Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAM Bestari ( SAMBEST), Subang Jaya.

As Salam,
Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAM Bestari (SAMBEST), Subang Jaya.Alhamdulillah.Tahu-tahu sudah hampir dua tahun puteri sulung saya, yang kami panggil Kak Iman mengikuti pembelajaran di sekolah ini.Saya terdorong untuk berkongsi pengalaman pembelajaran Kak Iman di sekolah ini memandangkan saya mendapat banyak komen dan respon daripada kalangan ibu bapa yang menunjukkan minat terhadap sekolah ini.

 Pada Hari Pendaftaran, kali pertama Kak Iman datang Sambest dan kali pertama juga kami akan meninggalkannya berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama.

Pendaftaran di adakan di Dewan Uthman Ibni Affan,Sambest, dengan mengikut kelas yang sudah disenaraikan iaitu Biruni, Farabi, Jazari dan Kindi.Masa ni pihak sekolah sudah senaraikan nama murid mengikut kelas di luar dewan.Ibu bapa akan semak nama anak berdasarkan senarai tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan kepada para ibu bapa yang komited untuk menghantar anak ke aliran agama di sekolah menengah.InshaAllah.Saya teringat perbualan saya semasa menunggu anak kedua menghadiri Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh ( UKSBP ) di SM Sains Perempuan Seremban (SGS) beberapa hari lalu.

Katanya, selagi boleh memilih sekolah terbaik untuk pembelajaran anak, kita pilihlah sekolah yang terbaik.Walaupun ada ibu bapa lain yang melontarkan pandangan sekolah di mana-mana pun sama asalkan anak mahu belajar. Sekurang-kurangnya bila anak kita berada dalam lingkungan rakan-rakan sebaya yang mahu belajar, pemikiran yang positif, yang mempunyai hala tuju dalam hidup, kita berharap anak kita juga akan terikut dengan cara hidup yang sama.

Suasana pada hari pendaftaran Tingkatan 1 di Sambest.

Walaupun perkara negatif ada dimana-mana, sebagai ibu bapa, saat kita lepaskan anak ke asrama atau dunia luar selain ibu bapa dan keluarga, maka kebimbangan kita sangat nyata dan merisaukan. 

Pastinya berbeza jika rakan sebaya anak adalah dalam kalangan pelajar yang hanya pergi balik sekolah seolah "hanya menghabiskan beras". Persekitaran positif dengan pengisian program dan budaya pembelajaran di sekolah sangat penting supaya anak yang meningkat remaja mendapat bimbingan dan panduan yang terbaik dan bermakna.

Susun atur dalam asrama puteri di Sambest

Kak Iman kini sudah berada dalam tingkatan 2 di Sambest, merupakan seorang Pengawas Sekolah ( berdiri dua dari kiri bahagian hadapan ) bersama teman-teman sekelas.

Teman yang baik ibarat kita bersahabat dengan seorang saudagar minyak wangi, walau kita tidak menjualnya, wangian minyak wangi itu juga pasti terpalit kepada kita:)

Orait, tahun kedua Kak Iman di Sambest memang ada beberapa perubahan.Masa tahun pertama, Kak Iman memang ada tunjukkan "homesick" setiap kali kami hantar pulang ke asrama.Terpaksa saya pujuk dan ingatkan dia, apa yang dia tidak sukai itu hanya sekejap dan sementara.Saya tahu, dia rindukan suasana belajar dan kehidupan di rumah yang serba selesa tapi bila di asrama, semua urusan dia kena selesaikan sendiri dari bangun pagi sampai tidur.Kak Iman sebenarnya anak sulung yang agak manja dan tidak begitu berdikari walaupun pada luarannya dia nampak sangat berkeyakinan dan berani.

Setiap kali saya tinggalkan dia di asrama, saya akan pesan padanya, cari sebab untuk dia stay dan seronok belajar dan tinggal di hostel.Alhamdulillah, masuk tahun kedua, Kak Iman semakin bijak mengurus pembelajaran dan kehidupan sebagai budak asrama.

Kak Iman bersama teman sekelas meraikan kemenangan dalam persembahan drama patriotik sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan  peringkat sekolah.

Jadi, panduan kepada ibu bapa jika anak anda adalah anak sulung yang bakal kali pertama hidup di asrama, jangan aspect tinggi sangat yang dia dapat terus sesuaikan diri, walaupun sekolah  dan asrama itu taraf lima bintang sekalipun.hehe. Anak kita tetap manusia biasa yang perlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun dia pelajar hebat dengan keputusan UPSR 6A dan PSRA Mumtaz.Percayalah.

