Jika Sudah Tiada Daya

Saya mengenang dan terkenang,


Jika sudah tiada daya, harapan yang diberi akan jadi kekuatan 
Penghujung bulan Disember, teman-teman lama saya semasa di alam menengah akan menganjurkan reunion buat pertama kalinya, secara besar-besaran.Itu yang dapat saya ramalkan berdasarkan komen dan promosi teman-teman di ruangan grup kami di facebook.Sayangnya, saya tidak dapat turut sama memeriahkan reunion tersebut kerana, pertamanya, saya dan suami merancang pulang ke Kampung Kota Tinggi (kampung saya, dimana reunion akan diadakan ) pada minggu kedua Disember (kebetulan ibu saya mengadakan kenduri ) dan sebab keduanya sehari selepas acara reunion itu, saya sudah diarahkan untuk kembali bertugas ke sekolah.Walau apa pun, saya mendoakan semoga acara yang mereka anjurkan itu akan berlangsung dengan meriah dan lancar.Insyallah.Amin.



Saat bercerita tentang alam persekolahan, terkenang saya waktu-waktu `derita, jerih dan perit` ketika belajar di tingkatan 6 Atas ( di Kota Tinggi ).Hmm..saya bukanlah budak pandai seperti sesetengah orang, yang terus sahaja dapat masuk ke Universiti selepas SPM, saya terpaksa ikut "jalan jauh" untuk sampai ke menara gading. Tetapi pengalaman menempuh STPM pastinya bukan semua orang merasainya ( saya anggap ini kelebihan saya..hehe ).

Seingat saya, ramai guru-guru kami pada waktu itu menyatakan begini ; kalau dah masuk tingkatan 6, maknanya sebelah kaki sudah berada di universiti.Tatkala mendengar kata-kata motivasi begitu, memanglah rasa bersemangat dan berkobar-kobar nak ambik STPM. Tapi tahukah anda, STPM dikatakan peperiksaan yang paling sukar berbanding peperiksaan di universiti ?Saya hanya mengetahuinya selepas saya mengambil kedua-dua peperiksaan itu. Memang betul, saya tak sanggup jika diminta mengulang mana-mana paper untuk STPM. Pada waktu saya mengambil peperiksaan itu (tahun 1996) saya hanya mengambil 5 mata pelajaran, tetapi pecahan bagi setiap kertas telah menjadikan saya harus mempelajari sebanyak hampir 10 matapelajaran ( dan itu belum termasuk pecahan bagi setiap bab atau topik yang harus dipelajari ).

Macam yang saya sebut sebelum ini, saya bukanlah budak pandai, maka kenangan belajar di alam menengah atas, adakalanya sangat memeritkan. Walaupun sudah berada di tingkatan 6, saya dan rakan sekelas masih lagi didenda pukul dengan hanger jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang guru Ekonomi kami berikan. Nasib kami waktu itu kerana guru ekonomi kami merupakan Guru Disiplin sekolah. Selain Ekonomi, saya juga rasa subjek yang paling sukar ketika itu ialah subjek sejarah. Kalau ikutkan gred subjek sejarah dalam SRP dan SPM saya sebelum ini masih dalam kategori membanggakan, tetapi bila ditingkatan 6, saya jadi fobia dengan subjek ini. Guru sejarah saya waktu itu, suka mengadakan kelas tambahan setiap jam 2-4 petang. Alahai..waktu-waktu kritikal inilah saya dan rakan-rakan terpaksa bersengkang mata (padahal waktu siang, boleh bersengkang mata kan..). Nasib baik fikir sebelah kaki dah kat universiti, maka terpaksa juga gagahkan diri mengikuti kelas itu.

Itu belum hal kelas kesusateraan Melayu lagi. Saya agak gemar pelajaran ini, tetapi tatkala melihat buku tebal Hikayat Hang Tuah, dengan bahasa yang digunakan ( bahasa melayu lama seperti arakian, alkisah, maka tersebutlah kisah..) saya pun jadi lemah..Aduhai. Selain teks Hikayat Hang Tuah, ada beberapa teks lain yang kami perlu analisis antaranya buku puisi, drama dan antologi cerpen. Walaupun hanya sebelah kaki kami di universiti, tetapi kami telah dilatih supaya mencari nota sendiri dan adakalanya terpaksa memahami sendiri tajuk baru dengan mencari rujukan di Library.

Kisah saya bertambah tragis apabila keputusan percubaan STPM dikeluarkan. Saya hanya lulus (minima) 4 pelajaran dan gagal satu mata pelajaran.Bertambah tragis waktu itu, apabila subjek yang saya gagal itu ialah sejarah ( dan abang saya pula merupakan tenaga pengajar subjek itu disekolah saya, tetapi dia tidak mengajar saya ).Guru sejarah saya sangat susah hati dengan pencapaian saya, disamping bertanya adakah saya menghadapi masalah dengan pengajarannya dikelas.Saya tidak memberi sebarang sebab ketika itu. Saya tahu kenapa saya gagal subjek itu (sebab saya spot soalan, tak patut betul kan..macam saya beritahu, berpuluh-puluh topik dan berpuluh tajuk kecil yang saya kena fahami, jadi nak study smart lah kononnya..)

Satu hari, sebulan sebelum menjelang peperiksaan sebenar, guru kelas saya telah memanggil kami semua berkumpul. Dan dengan nasihatnya itulah, akhirnya saya berfalsafah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.Jika ikutkan diri saya sendiri, saya memang tak berdaya untuk melangkah dan membawa sebelah kaki lagi ke menara gading, tetapi kata guru itu kepada kami ; 

                    " Jika kamu rasa sudah tidak ada kekuatan untuk berjuang, ingat dan fikirkan harapan ibu bapa dan guru-guru kamu. Kalau pun kamu rasa, kamu tak mampu penuhi harapan kamu, maka fikirkanlah untuk penuhi harapan orang lain yang menyayangi kamu.."

Ya, ketika belajar dan mengambil peperiksaan itu, saya jadi kuat kerana pesan dan nasihat guru itu. Kalau ikut saya, belajar dan jawab jelah apa yang patut time exam nanti, tapi bila fikir orang lain yang berkorban untuk kita, maka saya nekad membuat yang terbaik demi memenuhi harapan mereka. Kadangkala, kita lupakan kesusahan dan pengorbanan yang terpaksa kita lakukan, kerana kita fikirkan harapan insan lain yang menyayangi kita, untuk melihat kita berjaya dan gembira sebenarnya.

Saya tahu, pengalaman anda mungkin lebih tragis daripada saya, tetapi saya yakin kita akan setuju perkara yang sama,iaitu harapan orang lain boleh jadi kekuatan kita meraih impian kan..?

Post a Comment

2 Comments

  1. Syam, cerita ini sungguh nostalgia. He he pelbagai kenangan Tingkatan 6 di SMBM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,sekarang pun ramai kawan-kawan kita yang dah berjaya dengan
      kehidupan dan kerjaya masing-masing.terima kasih baca entri ni..:)_

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!