Resepi Merry Nutella Cookies Yang Sedap dan Super Crunchy

As Salam,
Resepi Merry Nutella Cookies Yang Sedap dan Crunchy-Yeah.Korang kalau makan cookies, apa taste yang korang suka? Tambah-tambah dah dekat puasa dan tak lama lepas tu, mulahlah  fikir nak buat cookies untuk raya kan?Bagi saya secara personal, pra syarat yang mesti ada kalau korang nak buat cookies ialah cookies tu mesti super crunchy okey.

Inilah rupa Merry Nutella Cookies Yang Sedap dan Super Crunchy

Resepi Merry Nutella Cookies Yang Sedap dan Super Crunchy
Baru-baru ni saya ada order cookies dan saja nak melantak sebelum masuk bulan puasa ni, tapi sedikit frust sebab choc chips yang saya beli tu tak rasa crunchy pun.Anyway, dah kita beli, kita pasrah jelah kan.Semoga lepas ni dapat makan cookies yang lebih sedap gitu.hehhe.

Amacam dengan tekstur Merry Nutella Cookies yang korang tengok ni? Nampak crunchy bukan?

Orait, kali ini saya nak kongsi satu lagi resepi cookies yang crunchy of course:) Bolehlah korang jadikan resepi ni salah satu koleksi cookies korang ya.

Resepi Merry Nutella Cookies Yang Sedap dan Super Crunchy
Sumber resepi : Azlina Ina
Share oleh  : Cik Matahariku
Bahan-Bahan
10 keping biskut marie perisa original ( ditumbuk/diblend halus)
250 gram butter
1/2 cawan gula perang
3/4 cawan gula halus
Sedikit esen vanila
2 1/2 cawan tepung gandum cap bunga ros
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu besar tepung beras
1 biji telur
3 sudu besar nutella
3 sudu besar minyak masak
Satu gengam chop chip 
1 cawan kacang badam ( sangai terlebih dahulu )

Step by Step Buat Merry Nutella Cookies

campurkan separuh biskut marie, butter, gula perang, gula halus dan esen vanila-kacau sampai sebati dengan senduk sahaja.

Dalam bekas lain ayak tepung gandum, serbuk koko, .Masukkan juga baking powder, baking soda, tepung jagung dan tepung beras.

Masukkan sebiji telur dan nutella

kacau hingga sebati campuran yang pertama tadi. Masukkan juga sedikit minyak

Campurkan lagi separuh biskut marie yang ditumbuk tadi ke dalam bekas tepung.Gaul bagi rata dan sebati

Masukkan campuran tepung tadi ke dalam bekas adunan yang pertama, gaul dengan perlahan hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit kacang badam dan chop chip.Pastikan kacang badam dah disangai terlebih dahulu.

Rupa doh atau adunan yang dah sebati. Kemudian tutup sebentar dengan plastic wrapping dalam 30 minit dalam chiller.

Ambil sedikit dan masukkan dalam pipping beg.Kemudian paipkan atas tray yang sudah dialas dengan baking paper.

 Bakar cookies Merry Nutella ni dalam suhu 170 darjah dalam 25-30 min sampai warna jadi perang coklat.Lepas keluar dari oven dia memang lembut sikit, tapi dah sejuk dia jadi super crunchy !

Merry Nutella Cookies-Antara pilihan cookies yang menjadi kesukaan ramai suri rumah kerana mudah sahaja untuk membuatnya dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak cerewet dan banyak.

Selamat mencuba semua redaers Blog ku:)



Post a Comment

0 Comments