Saya hanya dengar apa sahaja yang Kak Iman luahkan, bagi motivasi dan selebihnya berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan pembelajaran Kak Iman di sekolah.InshaAllah, dengan adanya kawan yang baik, program dan budaya di asrama yang mementingkan pengisian rohani, anak kita akan bertambah positif dan mempunyai nilai hidup yang lebih baik.

Kak Iman dan rakan-rakan satu aliran semasa mengikuti Program lawatan sekolah ke Pulau Pinang.

Program lawatan ke Pulau Pinang adalah sebahagian daripada projek dalam Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya.

Sebagai Ibu dan juga bapa, Saya dan Encik Suami tidaklah begitu stright dalam memastikan Kak Iman sentiasa cemerlang dalam prestasi akademiknya.Kami juga faham, seperti zaman remaja kami, dan Iman juga begitu, pasti mahu berseronok dengan rakan-rakan sebaya dan seasrama.

Walaupun dalam peperiksaan, terdapat subjek yang Kak Iman tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, saya nasihat ( selepas saya bebel style mak-mak) supaya kekal berusaha dan positif bahawa dalam menuntut ilmu pasti ada banyak cabaran.Dia harus faham, bila result dia kurang memuaskan, itu lah cabaran yang harus dia tempuhi dan atasi dengan sabar dan tekun.InshaAllah, manjaddawajada:)

Tambah lagi, bila tinggal di asrama bersama rakan sealiran yang bukan calang-calang kepandaian mereka, ia sepatutnya menjadi penguat semangat dan asbab untuk Kak Iman kekal bermotivasi dalam pelajaran.

Kehidupan Kak Iman di asrama kelihatannya sangat padat.Banyak kali juga dia merungut, namun saya hanya katakan padanya, memang kami hantar dia ke asrama untuk belajar.Jadi, tak payah pening fikir pasal lain.haha.

Mengikut cerita Kak Iman, rutin harian solat berjemaah setiap kali solat lima waktu merupakan antara aktiviti wajib di asrama, selain amalan membaca Al Mulk setiap kali sebelum tidur pada sebelah malam. Ada juga aktiviti usrah atau taklim dan program bimbingan Fardhu Ain pada hujung minggu jika tidak balik wajib, selain aktiviti prep dan gotong royong.

Mengikut andaian saya, tugas Kak Iman jadi berganda apabila dia terpilih sebagai Pengawas di bawah Biro BADAR sekolahnya.Pengawas junior katakan, setiap pagi tugasnya menjadi alarm kepada pelajar asrama agar bersegera turun  dari dorm masing-masing untuk ke sekolah sebelum pagar asrama ditutup seawal jam 7 pagi.

Ada sesekali dia akan tanya pendapat saya tentang situasi atau cabaran berhadapan dengan pelbagai ragam teman di asrama, saya lebih banyak membimbingnya supaya lebih banyak melihat perkara dengan positif sahaja.Tak payah stres-stres sangat.hehe.

Kak Iman ketika menerima hadiah kategori Hiwar dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Negeri Selangor.Kak Iman dan dua rakannya mewakili daerah Petaling Jaya ke peringkat Negeri dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Hiwar ialah pertandingan perbualan atau berdialog dalam Bahasa Arab. 

Para pelajar dan guru pembimbing serta pengiring yang mewakili Sambest dalam pelbagai acara dalam Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Selangor.

Sebelum menyertai Hiwar, Kak Iman sebenarnya juga telah mewakili sekolahnya dalam Syarahan Bahasa Arab, dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) dan mendapat Naib Johan.Kemudian dia menyertai Hiwar dalam Majlis Ihtifal negeri dan pasukannya terpilih mendapat Naib Johan.

Kak Iman tidaklah terus menunjukkan minat terhadap syarahan atau yang seumpama dengannya melainkan telah mendapat bimbingan daripada guru-gurunya di Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak ( sekolah rendah Kak Iman) ketika dia dalam darjah 4-6.Pernah sekali, ketika Kak Iman mewakili sekolahnya dalam pertandingan Syarahan Bahasa Melayu dalam Majlis Ihtifal Kebangsaan sekolah-sekolah SERI ABIM se-Malaysia, dia tewas dalam pertandingan tersebut sehingga saya terpaksa memujuknya seperti yang saya kongsikan dalam post ini : Rahmat di Sebalik Dugaan Gagal-

Kak Iman ketika mewakili sekolah rendahnya dalam acara Syarahan Bahasa Melayu.Dia tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini.

