Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Waktu kecil dulu, kita memang tak kenal apa itu masalah.Yang kita tahu bergembira, bermain, dan semua yang kita nak, kita dapat.Masa tu jugak, kita tidak terfikir pun kalau permintaan kita kepada mak dan abah,sebenarnya kadangkala menyusahkan mereka.Kita nampak mak dan ayah kita bekerja, tapi masa tu kita tak tahu mereka bekerja untuk apa dan mengapa.Ya, itulah zaman kecil kita, yang tatkala anda sedang membaca tulisan ini, ianya sudah pun berlalu mungkin 18 tahun lalu atau 30 tahun lalu.
Kini, setelah berbelas atau berpuluh tahun berlalu, adakah kita masih berharap kepada kedua ibu bapa kita untuk memenuhi permintaan dan keperluan kita ? Anda lebih tahu akan diri anda. Persoalan ini saya bawakan, kerana jika jawapannya Ya, maka apakah masalah anda sebenarnya ? Apakah dalam hidup ini, masalah selalu datang dalam hidup anda atau jika masalah datang, kesemuanya dapat anda lalui dan hadapi dengan mudah dan tenang?
Saya ingin mencungkil beberapa jawapan dan kongsikan dengan anda, mengapa sesetengah daripada kita, dalam hidupnya sentiasa dilanda pelbagai masalah.Tidak pernah berhenti dan sentiasa muncul masalah dalam setiap usaha yang dikerjakan.Apakah puncanya ?
Kita Sendiri Menjadi Punca Kepada Masalah itu Datang
Saya ingin kita kembali kepada salah satu FirmanNya dalam surah An-Nisaa` ayat ke-79 :
Apa sahaja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka ia dari ( kesalahan ) dirimu sendiri.Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
Begitulah kawan-kawan, Tuhan memberitahu kita bahawa jika kita ditimpa masalah atau bencana dalam hidup kita, puncanya adalah diri kita sendiri.Apa yang kita buat sehingga kita dikatakan menjadi punca kepada semua masalah yang datang dalam hidup kita? Yang kita khuatirkan kadang kala bukan apa yang KITA BUAT, tetapi APA YANG KITA TIDAK BUAT itulah yang menjadi sebab hidup kita sering dilanda masalah.
Kawan-kawan sekalian, kita boleh sahaja meneka (walaupun dalam kesamaran akan persoalan ini ). Apa yang kita sudah buat sehingga menjadi punca hidup kita tidak aman? Cuba kita selidiki senarai di bawah ini.
- Kita mendapat rezeki yang tidak halal sumbernya seperti berjudi, rasuah dan lain-lain
- Kita mencuri atau mengambil atau menggunakan sesuatu atau harta yang bukan hak kita
- Kita tidak menghormati kedua Ibu bapa atau tidak mengasihani ketika mereka sudah tua.
- KIta tidak menghormati suami atau isteri malah kita curang dan tidak setia dalam rumahtangga
- Kita mengumpat, menyebarkan fitnah, membuka aib saudara kita.
Senarai Apa yang kita dah buat sehingga mengundang masalah dalam hidup kita nyata lebih panjang kalau kita tidak berusaha menjadi HambaNya yang berIman.Beriman dalam erti kata kita bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.
Senarai APA YANG KITA TIDAK BUAT sehingga menjadi punca hidup tidak tenang
- Kita tidak Solat sedangkan solat merupakan perkara asas seorang Muslim wajib buat dan ia sebagai pembeza antara muslimnya anda dengan orang kafir.Kalau kita solat pun, kita solat ikut mana sempat. Kalau tak sempat pun, kita buat tidak tahu untuk mengantinya.Berani dan hebat betul kita sehingga perintah solat dibuat main dan dipersiakan sedangkan ia perintah Tuhan Yang Maha Besar!Allah...
- Kita masih tidak menutup aurat, pun sekali lagi kita ingkar perintahNya. Kalau kita tutup aurat pun, kita tidak menjaganya dengan betul dan bersungguh-sungguh.
- Kita tidak bersedekah atau membantu sesama saudara sedangkan jika kita buat begitu ia sebenarnya menjemput rezeki dan menghilangkan bala bencana.
Apakah kesannya kepada diri sendiri dan ahli keluarga jika kita Meneruskan perkara-perkara di atas ?
Apakah lagi yang boleh kita katakan, jika kita masih meneruskan perkara-perkara yang disebut di atas, maka janganlah berasa stress atau menyangka Allah ingin menduga anda,sedangkan anda sendiri yang "menjemput" masalah dalam hidup anda. Banyak lagi yang berlaku dalam hidup anda jika anda masih mengabaikan nasihat ini. Misalnya :
- Anda akan berhadapan dengan masalah keluarga, anak-anak atau pasangan anda- suami atau isteri.Mungkin anak anda akan selalu demam atau sakit, belajar tidak pandai,dll.
- Anda akan hadapi masalah kewangan yang tidak pernah cukup.
- Anda akan kerap menghadapi masalah kehilangan barang seperti motosikal, laptop, wang dan sebagainya.
- Urusan hidup dan pekerjaan anda selalu berjalan tidak lancar dan anda buntu untuk menyelesaikannya.
Ya betul tu.Malah ramai orang yang berasa begitu.Sebenarnya itu adalah ibarat pemberian Tuhan dalam keadaan DIA tidak REDHA. Misalnya begini, sorang bapa yang terpaksa membantu anaknya yang derhaka atau tidak menghormatinya.Seorang bapa ini atas rasa belas kasihnya kepada darah dagingnya sendiri tetap membantu jika anaknya memerlukan tetapi dia memberi dalam keadaan dia terluka, marah dan kecewa.Begitulah ibaratnya.
Penutup
Begitulah kawan-kawan, masalah muncul dalam hidup kita kerana kita sendiri menjadi puncanya walaupun ada kalanya ia juga sebab Allah menguji kita, dengan tujuan yang sama.Iaitu jika kita hambaNya yang beriman, maka masalah itu ingatan supaya kita dekat dan bersyukur kepadaNya dan penghapus kepada segala dosa.Jika kita hambaNya yang Ingkar, maka masalah itu sebagai ingatan supaya kita kembali dan bertaubat kepadaNya. Jika kita masih tidak sedar dan tidak faham hikmah ini, maka kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi...
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!