Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kak Iman Dapat Tawaran Tingkatan 1 Ke SAM Bestari, Subang Jaya-Alhamdulillah.Hampir dua minggu sudah Puteri sulung saya, yang senang kami panggil sebagai Kak Iman mendaftar di SAM Bestari Subang Jaya, Selangor (SAMBEST).Kalau anda sudah baca post saya tentang Selamat Tahun Baru 2017, maka suka saya kongsikan di sini, mendapat tawaran dari sekolah ini juga antara senarai doa yang saya pernah tuliskan dalam buku doa saya:)


Inilah bangunan SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor- Sekolah Kluster Kecemerlangan

Status permohonan Kak Iman apabila membuat semakan ke tingkatan 1 bagi ke SAM atau SMAT
di negeri Selangor.Masa ni pihak sekolah rendah yang uruskan permohonan, tapi ibu bapa boleh buat semakan online di website yang disediakan.

Surat tawaran kemasukan ke Sambest yang kami perolehi melalui cetakan di website.

Saya dan Kak Iman pada Hari Pendaftaran di SAM Bestari, Subang Jaya.

Pada Allah jualah sebaik-baik kesyukuran saya panjatkan kerana kurniaanNYA yang tidak terhingga untuk saya hitung.Semoga Allah berikan saya kesempatan yang luas dan banyak untuk saya sentiasa bersyukur.aamin.

Owh ya,Selain dari tawaran di SAMBEST ( shortname untuk sekolah tersebut), Kak Iman juga dapat tawaran dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) di Sabak Bernam.Kami mempunyai tempoh seminggu sebelum tarikh tutup terima tawaran di beri oleh MITS.Pada masa yang sama, Kak Iman beritahu saya dia sebenarnya mahu ke SAMBEST.

Pada waktu ini, saya hanya dapat nasihatkan kakak supaya buat solat hajat dan banyakkan berdoa.Tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, doalah sahaja banyak-banyak dan penuh harap.Insha Allah.

Walaupun ustazah di sekolahnya ada beritahu, jika sudah terima tawaran MITS, tak akan dapat SAMBEST, tapi naluri seorang ibu saya merasakan, Kak Iman masih ada peluang tersebut.wallahualam.

Akhirnya, syukur kerana Kak Iman direzekikan untuk menyambung pembelajaran sekolah menengahnya di sekolah itu.Saya dan ayahnya pasti yang paling gembira dengan tawaran, ini dan tambah melegakan kami, Kak Iman juga suka akan sekolah tersebut.

Orait, saya pernah beritahu kat Encik Suami, jika berkesempatan, saya ingin kongsi tentang sekolah ini dalam blog saya. Kalau ikutkan saya tahu tentang kewujudan sekolah SAMBEST ini pun dari ustaz dan ustazah di Seri Al Huda, Gombak.

Bila saya cuba Google imej dan news, tak banyak yang kongsikan pengalaman ibu bapa yang hantar anak ke sekolah ini.Jadi, saya ambil kesempatan sebab punya blog sendiri untuk kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini.huhu.

Pertama kali sampai ke sekolah ini, saya berdua dengan Encik Suami terpukau dengan Panorama hijau yang terdapat di sekolah ini.Ah, nyaman sekali dan sangat sesuai dan selesa sebagai salah satu tempat menimba ilmu.

Sekolah ini terletak di USJ 5, Subang Jaya, berhampiran dengan kawasan perumahan elit, yang saya anggap rumah orang "ada-ada"kerana hampir semua rumah-rumah di situ adalah rumah banglo yang kita tahu saiz keluasannya besar mana kann.


Panorama SAMBEST



Pintu gerbang SAMBEST menyambut kedatangan kami

kawasan parkir kereta yang sangat luas.Pejabat sekolah berada
di banguanan utama ini. 