Saya percaya dan katakan padanya, mana-mana insan hebat sekalipun bukanlah mendapat kejayaan pada kali pertama usaha mereka, melainkan harus lalui berulangkali kekalahan dan kegagalan.Malah mungkin, Allah takdirkan kemenangannya nanti pasti pada waktu yang paling baik untuknya.aamiin.

AlHamdulillah, semoga Allah beri peluang lebih banyak kepada anak-anak ibu bapa semua memilih sekolah yang terbaik, yang kita harap dengan niat baik kita, Allah lorongkan dan luaskan jalan-jalan mencapai kejayaan dan anak-anak kita bakal menjadi Daie-daie hebat yang menegakkan Islam tercinta.aamiin.

Post a Comment

28 Comments

  1. Assalam puan.
    Kalau tak keberatan, sudi tak share amount yuran sambest ni macamana? Tq puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan, terima kasih bertanya:)buat masa terdekat, saya akan kongsikan yuran sambest bagi sesi persekolahan 2019,InshaAlah. kalau nak ingat balik yuran masa Kak Iman daftar di sekolah ini pada tahun 2016, saya pun dah tak ingat puan, maaf ya!

      Delete
  2. Terima kasih puan.tqvm. semoga ada rezeki anak saya jadi junior kakak iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum...sis saya nak tanya mengenai mata pelajaran yg ditawarkan merangkumi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan adakah jg ditawarkan Kelas Tahfiz Bistari(KTB)

      Delete
    2. wasalam sis, sekolah ini menawarkan kurikulum KSSM dan KBD,tapi tidak menawarkan KTB.Namun demikian, dalam pengetahuan saya, berdasarkan pengalaman anak saya semasa di tingkatan 1,pihak sekolah akan membuat temuduga pemilihan murid yang layak untuk menyertai Kelas Kemahiran Quran (KKQ).Antara lain pengisian KKQ ialah belajar taranum, ilmu tajwid, hafazan mengikut silibus.

      Delete
  3. Assalam Puan, sekadar bertanya kalau x keberatan, apa yg kuat membuatkan kak Iman memilih SAMBEST berbanding MITS? Lagi 1, SAMBEST semuanya pelajar akan duduk di asrama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam puan, ya,sambest ialah sekolah berasrama penuh, maksudnya semua murid yang belajar disitu, tinggal di asrama yang disediakan.Saya ada tanyakan Kak Iman,mengapa memilih sambest, jawabnya persekitaran sekolah.Mungkin, pada pendapat saya, sekolah ini sedaya upaya menjaga adab, batas dan pergaulan murid lelaki dan perempuan.Persekitaran begini yang mendorong Kak Iman suka akan sekolah ini selepas dia menjadi sebahagian warganya.Jika tuan/puan ke sekolah ini, kita akan dapat lihat, kaunter kedai koperasi sekolah pun ada dua bahagian lelaki/ perempuan, selain laluan dalam koridor sekolah juga berbeza laluan lelaki dan perempuan.Selain amalan solat berjemaah lima waktu yang diwajibkan kepada semua pelajarnya, saya juga rasa nyaman dan sejuk dengan persekitaran sekolah yang banyak pohon, pondok wakaf dan penuh dengan kata-kata motivasi dan info berguna.InshaAllah, semoga sekolah ini terus cemerlang melahirkan kalangan daie yang hebat pada masa-masa mendatang.aamiin.

      Delete
  4. Assalamualaikum puan.. Terima kasih byk2 atas perkongsian yg sangat detail. InsyaAllah, kalau ada rezeki nak juga hantar anak ke Sambest...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, semoga ALLAH sampaikan hajat puan menghantar anak ke sekolah ini.aamin.:)

