Cara Buat Bakso Sedap Untuk Diet Atkins

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya banyak kenangan manis dengan menu Bakso ni.Pertama kali saya makan Bakso Sedap ialah bila singgah di Terminal Bas Larkin, Johor.Yang menjadi Bakso tu lebih sedap ialah sebab makan dengan insan tersayang.whoaa.Ayat tak menahan betul.haha.Adalah..dulu-dulu.Terminal Bas Larkin tu ibarat tempat transit saya zaman muda remaja sekitar umur awal 20an gitu.

Hasil carian imej untuk bakso diet atkins
Bakso Sedap dengan Meat ball buat sendiri
Masa tu saya bekerja di Johor Bahru dan setiap seminggu atau dua minggu sekali akan ke Terminal Bas Larkin untuk naik bas balik ke Kota Tinggi.Kota Tinggi tu rumah mak dan arwah bapak saya.Jadi, kenangan makan Bakso bersama "Encik Housemate" memang akan terbayang depan matalah.muehee.

Cara Buat Bakso Sedap Untuk Diet Atkins
Bila tengah bersemangat buat Diet Atkins ni, teringin pulak nak makan Bakso yang sedap macam yang pernah saya makan dulu tu.Entah boleh jumpa rasa yang sama ke tidak kalau cari dekat Kolumpo ni.Tapi saya cuba Google dan jumpa satu resepi yang sangat hampir dengan bahan yang digunakan dalam Bakso yang saya pernah makan tu.Siap sedia salin resepi ya!

Bakso Sedap Untuk Diet Atkins
Bahan-bahan yang digunakan, saya adjust supaya sesuai dengan pengambilan makanan dalam diet ni.Tak susah pun.Lagi satu yang best dengan Bakso ni, bahannya tak banyak dan Insya Allah kita akan rasa kenyang walaupun dengan makan meat ball dan hirup kuah sup dia.

Bahan-Bahan Buat Bakso untuk Diet Atkins
  • Taugeh
  • kobis dan daun bawang dihiris halus
  • bawang goreng untuk hiasan
Hasil carian imej untuk bakso diet atkins


Bahan Buat Bebola Daging
  • 400gm daging cincang ( buat banyak boleh buat stok makanan)
  • 2 biji bawang merah ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih ditumbuk halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil tepung ubi atau tepung jagung ( sikit je)
  • sedikit serbuk lada sulah dan garam
  • air untuk rebusan

Cara Menyediakan Bebola Daging Untuk Bakso
  • Didihkkan air dalam periuk atau bekas rebusan.
  • Sementara menunggu air mendidih,gaul semua bahan utk membuat bebola daging,
  • Bentuk bulat mengikut saiz yng kita suka.
  • Masukkan bebola kedalam air rebusan sehingga bebola masak ianya akan timbul.
  • Jika kita nak simpan dalam freezer,selepas angkat masukkan bebola ke daalm air berais kemudian tos dan sedia dibekukan.
Bahan dan Cara Menyediakan Kuah Sup Bakso
  • 3 Biji bawang merah ( dikisar)
  • 3 ulas bawang putih( dikisar)
  • 1 biji bawang sederhana besar( dikisar)
  • 1/2 inci halia dan lengkuas( dikisar)
  • 1 biji buah keras( dikisar)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 helai daun limau purut
  • kuib pati lembu/ayam 
  • serbuk lada sulah
  • 400 gram tulang lembu
  • air rebusan bebola daging
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak Bakso Sedap
  • Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Masukkan serai,air rebusan bebola,tulang lembu,kiub daging dan daun limau
  • Biar mendidih kemudian masukkan bebola,garam dan srbuk lada sulah.
  • Dididihkan seketika,rasakan garamnya..siap bolehlah dihidang.
Cara menghidang Bakso Sedap
Kalau suka pedas, boleh dimakan dengan potongan cili dan tabur dalam sup Bakso yang siap dimasak tadi.Biasanya depa hidang Bakso ni dengan mi kuning atau bihun, tapi dah kita kata nak low Carb kan, jadinya ko hirup jelah sup Bakso tu.Tapi meatball tu boleh mengenyangkan jugak kan?

selamat mencuba buat sendiri Bakso di rumah :)

Post a Comment

0 Comments