Cara Mudah Buat Ais Krim Sumi Jelly

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Ais Krim Sumi Jelly ni dah jadi viral seluruh pelusok tanah Malaya dah.muehee.Pheww.Bajet macam susah sangatlah setakat nak buat Ais Krim Sumi ala Ais Krim Malaysia ni kan.Sebagai Blogger yang prihatin,(errk.. kemain bajet prihatin..hoho)saya suka tolong sesiapa yang nak belajar cara buat ais krim Sumi ni.


Bila saya tengok dalam sebuah grup masakan popular di Facebook, ada je yang tanya cara nak buat ais krim viral ni.haha.Kan dah tertukar nama jadi ais krim viral.Ada yang tanya sumi kena masak sekali ke tak, ada yang heran kenapa sumi dia berkumpul satu tempat je.Ada yang tanya guna air masak ke air tak masak.Kan dah kata, saya ni prihatin.waaa.


Saya pon asalnya beginner dalam bab-bab kat dapur ni.Kena rajin belajar barulah boleh pandai masak sikit-skit untuk anak-anak dan suami.Yang penting sodap.Dok gitu?

Biar orang nak kata apa kan, dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak best ni, buat sendiri lagi berbaloi dan puas hati beb.Jom, saya kongsi cara mudah buat Ais Krim Sumi yang tengah meletup sekarang ni.Yeahh.

Gambar ais krim sumi jelly pinjam dari facebook



Cuba buat sendiri ais krim sumi jelly

Cara Mudah Buat Ais Krim Sumi Jelly
Bahan-Bahan yang perlu disediakan :
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air Masak /air kosong
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim
Cara-cara Buat Ais Krim Sumi Jelly
  1. Sumi dipotong 4 atau lebih atau ikut suka:)
  2. Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
  3. Sejukkan sebentar
  4. Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
  5. Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
  6. Setelah beku bolehlah dimakan
Tips Buat Ais Krim Sumi Jelly
  1. Kalau nak senang tuang air dalam plastik ais krim, gunakan jug yang ada muncung.
  2. Jangan isi banyak sangat, nanti susah nak ikat.
  3. Sebelum nak ikat, pusingkan dulu ais krim tu supaya tegang sikit dan senang nak ikat.
  4. Boleh pelbagaikan perisa seperti sirap bandung, perisa jagung dan lain-lain.
  5. Letak ais krim dalam keadaan "baring" supaya sumi tak berkumpul satu tempat je.Jadi lawala sikit ais krim kita tu nanti.
  6. Buat malam hari, supaya esoknya sedang elok anak atau bapak anak nak makan ais krim ni dah siap.heheh.
Dapatkan resepi dan cara mudah buat Ais Krim Oreo di sini : Cara Mudah Buat Ais Krim Oreo-

Orait, selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ni supaya dapat tolong geng wassap atau geng facebook yang baru nak belajar buat Ais Krim Sumi jelly.Yeahh.:)


Post a Comment

2 Comments

  1. Boleh tumpang tanya kenapa perlu letak sedikit garam ke dalam campuran susu? Apa kegunaan garam tersebut ? Boleh email balik saya kat rachellee863112@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Fungsi garam dalam pembuatan aiskrim bukanlah untuk memberi rasa terhadap aiskrim tadi malah ia berfungsi untuk menjadikan atau membantu proses ais krim tu dari cecair kepada separa pepejal.Masukkan sedikit sahaja iaitu dalam anggaran secubit garam.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!