      Delete
  5. assalamualaikum puan..saya mahu bertanya...tahun ni saya ada mohon sambest buat puteri sulung saya.alhamdulillah keputusan upsr dan psra nya bagus..yg menjadikan masalahnya,bapanya bukan warganegara dan baru mendapat pr ic.boleh buat rayuan ke..?permohonan utk ke sam muhamadiah dan mits juga ditolak..bagaimana ya utk penyelesaiannya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm puan, terima kasih melawat blog ini:)Tahniah atas pencapaian cemerlang anak puan dalam upsr dan psra.Antara syarat am untuk ke sambest memang menetapkan anak dan ibu bapa adalah kelahiran selangor dan warganegara.Mengikut pemahaman saya, sebarang permohonan ke SAM/ SAMT di selangor hendaklah melalui Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.Jadi, sebarang rayuan hendaklah ke bahagian tersebut.sekiranya rayuan puan masih tidak berjaya, tapi masih berminat meneruskan anak ke aliran agama, banyak lagi sekolah agama lain seperti swasta yang memberi kelonggaran jika berkaitan masalah kewarganegaraan.Puan juga boleh cuba memohon ke sek men biasa yang menawarkan aliran kelas KAA (Kelas Aliran Agama).Apapun cara terbaik ialah berjumpa terus dengan JPN negeri Puan berada dan dapatkan nasihat yang jelas dari pegawai yang berkenaan.Harap dapat membantu puan serba sedikit.

      Delete
  6. Salam ummi iman, yuran bulanan asrama sambest berapa ya? Brp kos patut disediakan untuk buka sek tak lama lg? Anak ada ditawarkan ke sambest, alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan, tahniah utk puan sekeluarga,berdasarkan pengalaman, yuran makan di asrama untuk setahun adalah sekitar RM750,dan ini pula mengikut pendapatan ibu bapa, jika pendapatan ibu bapa lebih rendah, maka bayaran yuran makan juga kurang.Bayaran lain saya cadangkan puan call ofc sekolah untuk lebih details.

      Delete
  7. saya baru berjumpa blog ni.. tengah mencari sekolah menengah agama utk anak.. 2 tahun lagi nak upsr, tapi cari dulu info2 sekolah agama berasrama.

    camna cara nak mohon untuk hantar anak ke sekolah ini? perlu pegi ke jais atau boleh mohon secara online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. permohonan ke sambest memang perlu melalui JAIS, tapi biasnya sekolah akan uruskan untuk murid2 yang layak iaitu semasa result PSRA dikeluarkan.

      Delete
  8. Assalamualaikum puan. Anak saya pihak sek dh buat pemilihan dan alhamdulillah dia layak utk mohon sambest. Soalan sy..nanti akan ada lg ke ujian kelayakan utk masuk sambest @ pun mmg trus dpt. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam puan, terima kasih bertanya.Jika ikut pengalaman Kak Iman mendapat tawaran sambest pada tahun 2017, tiada sebarang ujian kelayakan.Selepas mendapat tawaran ke sekolah tersebut, kami diminta menghantar surat setuju terima tawaran dan mendaftar anak ke sekolah tersebut.

      Delete
  9. Replies
    1. ya tuan, semua pelajarnya tinggal diasrama yang terletak dalam kawasan berhampiran sekolah.

      Delete
  10. Kakak saya dpt tawaran sambest juga...hihi dapat jadi junior kak iman

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum puan, anak sy upsr , psra 2017. Memang mengidam nak anta anak sambest. Cuma memula kami tak dpt tawaran memana sam, risau juga, tetiba fpt tawaran mitsai lepas sertai mits baru dpt panggilan sambest, tp anak fah selesa di mits. Sekarang anak sy dah form 3. apa pandangan puan jk dia masih lg berangan nak masuk sambest form 3? masih ada peluang ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan, anak saya dapat tawaran dari mits alam impian. Boleh tak kongsikan sedikit pengalaman anak Puan. Adakah di mits akademiknya ditekankan seperti di sambest?

      Delete
    2. mengikut pengetahuan saya, Sambest memang ada terima kemasukan murid ke tingkatan 4 dari sekolah-sekolah lain sekitar Selangor. Cuma mungkin ada kelayakan tertentu yang membolehkan permohonan mereka di terima:)

      Delete
  12. boleh ke membawa telefon bimbit ke sambest?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut pengalaman saya, anak-anak tide]ak dibenarkan membawa phone ke asrama/ sekolah.Jika ada keperluan untuk anak-anak hubungi ibu bapa, sekolah ada sediakan public phone di sekitar asrama.

      Delete
  13. Salam puan. Maaf nak tanya. SAMBEST ni semua pelajar wajib duduk asrama ke? Ada yang berulang ke rumah macam sekolah harian tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambest ni sekolah berasrama penuh, semua muridnya menetap di asrama.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!