04 April, 2013

Cara Tukar Alamat Pusat Mengundi

Dengan Bismillah,
Semenjak pembubaran parlimen pada hari Rabu baru-baru ini, saya dan Encik Husband ada berbincang sesama sendiri, akan tarikh jangkaan pilihanraya akan diadakan, meskipun ada tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran parlimen.



Hal ini menjadi topik bualan kami kerana meskipun kami datang dari negeri yang sama, namun masih ada halangan di mana tempat mengundi kami berbeza, seorang di Muar dan seorang lagi di Johor Bahru. Encik Husband ada menyebut tentang kaunter berkomputer SPR di Pejabat Pos, yang katanya memberi peluang kepada kita untuk membuat pertukaran tempat mengundi. Saya cuba dapatkan maklumat tentang cara atau prosedur yang membolehkan kita membuat pertukaran tempat mengundi, dan di sini, saya telah mendapat info yang terbaik, yang ingin saya kongsi dengan anda semua.

PANDUAN TUKAR ALAMAT PUSAT MENGUNDI :

Prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.   

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat      
    tempat   bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak   
    dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad        
          baru = RM2.00

Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad 
          baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  

Selepas sebulan, anda boleh ambil Mykad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Anda hanya perlu tunjukkan Mykad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan masukkan maklumat terkini anda dalam Borang A Pendaftaran pemilih 2002, dan anda akan diberikan sesalinan borang ini.


Anda boleh mendapatkan senarai pejabat pos berkomputer di seluruh negara melalui alamat ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

TENTANG PENULIS

My Photo

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

Kepada Cik Matahariku

Name

Email *

Message *

JOM JADI BAIK

Kebaikan itu melahirkan rasa tenang pada jiwa, sedangkan kejahatan itu menerbitkan rasa gelisah yang meruntun jiwa