Assalamualaikum,
Sungguhlah. Menulis ni ibarat terapi bagi sesiapa yang hobinya menulis.haha.Betul kan Blogger sekalian?Kadang tu, me time bagi penulis marhein ni ialah bila dia dapat menulis. Bagi saya pula, menulis adalah terapi paling mendamaikan dan membahagiakan.Dengan menulis saya dapat tenang, saya dapat bahagia dan paling sukar nak gambarkan ialah, hanya dengan menulis kita dapat beri manfaat kepada sesiapa yang membaca tulisan kita.Aamin.
Hai.Asalnya nak kongsi pengalaman saya dan rakan di sekolah meraikan sambutan Hari Guru dalam satu majlis Hi Tea yang meriah dan menyeronokkan.Asal ada makanan sedap, orang pompuan mana yang tak happy kan.kihkih.
Hi Tea tahun ini anjuran Kelab Guru dengan tema Pakaian Kasual Putih dan Coklat. Agak sedih dan mengharukan juga bagi saya secara peribadi sebab baju yang saya nak pakai pada majlis ini belum sampai dari TikTok.Adehh.Sudahnya saya pakailah mana baju yang ada. Saya pula, meskipun saiz badan ni jenis plus size, saya tahu yang membezakan saya dengan orang lain ialah confident.Saya selalu percaya pada apa yang saya sematkan dalam minda.Kecantikan sebenar seorang wanita ialah apabila dia punya keyakinan dalam apa yang dilakukannya.ha gitu.Engkau plus size ka, tak lawa cam orang lain ka, baju tiktok ka, asalkan ko yakin, InshaAllah everything will smooth.ceh.
Seperkara yang saya suka dengan budaya cikgu-cikgu kat sekolah ni ialah, kami sentiasa welcoming orang baru, cikgu atau staff dan andai rezeki mereka berpindah atau sampai masa bersara, kami akan raikan juga dengan sebaik-baiknya. Ini pemerhatian saya. Apapun, buatlah baik dengan siapa atau kat mana pun.Kalau orang tak suka pun, itu bukan masalah kita, itu masalah dia.haha.
1. Kestabilan dan Keandalan
Warna coklat sering dikaitkan dengan tanah dan akar pokok, yang memberi asas dan kestabilan kepada kehidupan. Maka, warna ini membawa maksud seseorang atau sesuatu yang boleh dipercayai, stabil, dan teguh pendiriannya.
2. Keaslian dan Kesederhanaan
Coklat juga melambangkan keaslian — tidak dibuat-buat, tidak mencuba untuk menonjol. Ia mencerminkan kehidupan yang sederhana, jujur, dan bersahaja. Orang yang memilih warna ini cenderung bersikap rendah diri dan menghargai nilai yang tulen.
3. Kehangatan dan Keselesaan
Warna ini memberi rasa hangat dan selesa, seperti suasana rumah yang tenang. Dalam konteks emosi, coklat memberi makna kedamaian, keselesaan jiwa, dan suasana yang menyenangkan, terutama dalam hubungan kekeluargaan atau persahabatan.
4. Kesuburan dan Hubungan dengan Alam
Sebagai warna tanah, coklat membawa maksud pertumbuhan, kesuburan, dan kelangsungan hidup. Ia menunjukkan hubungan yang erat dengan alam semula jadi, menandakan seseorang yang menghargai kehidupan berasaskan alam dan keharmonian.
5. Kematangan dan Kebijaksanaan
Coklat juga dikaitkan dengan usia dan pengalaman, lantas membawa makna kematangan fikiran dan kebijaksanaan. Warna ini menunjukkan seseorang yang tenang, matang dalam tindakan, dan tidak mudah dipengaruhi oleh emosi.
2 Comments
selamat hari guru,, cantik pakai warna coklat
ReplyDeleteterima kasih sdra, alhamdulillah:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!