Cara Buat Putu Piring Asli Tradisional Yang lembut dan Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Minggu lepas saya ada kongsikan VCD Teknik dan Panduan Lengkap untuk buat putu piring yang sedap kepada peminat putu piring.Ramai juga yang email dan bertanya kepada saya apakah resepi dan cara membuat putu piring ni.


Sebenarnya saya dapat resepi ni pun dari Blog Resepi Cik Bee.Suka tengok pic yang dia kongsikan dengan warna putu piring asli putih yang nampak gebu dan menyelerakan.Jadi, kali ini saya kongsikan putu piring asli tradisional yang sangat diminati oleh penggemar putu piring.

Bahan-bahan Buat Putu Piring Asli Tradisional Yang lembut dan Sedap
(Dapat menghasilkan sekitar 15 keping putu piring)
  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 sudu garam
  • 150ml air panas
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
  • 1/2 cawan gula melaka,diparut
  • 5-6 helai daun pandan
  • kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
  • Daun pisang digunting 2inci persegi
Cara-membuat Putu Piring Asli Tradisional Yang lembut dan Sedap
  • Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.
  • Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. 
  • Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya gunakan air panas.
  • Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. 
  • Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) 
  • Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
  • Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
  • Sedia untuk dihidang dan disantap.
Selamat mencuba kepada peminat putu piring tradisional..:)

Post a Comment

1 Comments

  1. Mohon shared resipi semoga urusan pn dipermudahkan ...Aamiin.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!