Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Satu lagi perkembangan positif terhadap kebajikan penjawat awam wanita di negara ini apabila kerajaan berusaha menambahbaik kemudahan Cuti Menjaga Anak (CMA) yang telah dikuatkuasakan sebelum ini.
Kalau ikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007 yang dikeluarkan sebelum ini, Kemudahan Cuti Menjaga Anak diperuntukkan kepada pegawai wanita secara tanpa gaji bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya bermula pada tarikh selepas tamat tempoh Cuti Bersalin.
Namun begitu,selaras dengan hasrat untuk mengimbangi kehidupan berkeluarga dan kerjaya, Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Menjaga Anak supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin turut diperluas kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang dan anak pelihara sebelum ini,
Kelayakan Memohon Kemudahan Cuti Menjaga Anak (CMA)
Terdapat dua jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak:
- Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan
- Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.
- terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin; dan
- tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.
Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut:
- melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai:
- tempoh dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; dan
- tempoh di perenggan 7(ii) dikira sebagai sebahagian daripada tempoh lima (5) tahun yang diperuntukkan di perenggan 6(ii) di atas.
Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Bersambung Daripada Cuti Bersalin
8. Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin oleh Ketua Jabatan terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat
seperti yang berikut:
(i) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bagi pegawai yang mempunyai baki kemudahan Cuti Bersalin bergaji penuh;
(ii) tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya 300 hari kelayakan kemudahan Cuti Bersalin; 5
(iii) kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil sama ada secara sekaligus sehingga lima (5) tahun atau sebahagian daripadanya;
(iv) pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sepenuhnya sehingga lima (5) tahun, tidak lagi layak sebarang kemudahan Cuti Menjaga Anak;
(v) pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada lima (5) tahun bagi satu kelahiran, boleh menggunakan baki Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang seterusnya atau kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin; dan
(vi) pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang terdahulu, hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.
Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Tidak Terikat Dengan Cuti Bersalin
9. Penggunaan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat seperti yang berikut:
(i) pegawai layak menggunakan kedua-dua kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin;
(ii) pegawai boleh mengambil Cuti Menjaga Anak sama ada secara sekaligus atau sebahagian terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh 6 perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu;
(iii) pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada satu (1) tahun, layak mendapat baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang belum digunakan; dan
(iv) pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekali gus, tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi anak yang seterusnya.
Semoga sedikit info berkaitan penambahbaikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Kepada Penjawat Awam Wanita yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda.Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kemudahan cuti ini, anda boleh merujuk kepada pautan ini: Penambahbaikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Kepada Penjawat Awam Wanita Mulai Januari 2015.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika memberi manfaat kepada orang lain:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!