SURAT UNTUK MAMA

Dengan Bismillah,
Seawal pagi ini, ketika saya melangkah ke "pejabat rasmi " untuk menyediakan sarapan pagi Encik Husband dan anak-anak yang akan ke sekolah,saya terpandang sekeping surat kecil berlipat kemas di atas meja.Hmm..ada surat untuk mama :)- Kali ini daripada si Kakak. Semalam petang, pulang dari sekolah, si adik meninggalkan surat di dapur. Adakah saya sudah tidak punya masa untuk mendengar aduan mereka, sehingga di hantar aduan dan luahan dalam bentuk surat atau apa sebenarnya..?saya tertanya-tanya sendiri.

Surat si adik semalam ditujukan dengan ayat begini : Surat sayang mama. Dalam surat ringkasnya itu, si Adik minta maaf kerana selalu buat mama marah..(aduhaii..).katanya dia sayang mama.(ohh..patutlah selalu buat mama rasa "kena tahan sabar".Sebab sayang mama ye..nak mama dapat pahala lebih sikitlah kalau sabar ni..)

Surat si Kakak, hampir menitiskan air mata saya. Dalam suratnya tertulis doa ringkas begini : Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku. Ampunilah dosa ibuku.Amin.( rasa sayu kerana anak kecil saya yang usianya 8 tahun, sudah dapat mendoakan begitu untuk ibunya.., terima kasih dan syukur kepada ustaz dan uztazah disekolahnya yang banyak mendidik dan membentuk peribadi begitu kepadanya )

Ketika menemani mereka bersarapan pagi ini,saya sempat merisik khabar dan bertanya, bila masa tulis surat kat mama? si Kakak menjawab selamba, "kat sekolah.." si Adik pun memberitahu hal yang sama. Terfikir pula saya, teringat mama mereka di sekolah, sehingga sempat menulis surat untuk mama, hmm..boleh tahan juga "penangan" mama dia orang ni..ahaha..

Hmmm...begitulah peristiwa kecil saya di rumah bersama anak-anak. Saya mengambil yang positif daripada apa yang berlaku.Iaitu mereka belajar meluahkan rasa sayang mereka kepada ibu yang mereka kasihi.Ada juga peringatan buat saya, iaitu supaya lebih memahami bahasa anak-anak. Ya, mereka kadang kala tidak mahu mendengar kata, berbuat nakal dan sebagainya, tetapi bukan bermakna mereka tidak sayang kita, tetapi mereka ingin tahu adakah kita sayang akan mereka? Adakah kita ambil perhatian, akan semua kata-kata mereka atau buat biasa sahaja ?


 
Inilah sekolah Si Kakak dan Si Adik : Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak
( gambar sekolah ini  saya ambil daripada http://www.suzie284.com). Pemilik website ini juga menghantar anaknya disekolah yang sama

Apapun, saya berasa sangat terhutang budi dan bersyukur kepada pendidik-pendidik anak-anak saya di sekolahnya. Dengan ilmu saya dan suami yang sangat cetek tentang pengetahuan akhirat, bimbingan para ustaz dan ustazah telah mengisi ruang itu kepada anak-anak saya.Ada masa saya mencemburui guru-guru disekolahnya, apabila mereka bercerita tentang ustaz ini cakap... ustazah cerita kan mama..ustaz beritahu... ustazah ajar..( Dahulu kecilnya, semua yang dia sebut dan harap adalah "mamanya yang tak seberapa ini" dan kini saya mula menyedari, ada insan lain yang berkongsi membentuk dan membimbing anak-anak kecil saya.Terima kasih kepada guru-gurunya kerana menjadi teladan terbaik dan murabbi kepada anak-anak kecil saya...Semoga Tuhan memberkati pekerjaan para guru dan melimpahkan rezekiNya yang pelbagai kepada anda semua.Amin ...) 


Post a Comment

0 Comments