualaikum...

Salam sejahtera, tak tahulah mimpi apa.Tapi kali ini rasa rindu sangat nak menaip dalam blog sendiri.Walaupun tahu, takdak sapa yang peduli pun den update blog ke idok.haha.Inilah part paling best bagi Blogger. Kita boleh tulis, kalau rasa nak menulis.Takdak sapa larang.Tak payah kena bayar.Semuanya dengan hak kita sendiri sebab kita Tuan Tanah Kedaung.kiki.

Orait.Last saya update blog Januari lalu.Hampir 10 bulan senyap sunyi tak berbunyi satu huruf pun blog ni.Hakikatnya, saya sendiri telah kehilangan kata, hingga hampir lupa nak mengeja nama sendiri.Eh, ni tipu hokey !!

Ok, jom kita story mory.Apalah yang saya sibukkan sepanjang 10 bulan ini ?

  • Selepas 3 minggu persekolahan bermula, saya dan Unit SPBT sekolah diminta menyertai Pertandingan Pengurusan SPBT Cemerlang bagi mewakili daerah sekolah saya mengajar. Sejak memegang unit ini pada tahun 2018, Ini tahun ketiga saya menyertai Pertandingan ini. pencapaian tertinggi unit ini adalah penyertaan Peringkat Kebangsaan. Sesiapa yang pernah menyertai pertandingan seperti ini, tahulah bagaimana tidak lenanya tidur malam, dan letihnya fikiran, Tuhan sahaja yang tahu.Tambah lagi, kitalah yang lead pertandingan tu.
  • Kemudian pada bulan April dan Mei, bulan tersibuk dalam kalendar orang-orang kita sebab meraikan Ramadan dan Syawal.Tambah lagi, tahun ini kali pertama dapat beraya bersama family dan saudara mara.Memang sakanlah kann.haha.
  • Kemudian, diikuti dengan penangan positif covid-19 pada bulan Julai.Masa ni memang cuak kemain.Tapi Alhamdulillah.Hanya saya dan anak kedua yang positif, yang lain tidak dijangkiti.
  • Bulan Ogos kembali disibukkan dengan Sambutan Bulan Kebangsaan dan latihan pertandingan bercerita utk Karnival BM Daerah.Semuanya memang memerlukan komitmen yang tinggi dan banyak.Diikuti dengan Pentaksiran Pertengahan Tahun.
  • Pada September pula, menjadi Ketua Rumah Sukan dan terlibat secara langsung dalam latihan rumah sukan.Untung sahaja, saya dapat team pasukan Merah yang sangat supportive dan tidak jemu membantu dan bekerjsama dalam sesi latihan.
  • Pada September juga akan diadakan Karnival Hari Puteri- saya terlibat sebagai Juri dalam pertandingan dan juga urusetia karnival.
  • Baru-baru ini saya ambil keputusan untuk membuka akaun tiktok.Wahh..advance jugak mak orang ni kann.Pertama kali tengok VTT, saya rasa serabut dan cannot go dengan feature di tiktok.Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta.haha.Kalau korang free dan suka tengok VTT, mehlah follow, like, share, n copy link akuan Tiktok saya ya!search sini : tiktok cmatahariku 
Begitulah. sebenarnya begini-kalau ikutkan zaman mula berblog dulu, lagilah sibuk kemain.Anak-anak masih kecik. Mana nak layan anak dan suami, mana nak masak dan urus rumahtangga, tapi masa tu passion tengah kuat, kita tetap luangkan masa untuk menulis blog.

sekarang ni, semakin berusia. Mood menulis tenggelam timbul.time teringat, ingin sangat menulis.Tapi masa tu, waktu tak sesuai nak menghadap blog.adehh.

Jika ada silent readers blog, marilah secara berjemaah doakan saya, kembali punya kemahuan yang kuat dan idea yang banyak untuk menulis di blog. Mungkin doa kalian sangat makbul utk saya :)

Akhirnya, saya publish post ini walau tanpa sekeping photo pun. Eh, jap.Saya cari la seketul dua photo yang sesuai, buat melepas rindu kepada readers blog ni.ahakss.

Bergambar bersama family sebelah suami semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu
sebelah suami.Memasing ceria kemainn kann.

Selfie dengan Cik Abang kita. Orang kata wajah kami seiras.
Hmm...ya ke? 

Orait, kita jumpa lagi pada lain kesempatan.Doakan saya plsssssssssssssssssssssssssssssssssssss.


Post a Comment

4 Comments

  1. semoga kerajinan nak update tu bertambah

    ReplyDelete
  2. semoga dirajinkan diri untuk menulis dan berblog ya

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!