Bukan Syurga Yang Diburu, Tetapi RedhaNya Yang Kita Perlu

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Dua tiga hari kebelakangan ini, berlaku traffic jam di blog saya, tiga entri yang saya terbitkan berkaitan anak muda syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam menjadi pilihan utama pembaca yang singgah ke blog saya. Terima kasih kepada anda semua yang singgah ke blog yang tidak sepertinya ini dan minta maaf jika maklumat atau info yang anda harapkan tentang Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak mencukupi atau bukanlah seperti yang anda harapkan.

Terima kasih juga kepada semua atau sesiapa yang berkongsi pautan ke blog saya sehingga saya jadi "takut" dengan angka yang dipaparkan di dashboard blog saya kerana pageviews blog ini telah mencapai sehingga 10,000 paparan dalam satu hari!Semuanya kerana nama anak muda yang tercatat dalam entri yang saya terbitkan: Ahmad Ammar Ahmad Azam.

Takut yang saya maksudkan kerana ada kemungkinan pelawat atau tetamu yang datang akan menilai blog dan entri-entri lepas saya.huhu.Saya cuma seorang cikgu biasa yang menulis tentang perjalanan kehidupan manusia.Manusia yang paling banyak saya tulis tentulah diri sendiri kerana sah-sah ini blog personal seorang guru biasa kan.uhuk..uhuk. Apapun yang saya harapkan, biarlah yang baik-baik sahaja anda dapat dari hasil tulisan saya itu.amin..:)

Kehilangan dan Keberadaan Ammar

Catatan kali ini, saya perolehi dari facebook Ahmad Ammar. Sungguh ajaib bagi saya, manakan tidak, empunya facebook sudah pun kembali ke sisi penciptaNya, tetapi jika anda singgah ke facebook anak muda ini, sepertinya dia masih hidup kerana sehingga sekarang mencurah-curah kiriman post yang dihantar ke wall facebook anak muda ini.

Tidak jemu sebenarnya, membaca dan menghayati serta menelusuri perkongsian teman-teman Allahyarham, sama ada teman zaman persekolahan, teman seuniversiti,teman seperjuangannya dalam khidmat dakwah,dan juga ahli keluarganya.Sejak hari pertama saya mendapat berita pemergian Allahyarham dan menulis tentang kematian yang dicemburui, cerita dan kiriman post di facebooknya mencuri perhatian saya.

Semuanya berkongsi rasa "kehilangan" dan juga "keberadaan" sahabat dan putera kesayangan yang syahid pada tanggal awal Muharam 1435 Hijrah ini.Sungguh dia mati, tetapi semangat, tarbiyyah dan pesanan akhirnya akan terus hidup dalam diri semua yang mengasihi dan mengaguminya.

Nota Daripada Ahmad Ammar Ahmad Azam 

Ahmad Ammar bukan pemuda biasa.Dia dilahirkan dalam keluarga pejuang, dan sudah tentu sedikit sebanyak darah pejuang mengalir dalam dirinya.Bahkan dalam usia semudanya yang 20 tahun itu, saya pasti tidak semua anak muda yang berfikir untuk mati syahid dan menawarkan diri untuk menjadi pemimpin ummah. Lalu, apalagi yang mahu kita nafikan, anak muda ini memang selayaknya meraih pemergian dan cara kematian yang disanjung oleh ramai orang, yang mengenali atau tidak.Mari kita ikuti catatan daripada anak muda syahid ini, semoga biar seratus tahun pun nanti pemergiannya, pesan dan nasihatnya tetap abadi kepada penduduk bumi.

Nota tentang Mengharap Redha Allah


Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Nota Tentang Kematian Sebagai Nasihat



Ini pula catatan Ahmad Ammar yang di post semasa hayatnya di Dinding Mukabukunya: Ahmad Ammar:

Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,
cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai penasihat..


Apabila Ammar Berjumpa Bidadarinya


Catatan ini merupakan singkapan perbualan Ahmad Ammar dengan seorang sahabat karibnya.Semoga menjadi inspirasi buat kita semua dalam mengapai redhaNya.

"Sahabat, 
Terlalu banyak TAPI akan mengundang murka Allah. 
Terlalu banyak TAPI seolah-olah kita tidak yakin dengan kudrat dan iradat Allah. 
Terlalu banyak TAPI sedikit sebanyak akan 'membunuh' semangat juang fi sabilillah. 
Terlalu banyak TAPI takkan membawa kita maju ke hadapan. 
Terlalu banyak TAPI akan buat kita terus lemas dalam dakapan kebimbangan. 
Terlalu banyak TAPI akan buat kita futur dari Tuhan. 
Sahabat, dalam kamus seorang pejuang agama, 
pejuang Allah, tiada istilah TAPI, 
cuma ada istilah percaya dan yakin pada Ilahi. 
Sahabat, ia mungkin mimpi. 
Mimpi yang akan menjadi realiti. 

Enta tahu? 

Ana bercita-cita tinggi. 
Sudah tiba masanya ana pergi. 
Iya. Ana punya keluarga. 
Disebabkan ana punya keluarga, dan mereka tidak punya apa-apalah ana nekad. 
Jihad ini InsyaAllah kerana-NYA. 
Allah pasti lindung. 
Allah pasti bantu. 
Andai ana mati, matinya ana bersama syuhada'. 
Siapa tahu ana adalah As-Syaheed Ammar? 
Bukan syurga yang ana buru, 
tapi redha-NYA yang ana perlu."



Post a Comment

0 Comments