Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Hujung minggu baru ni saya berkesempatan balik ke Kampung Encik Suami di Muar, Johor.Edisi balik kampung untuk meraikan ibadah puasa dengan ayah bonda lah kiranya ni.Awal-awal lagi saya dan anak-anak dah buat permintaan dekat Encik Bos yang kami nak berbuka dengan air katira.Yay!
Gambar Ehsan dari Blog azlitamasammanis |
Alang-alang dah dok kat tanah kelahiran, dimana Air Katira sangat terkenal saat Ramadan menjelang, maka haruslah kita berbuka dengan air katira kan.uhuk.uhuk.Kepada sesiapa yang tak pernah minum atau tak reti minum air katira, kenalah mencubanya ye.Air katira sangat special bukan sebab dia popular bagi orang Johor je, malahan air ni mengandungi pelbagai bahan yang menjadikan ia salah satu jenis minuman yang berkhasiat dan sesuai diminum ketika berpuasa.(promo ngalahkan tauke jual air katira.huh).
Kalau anda ada pasang niat untuk buat bisnes Jual Air Balang Kathira sempena Ramadan tahun ini, saya kongsikan dengan anda Panduan dan Tips Jual Air Balang Kathira-Sila Klik-Harap dapat bantu anda supaya lebih fokus dan mudah menguruskan bisnes Air Balang.
Kalau anda ada pasang niat untuk buat bisnes Jual Air Balang Kathira sempena Ramadan tahun ini, saya kongsikan dengan anda Panduan dan Tips Jual Air Balang Kathira-Sila Klik-Harap dapat bantu anda supaya lebih fokus dan mudah menguruskan bisnes Air Balang.
Air katira yang asli berwarna putih soya |
Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan.
Ini pula air katira yang sudah dikomersilkan.hehhe |
Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina.
Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung.
Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga
Memandangkan air katira ni selalunya saya beli dan tak pernah membuatnya, maka kali ini saya kongsikan cara menyediakan air katira dalam blog supaya lain kali bolehlah saya intai-intai cara membuatnya sendiri.Ok, jom kita tengok cara menyediakan air katira Johor.
Cara Mudah Buat Air Katira Johor ( versi 1)
Sumber :airbalang.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 410 gm susu cair
- 500 ml ais krim soda
- Getah anggur (katira)
- Sagu 3 warna
- cendol
- cincau
- potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng
- buang kulit sedikit asam boi
- hirisan kurma cina
- buah semangkuk
- Barli, buah kundur atau buah kabung
- kismis
- biji selasih
- secukupnya
- Bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
- Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
Cara Buat Air Katira Johor (versi 2)
Perlu disediakan lebih awal:
- Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
- Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
- 1 cbsr biji kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
- 10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
- 1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.
- 1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
- 1 cawan sirap ( air gula )
- 6 cawan air
- 1 sudu teh air mawar
Cara Mudah Membuat Air Katira
Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap( air gula), air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
NOTA:
- Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.
- Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
- Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)
Dapatkan Tips dan Panduan Bisnes Air Balang Kathira Untuk Jana Pendapatan Sampingan di Bulan Ramadan- Sila Klik Sini-
Dapatkan Tips dan Panduan Bisnes Air Balang Kathira Untuk Jana Pendapatan Sampingan di Bulan Ramadan- Sila Klik Sini-
2 Comments
Assalamualaikum sis ,blh ajar utk bancuh 1 balang
ReplyDeletewslm sis, boleh klik sini untuk resepi air kathira balang :https://airbalang.com/resepi-air-katira/
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!