As Salam,
Blog Cik Matahariku March Performance On Google Search-Sesekali saya ingin luangkan masa menaip dalam blog berkaitan Performance Blog, sebagai panduan kepada Blogger baru atau sesiapa sahaja yang ingin membina blog.Kali ini saya nak kongsikan tentang Prestasi Blog ini dalam enjin carian Google Search.
Ini contoh performance blog yang mereka email kepada saya.
Saya terima email hampir setiap bulan daripada Google Console Search Team, berkaitan performance Blog saya.Lazimnya setiap bulan, depa akan beritahu keywords atau post mana dalam blog saya yang paling hot.haha.ceh gitu.Takde maknanya.
Lebih kurang macam tulah.Depa akan bagitahu saya, post mana yang paling banyak diklik dalam google search atau keywords apa yang akan bawak para pencari maklumat di Google search sehingga sampai ke blog saya.Memang sangat baik dan berkesan maklumat ini supaya dengan keywords tersebut, kita boleh buat entri follow up atau kita update dan kemas kini post yang popular tu supaya benar-benar bermanfaat kepada pembaca dan pencari maklumat.
Ini secara overall laporan lengkap tentang prestasi blog ini sepanjang Bulan Mac 2020- Blog ini terima sebanyak 423 klik dengan view sebanyak 2.92 juta. Sebanyak hampir 42 pages ( bilangan post) di blog ini mendapat first impression atau first page di Google search.
Ini pula top pages yang diikuti pelawat blog ini.Top pages datangnya dari post saya tentang kek coklat kukus, diikuti resepi kek gula hangus dan ketiga cara bergambar buat karipap rangup.
Karipap rangup dan sedap antara yang mendapat views tertinggi dalam blog ini.Salah satu sebabnya ialah saya banyak menulis entri follow up dan juga entri baru: Bukan sahaja cerita pasal karipap semata-mata, tapi kita boleh kongsi dari cara buat kulit karipap, cara buat inti karipap, inti pulak ada macam-macam kan.Itu semua cara kita buat follow up untuk entri kita yang popular.
Entri tentang kek coklat yang saya publish dalam blog bukan hanya satu entri sahaja, saya ada buat atau kongsi 5-6 tajuk post berkaitan kek coklat.Ia sama ada entri baru atau follow up.
Kek coklat kukus pula antara entri yang mendapat views sehingga 2 juta, yang saya publish sekitar tahun 2015.
Ini pula kek gula hangus-sangat banyak resepi ini kita boleh jumpa dalam Google search, tapi saya fikir kenapa google search mudah rank post saya yang ini sebab salah satunya ialah saya put a tittle kat properties image:)
Saya juga ada buat langakah demi langkah atau step by step cara buat karipap daripada uli tepung untuk buat kulit, sampai cara masak inti karipap dan cara mengorengnya.Nampaknya the struggle is real kan.hehe.Tapi inilah yang saya mahu kongsikan kepada anda sekiranya anda benar-benar serius mahu berblog.Mahu orang lain dapat input, ilmu dan manfaat dari apa yang kita tulis dalam blog.Jika anda tidak berminat untuk majukan blog, sila abaikan post ini:)
Top Growing pages ini menunjukkan post mana yang meningkat dengan semakin baik dan bagus.
Ini pula menunjukkan bagaimana melalui pencarian di Google search, pelawat di bawa ke blog saya.Peningkatan ini saya akui ada kaitan musim PKP, dan orang ramai cari resepi dan nak buat sendiri kuih atau resepi kegemaran di rumah.
Entri kek coklat kukus, kek marble atau kuih ketayap adalah entri lama yang saya pernah kongsikan dalam blog, tetapi masih relevan hingga tahun 2020.Ini yang saya maksudkan sebelum ini, tulislah entri yang ada nilai evergreen, yang orang akan sentiasa cari tanpa ikut musim raya atau puasa:)
Yang ini pula, yang saya ingin tekankan ialah bagaimana melalui image ( pic yang kita upload dalam blog) turut memainkan peranan penting dalam Google search.Saya pernah sebut, betapa pentingnya kita "put a title on our own picture" dalam blog.Saya dapat input ini dulu pun dari blogger-blogger otai yang mencadangkan supaya kita bagi title kat gambar yang kita upload.Saya tunjukkan di bawah macam mana saya letak tittle pada setiap gambar yang saya upload.
Langkah Mudah Letak Tajuk Dalam Gambar Yang Kita Upload di Blog.
Waktu kita menaip di draft Blogger, kita akan masukkan gambar kan.Jangan lupa klik sekali menu properties ni untuk kita masukkan apa-apa tajuk berkaitan gambar.
Ini pula ruangan tajuk yang kita boleh masukkan apa-apa sahaja yang berkaitan gambar.Ini juga salah satu cara untuk elak orang lain guna gambar kita sesuka hati.Kenapa ini penting, sebab pencari maklumat boleh Google maklumat samada melalui web, image atau video.This is the point.
Orait, kepada rakan-rakan blogger yang pastinya lebih banyak ilmu dalam berblog, boleh manfaatkan apa yang saya kongsikan ini jika berguna untuk korang ya.Jika ada ilmu lain yang korang tahu, bolehlah kongsi kat ruangan komen ya.
Thanks fo reading this entry:)-
13 Comments
tahniah
ReplyDeleteblog hebat
Alhamdulillah, terima kasih selalu support blog ini WP:)
Deletetahniah... sy banyak tengok resepi masakan di blog ni.. antaranya resepi karipap tu.. 1st time nak buat.. last week dah buat dah.. alhamdulillah.. menjadi.. thanks selalu share resepi di sini..
ReplyDeleteAlhamdulillah sis,terima kasih cuba resepi di blog ini, harapnya resepi yang dikongsikan menepati selera ya!
DeleteTerus kekal hebat.. trafik blog byk cerita masakan ni akan meletup puasa nnt hehe
ReplyDeleteInshaAllah, aamin.Saya pun doakan yang sama untuk blog cikgu:)
Deletewahhh banyaknya. bagus2..
ReplyDeletetime MCO ni ramai cari resepi =D
Banyak resepi yang terdapat dalam Google search, kalau nak resepi dari blog kita dapat top three rank dalam page goggle search, kena rajin baca blog otai blogger, depa banyak share macam mana nak tulis resepi supaya blog kita terpilih untuk diklik oleh pelawat.
Delete2.92 Mil Impressions!! dengan 423K clicks... tak terbayang untuk capai tahap tu kat blog. Memang awesome... banyak tips Cik puan bagi kat sini... TQVM. Saya last aktif berblog pun sekitar tahun 2015...sempat beberapa bulan jer..lepas tu blog tinggal gitu jer hahaha Kebetulan sekarang musim PKP, dah terjebak balik berblogging... Jumpa blog ni through Babab, do drop by at my blog wafacw sometimes... :D
ReplyDeletealhamdulillah, segala pujian untuk Allah, saya hanya mengusahakannya, dengan izinNya, saya dapat memajukan blog ini, teruslah berblog tuan, bagi saya secara peribadi, hasil berblog ini kalau bukan untuk dunia, mungkin kat akhirat sana adalah sikit bekalan kita kann..
ReplyDeleteYa.. alhamdulillah... tapi i have a feeling that you are a nice and kind hearted person, tu yang murah rezeki... insyaAllah... betul cik M *boleh saya panggil cik M :)* kata kan tu, apa2 yang kita buat memang akan ada habuan di akhirat...
DeleteTahniah
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!