Langkah Demi Langkah Buat Biskut Semperit Rangup

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah. Sudah masuk ke fasa kedua ramadan kita.Haruslah waktu ni, mak-mak Datin kita kat rumah pun sudah buat kira-kira, biskut raya manakah atau jenis kuih manakah yang akan disediakan sebagai persediaan menyambut lebaran.Erkk..nampak sangat macam tak sabar nak raya ni.Yang sebetulnya, niat buat biskut raya tu kena betul ye ibu-ibu semua..:).

photo 4

Langkah Demi Langkah Buat Biskut Semperit
Mesti ramai kalangan mak-mak dan akak-akak yang nak belajar cara buat biskut semperit ni kan.Kalau ikutkan, buat biskut semperit ni senang je, tapi disebabkan masing-masing pun baru nak belajar dan berjinak-jinak dengan pembuatan biskut homemade, maka haruslah pula saya berkongsi cara-cara buat biskut semperit ni. Saya memang suka kalau ramai pembaca blog ini yang berjaya buat biskut semperit homemade ni.

Yelah kita buat pun, untuk anak-anak makan.Setahun sekali je pun buat biskut ni.Ok, jom kita tengok langkah demi langkah buat biskut semperit ni.Sebelum tu, saya kongsikan resepi Biskut Semperit Chef Kamarul ni dulu ya:)


  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
  • Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
  • Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.
  • Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
  • Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun     mengikut kreativiti masing-masing.
  • Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
  • Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.
Langkah Demi Langkah Buat Biskut Semperit Rangup
Sumber Gambar Dari sini:wanista.com

photo 2
LANGKAH 1
photo 4
LANGKAH 2

photo 5
LANGKAH 3
photo 1
LANGKAH 4
photo 3
LANGKAH 5
photo 4
LANGKAH 6
photo 5
LANGKAH 7
photo 1
LANGKAH 8
photo 2
LANGKAH 9

Selamat Mencuba dan terima kasih kerana sudi baca, boleh kongsikan jika suka:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!