Cara Dan Syarat Mohon Pinjaman PTPTN

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Skim Pinjaman Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.


Pembiayaan pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekaligus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Jad kali ini, saya ingin kongsikan cara mudah memohon PTPTN secara online.Saya juga kongsikan syarat-syarat yang perlu bakal pelajar patuhi supaya urusan tawaran pinjaman lebih mudah.

Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; 
  • Tiada penaja lain; dan
  • Telah membuka akaun SSPN-i**.
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit. 

Panduan Sebelum Membuat Permohonan PTPTN
  • Sebelum membuat permohonan anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nombor PTPTN yang boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM5.
  • Nombor PTPTN ini sah digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
  • Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.
Cara Mohon PTPTN Secara Online
Terdapat beberapa kaedah atau prosedur yang ditetapkan oleh pihak Perbadanan PTPTN dalam melaksanakan permohonan pembiayaan pendidikan. Ipembiayaananya seperti berikut :
  •  Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon  pendidikan.
  • Memohon pembiayaan pendidikan secara online. Klik di sini.
  • Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT. Klik di sini.
  • Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
Status Pengeluaran dan Jadual Pembayaran Pinjaman PTPTN
Pengeluaran pembiayaan pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut:
  • Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0;
  • Menangguhkan pengajian; atau
  • Digantung pengajian oleh IPT.
Jadual pembiayaan adalah seperti berikut:

Syarat Tawaran Pinjaman PTPTN Kali Kedua
Selain berpeluang membuat peminjaman kepada pelajar yang baru sahaja ingin memulakan pengajian dalam Diploma dan Ijazah, Badan PTPTN juga turut menawarkan pinjaman kepada pelajar yang ingin menyambung ke peringkat lebih tinggi seperti Master atau Phd. Antara syarat yang dikemukakan ialah :
  • Tawaran pembiayaan kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;
  • Tamat pengajian bagi pembiayaan terdahulu.
  • Telah menyelesaikan baki pembiayaan bagi mereka yang membatalkan pembiayaan, gagal atau berhenti pengajian untuk pembiayaan terdahulu.
  • Kelulusan hanya diberikan kepada penerima biaya yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pembiayaan terdahulu.

Apakah Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)?
Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) ialah wang berjumlah RM1,500.00 yang diberikan kepada pelajar bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP :
  • Bersetuju menerima WPP melalui permohonan atas talian UPU;
  • Warganegara Malaysia;
  • Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan
  • Tidak pernah menerima WPP.
  • Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.
Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP
  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
  • Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (Bank CIMB) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  • Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
  • Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.
KLIK UNTUK :

Bagi pelajar lama yang sudah sedia mendapat kemudahan pinjaman ini, bersama ini dikongsikan juga jadual pengeluaran pembiayaan PTPTN mengikut IPT masing-masing.
klik untuk ke Pautan Jadual Pengeluaran Pembiayaan Kepada pelajar lama IPT.

Sekian untuk perkongsian pembaca dan pelawat blog ini.Semoga bermanfaat dan boleh kongsikan jika dapat membantu rakan-rakan anda dalam membuat permohonan PTPTN.Terima Kasih:)

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekarang terdpt ramai kawan I yg kena senarai hitam sbb tidak bayar balik pinjaman PTPTN. Ade yang dilarang keluar dari negara ini. Jadi lbh baik bagi mereka yang berhutang cepat utk buat bayaran tepat pada masa supaya tidak terganggu apabila nak buat apa2 permohonan.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!