Kali Pertama Beraya Dengan Menu Ketupat Palas

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Tahun ini giliran beraya di kampung Encik Suami dahulu barulah beraya di kampung saya. Hampir 11 tahun usia perkahwinan, haruslah kami membiasakan diri dengan sistem giliran beraya ini.hehe.Setakat ini tiada masalah dan kami mendapat banyak kelebihan setiap kali giliran beraya itu berubah.Anak-anak pun dah faham dan tahu sistem giliran yang kami rencanakan bersama ini.Alhamdulillah.. :)


 Kali Pertama Beraya Dengan Menu Ketupat Palas
Inilah istimewanya beraya kali ini di Muar, Johor.Sangat asing sebenarnya bagi kami sekeluarga apabila pagi raya dihidangkan dengan ketupat palas buatan tangan ibu mertua saya.Adik beradik sebelah Encik Suami juga tidak biasa dengan ketupat palas kecuali dua orang biras saya yang berasal dari Pahang dan Perak.Kami-kami ini yang anak Jawa Johor, biasanya pagi raya dihidangkan dengan ketupat nasi, sayur lodeh,kuah kacang, rendang daging dan sambal goreng.

Err..lagi satu orang jawa ni suka betul dengan ayam kicapnya time raya-raya.Haha.Ok.Sebenarnya selain menu yang saya sebut tadi, ibu mertua saya juga ada membuat "lemper" iaitu beras pulut yang diolah sama seperti isi ketupat palas cuma dibalut dengan daun kelapa muda (seperti daun kelapa yang diguna untuk anyam ketupat nasi ).

Raya kali ini, ibu mertua cuba untuk membuat ketupat palas sendiri.Hasilnya sangat enak dan barulah saya faham mengapa orang di sebelah utara dan pantai timur sangat mengemari ketupat palas ini, terutamanya di pagi raya.Memang istimewa!

Cara-cara Buat Ketupat Palas

Sambil -sambil tu, jom kita tengok cara Buat Ketupat Palas.Manalah tahu ada kalangan pembaca blog ini yang turut menyukai ketupat palas dan ingin belajar cara membuatnya.
Bahan bahan 

  • 1 kilo beras pulut (4 cawan) 
  • 2 1/2 cawan santan pekat (pati santan) 
  • 2 cawan santan cair/air
  • 1 cb gula 
  • 1 cb garam daun palas secukupnya

Cara-cara Memasak Beras Pulut Ketupat Palas
Sumber Resepi : Wattie`s homemadecakes
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.

Langkah-langkah menganyam ketupat palas
Jika anda ingin melihat cara-cara menganyam ketupat palas, di sini saya kongsikan juga panduan menganyam ketupat palas yang saya pinjam dari Blog nota mengajar belajar.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua.:)

panduan menganyam ketupat palas ini bermula dari sebelah kiri gambar ke kanan.Terima kasih sudi baca entri ini dan boleh kongsikan jika suka) 

Post a Comment

0 Comments