Best Ke Jadi Doktor ?

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Waktu cuti sekolah, petang-petang baru boleh buka Blog. Biasanya waktu petang-petang, anak-anak dok main sesama. Anak perempuan,apa lagi yang depa dok seronok main, kalau tak main masak-masak, main cikgu-cikgu.Kalau si kakak yang paling besar ikut main, depa main doktor-doktor pulak.Si Kakak ni, memang ekstrim nak jadi Doktor bila besar nanti.Padahal saya dan ayah depa banyak kali takutkan dia, kalau nak jadi doktor kena tinggal dekat bilik mayat dalam  dua tiga malam.haha.Tak senonoh betul mak bapak macam ni kan.


Kerja Doktor Macam Tiada "Life" Kan ?

Opss..ni pandangan "tak sihat" sayalah.Tulah sebabnya saya tak berapa sokong anak saya nak jadi Doktor.Sebelum ni saya ada terbaca satu blog kelolaan seorang Doktor muda, dan Doktor ni ada kongsikan kehidupan dia dalam satu minggu.Pehh, "miserable" betul saya bayangkan.

Saya pun tak faham, datang dari mana hasrat dan keinginan Si Kakak ni nak jadi Doktor.Keturunan saya memang takdelah yang jadi Doktor ni.Sebelah suami pun takde. Paling hampir pun, biras saya.Tu pun dia jadi Nurse Kat Hospital Putrajaya.heheh.Macamlah cita-cita ni ada kaitan dengan keturunan kan.Apa raa.Nak kata banyak kali pengalaman bawak depa pi jumpa Doktor, rasanya tak.Anak-anak saya yang perempuan ni, jenis jarang sakit (macam mama dia..masuk hospital sebab deliver baby je.haha..AlHamdulillah.Syukur Ya Allah..). 

Saya siap pengaruhi pemikiran anak sulung saya,tentang kerja mengikut shift atau on call, tak dapat cuti raya dengan family dan banyak lagi.Saya siap bandingkan kerja cikgu macam saya ni, yang boleh sakan cuti time bulan Disember setiap tahun.Tapi, nampaknya si kakak ni memang dah bulat cita-citanya.Iman nak jadi Doktor juga! Errkk..( Doktor pun Doktorlah anak wei..).

Sebab Apa Nak Jadi Doktor ?


Saya pernah beberapa kali tanya Si Kakak ni, kenapa beria sangat nak jadik Doktor ? Inilah jawapannya :

  • Sebab baju seragam Doktor warna putih tu cantik.Err..ada pulak macam tu.Tak ilmiah betul kan.
  • Nak tengok apa yang ada dalam perut orang..Ni lagi seram mendengarnya.Mahu di godek sana-sini perut pesakit nanti..ish.
  • Nak tahu macam mana baby keluar dari perut.Kalau sebab ni, oklah jugak.Ada nilai saintis kat situ.hheh.
  • Kalau mama atau sesiapa ahli keluarga kita sakit, nanti Iman boleh tolong ubat.Haa, yang ni baru betul "tasawwur" dia tentang pekerjaan Doktor.Rawat orang sakit itu kira basic kerja Doktorlah kan..
Jadilah Apa-apa Pun Asalkan..

Sebagai ibu dan bapa, saya akui perancangan masa depan anak-anak kita sebenarnya bermula dari kita sendiri.Kalau macam kes Si Kakak Iman ni, dia sendiri sudah memilih cita-citanya.Saya bukanlah tidak menyokong secara total, sekadar memberi sudut pandangan lain, yang mungkin dia tidak terfikir akan kerjaya Doktor (Maaflah, kalau saya tidak adil kepada anda yang bekerjaya sebagai Doktor ).

Cuma saya tetap pesan kepada Si Kakak supaya memahami dan berfikir secara bijaksana mengapa dia memilih kerjaya itu. Saya nasihatkan begini kepadanya :

Kalau kakak nak jadi Doktor atau apa sahaja bila besar nanti, jadikan pekerjaan kita itu, sebagai cara kita mendekatkan diri kepada Allah. Akak kena fikir dan faham, dengan jadi Doktor, Akak akan tolong ramai orang supaya sihat dengan izin Allah, dan bila ramai orang sihat, mereka akan mudah beribadah dan beramal kepada Allah..
Saya memang kerap bercakap secara personal dengan Si kakak, sejak dia dalam kandungan saya lagi, kemudian bila dia berumur setahun, dua tahun hinggalah sekarang. Saya percaya, bercakap secara personal dengan anak akan menguatkan keyakinan diri di samping membentuk cara berfikir dan memudahkan kita memberi nasihat kepada anak. 

Pada masa sama, Si Kakak tadi juga menyatakan hasrat untuk menjadi Chef apabila besar nanti.Mungkin terpengaruh dan "terjebak" dengan saya dan Ayahnya yang suka menonton rancangan masakan kot.heheh.Saya nasihatkan begini pula kepadanya :
Boleh, Iman boleh jadi Dokor yang pandai masak.Ataupun Iman jadi Doktor yang pandai buat kek.Tak salah kalau macam tu. Macam sekarang, Iman ikut kelas Tahfiz kan, Iman boleh jadi Doktor yang Hafaz Quran..Semua boleh.Sebab Allah bagi kita dengan banyak kelebihan, kita sendiri yang kena cuba dan manfaatkan kelebihan yang Allah kurniakan..
Semoga Allah panjangkan usia saya dan Ayahnya agar kami dapat tersenyum melihat Si Kakak mencapai cita-citanya.amin. 


Post a Comment

0 Comments