Ini ialah ruang hadapan pejabat sekolah yang terdapat 
taman-taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menghijau.

wakaf sekolah yang cantik dan selesa

Dewan utama sekolah

Bangunan asrama puteri

surau sekolah

pondok-pondok wakaf di sekitar hadapan bangunan asrama puteri

ruang kantin sekolah yang kemas dan selesa

susun atur ruang kantin yang sedap mata memandang:)

sudut sisi dari kawasan parkir ke kantin sekolah

Antara bangunan kelas dan deretan papan info berkaitan result peperiksaan
sekolah, PT3, dan SPM.Sempat juga saya dan Encik Suami tengok result murid di situ dan
result yang dipamerkan memang hebat, Masya Allah..boleh capai GPS sehingga 1.2 untuk beberapa subjek teras.

kawasan padang sekolah

 Ini pula senarai anugerah yang pernah diterima oleh sekolah ini.Ketika ambil gambar ini
saya ingatkan hanya satu papan mercu tanda kecemerlangan yang ada, tapi kemudiannya Encik Suami beritahu ada dua lagi papan mercu tanda yang sama.Oh Tuhan..


 Nah, kalau rajin bacalah satu-satu.hehe.


Anugerah paling terbaharu ialah pada tahun 2015 iaitu 
Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Selangor-

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya gigih tangkap pic sekolah segala bagai ni kan, haha..sebenarnya ketika kami datang ke sekolah ini untuk menghantar borang maklum balas terima tawaran, Kak Iman tak dapat ikut sekali dan saya janji akan kongsikan gambar sekolah kepadanya.


Saya pernah berazam suatu ketika dahulu, jika anak-anak saya akan ke sekolah peringkat menengah, saya mahu pastikan sekolah itu nanti adalah sekolah terbaik yang dapat menyambung kesinambungan apa yang telah mereka perolehi semasa di Seri Al Huda, Gombak.

Alhamdulillah, apabila berpeluang melihat sendiri sekolah ini, saya terus panjatkan doa kepada Ilahi semoga suatu hari nanti, kelima-lima anak saya dikurniakan rezeki dapat menimba ilmu di sini.aamin.

Latar Belakang dan Sejarah SAMBEST

Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 Mei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.

Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.


99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan.( Sumber Wikipedia).

Sekolah Yang Didoakan
Tatkala Kak Iman selesai mendapat result UPSR dan PSRAnya, saya mula berfikir dan mencari-cari maklumat yang berkaitan dengan sekolah-sekolah terbaik yang menawarkan pendidikan aliran agama di sekolah menengah.Tambahan lagi, Kak Iman berkeinginan untuk tinggal di asrama.

Walaupun result UPSR Kak Iman melayakkan dia ke mana sahaja sekolah terbaik, saya harus akur dengan latarbelakang pendidikan sekolah rendahnya yang bersekolah di sekolah swasta, maka Kak Iman hanya boleh pergi ke sekolah tertentu.Alhamdulillah, dengan latar belakang dan pencapaian yang ditunjukkan sekolah ini, saya berdoa semoga Kak Iman dapat menjadi salah seorang pelajar yang akan mencipta kecemerlangan untuk sekolahnya.


Secara peribadi kami mementingkan persekitaran dan budaya sekolah dalam memastikan, walau di mana putera puteri kami berada, biarlah sekolah itu mementingkan tarbiyyah Islam sebagai asas pendidikannya.aamin.Insha Allah.

Publish Post Pengalaman Tahun Kedua Anak di Sambest
Memandangkan respon positif yang menggalakkan daripada kalangan ibu bapa terhadap sekolah SAMBEST, telah mendorong saya untuk berkongsi post in dalam blog, harap dapat beri manfaat yang lebih baik : Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAMBEST-

Kisah Kak Iman Melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UIA di Kampus Gambang, Pahang dan seterusnya menyambung Degree ke UIA, Kampus Kuantan.
Post ini adalah permintaan guru yang mengajar kak Iman di Sambest.Semoga bermanfaat kepada semua :)-Klik link untuk baca : Dari SAM Bestari Subang Jaya ke UIA Kampus Kuantan.

Semoga SAMBEST menjadi medan terbaik buat putera puteri saya mendewasakan diri dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi.aamin

semoga Allah permudahkan semuanya..aamin:)

Sampai jumpa lagi, thanks for reading this entry!